6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM BAKAL BUAT KORANG LAPAR!
Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai hipster cafe kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, kafe sebegini juga dilihat banyak “tumbuh” di Shah Alam. Mungkin korang tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopiseperti ini menawarkan hidangan halal? Di sini, kami akan listkan hispter cafe yang halal untuk korang!
KOPIMEO
Sumber: eatdrinkl
Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan.
Sumber: FoodAdvisor
Status: Halal
Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.
Telefon: +6012-2060 326
Instagram: @kopimeo
FOODSBURY
Sumber: anakcikgunawi blog
Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni.
Sumber: Pinterest
Status: Halal
Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.
Telefon: +6013-386 1848
Instagram: @foodsbury
CAKE JALAN TIUNG
Sumber: eatdrinkl
Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan.
Sumber: eatdrinkl
Status: Halal
Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.
Telefon: +6012-9512 887
Instagram: @cakejalantiung
BREW & BREAD
Sumber: Brew&Bread Page
Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan.
Sumber: Brew&Bread Page
Status: Halal
Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.
Telefon: +603-5131 5201
Instagram: @brewnbread
HOLY SMOKE CAFE
Sumber: Holy Smoke Cafe Page
Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Sumber: Holy Smoke Cafe Page
Status: Halal
Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam
Telefon: +603-5511 8018
Instagram: @holysmokecafe
LADS & LASSIES
Sumber: tripadvisor
MELANGKAH masuk buat pertama kali ke dalam Lads & Lassies, sudah cukup untuk menggambarkan kelainan yang ada dalam kafe tersebut. Keadaan itu membuatkan pengunjung berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh kafe yang diusahakan dua beradik, iaitu Shereena Saini dan Mohamed Danial. Meskipun berkonsepkan makanan Barat, elemen-elemen tempatan seperti rasa pedas tidak dilupakan bagi disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Antara menu yang perlu dicuba ialah Kachang Phool, Sloppy Blue Cheese Burger, Machalo Moa dan Big Fat Juicy Burger.
Sumber: tripadvisor
Status: Halal
Alamat: 12, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Isnin – Ahad: 8.30am – 11pm , Jumaat – Sabtu: 8.30am – 1am
Telefon: 03-5524 1190
Instagram: @ladandlassies