Perkara UTAMA Kena Tahu Semasa BOOKING di booking dot com

Perkara UTAMA Kena Tahu Semasa BOOKING.

Biasa jadi tak bila kita booking penginapan di booking.com, bilik or apartment or studio yang kita booked tu lain daripada expected? Lepas tu, bila receptionist tu inform itu la bilik yang kita booked, kita rasa macam unsure? Perkata utama kene tahu semasa booking di booking dot com adalah PASTIKAN gambar unit SEBENAR yang kita booking tu. Jangan bergantung semata-mata dengan gambar di gallery sahaja especially untuk hotel or host yang ada lebih daripada satu unit.

Macam mana nak tahu?

Actually, inilah yang biasa jadi masa Acap check in kan guest. Kadang-kadang, guest akan terus booked yang paling atas diorang nampak, dengan harga yang paling murah. Tak check betul or not unit yang di booked tu. Caranya, dengan confirmkan gambar dan description yang mana. Biasa Acap akan confirmkan dengan guest, betul ke dia booked unit sekian-sekian, and kalau tidak, kami akan offer unit yang sepatutnya.

Macam mana pula, kalau sebenarnya kita memang booked unit yang besar and elok, tapi tiba-tiba dapat unit yang kecil? Macam mana kita nak confirmkan kalau kita sendiri tidak yakin dengan choice kita?

Ni Acap pernah experience. Acap memang dah check, confirmkan unit yang ada and choose sebabkan gambar and description. Masa check in, kitorang dapat unit lain. Unit yang takde tingkap. Acap memang jenis tak boleh takde tingkap ni, so Acap tanya. Kenapa bilik tu takde tingkap, bagitahu yang Acap booked yang ada tingkap, dalam description and gambar pun tunjuk unit lain. Kalau unit yang takde tingkap tu, harga lain. Then baru dia cakap, unit yang ada tingkap dah habis and ada yang belum siap kemas lagi. Kitorang tunggu and tak lama lepas tu, Acap dapat bilik sebenar. See, this is happen kadang-kadang tu.

So, meh Acap enlighten korang, share dengan semua SATU perkara yang korang selalu missed nak check especially kalau korang booking guna phone. Zaman sekarang internet di hujung jari kan?

 

Yang Acap letakkan kotak warna merah tu or tulisan tu, situla tempat untuk korang pastikan unit yang korang booked tu, unit yang sebenar. Haa kan mudah tu. Jadi make sure korang check dulu unit tu betul ke tak, sebelum booked ye. ūüôā

Kalau korang berminat nak tahu lanjut tentang homestay Acap, boleh terus wasap acap. Klik Sini.

 

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah Menarik

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah Menarik

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah MenarikSumber: travelbuddee.com

Ini taman pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan Skytrex Adventure di Taman Botani Negara Shah Alam (40 minit dari KL) ini, korang sudah boleh merentas hutan dari pokok ke pokok. Korang boleh tahu tangkas atau tidak diri korang itu. Atau cabar ketakutan korang. Di sini korang bakal berjalan, merangkak, meluncur dan berayun dengan lebih 20 trek pengembaraan di udara dalam suasana hutan hujan tropika Malaysia. Kalau budak kecil pun senyum saja, takkan anda geleng-geleng tutup mata?

 

Harga Tiket:

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah MenarikSumber: RedChili21
Masa (Jam)Harga (RM)
Trek Orang Baru (Beginner)240
Trek Biasa (Intermediate)2.5 – 350
Trek Pakar (Expert)2.5 – 360

Beli tiket di Skytrek online untuk diskaun.

 

Bagaimana ke sana?

Waze atau Google Maps sahaja Taman Botani Negara, Shah Alam. Bayaran parking di situ RM3 jadi sekiranya pergi in a group, digalakkan carpool sebab kebiasaanya waktu pagi sangat peak. Parking mungkin limited. Then masuk je kat main entrance Taman Botani and bayar RM3 lagi untuk entrance fee Taman Botani. Kemudian tunggu di bus stand berhampiran dan shuttle bas akan pickup di situ. About 3-5 minutes ride on bus, you’ll reach the destination.
Untuk makluman, Skytrex dah ada 3 cawangan iaitu di Shah Alam, Melaka dan Langkawi. Dan di setiap cawangan ada 3 peringkat circuit iaitu; BEGINNER, INTERMIEDIATE, EXTREME. Basically, Skytrex ni adalah lokasi untuk mereka yang gemarkan aktiviti riadah secara outdoor dan teach people to appreciate and be more closed to nature. Aktiviti yang disediakan macam yang cakap tadi la, memanjat dan banyak flying fox.

Waktu Operasi

Ditutup Isnin kecuali jika cuti umum/sekolah

Rujuk laman rasmi Skytrek untuk waktu operasi kerana ia berbeza mengikut trek.

 

Tips Skytrex:

  • DATANG AWAL!¬†Especially kalau korang in a biiiigggg group! Sebab probably slot korang akan ada outsider jugak so please be punctual! Sebab sini ramai mat saleh okay, so jaga reputasi sikit. And kalau korang lambat, automatically akan drag time dan ganggu orang slot lain. BE PUNCTUAL!

 

  • LISTEN TO INSTRUCTOR: Ni penting. Kalau instructor tengah bagi arahan and bercakap, please take serious dan pay attention. Kita kena hormat instructors sebab mereka pun penat kena ulang instructions banyak kali sehari so have mercy on them too. Bila instructor buat demo cara nak pakai harness, cara nak bukak pasang bracket, PLEASE PAY ATTENTION and DON’T JOKE AROUND. Sebab bila kita dah start main, tak semua deck/platform ada instructor/staffs. So you are own your own most of the time and korang sendiri handle safety korang. TAKE NOTE!

 

  • GLOVES, LOCKERS, WATER BOTTLE:¬†Better korang datang tanpa bawak bag la just bawak sikit money (dalam RM20) untuk beli gloves dan mungkin beli air selepas habis main. Gloves adalah recommended beli je kat Skytrex tapi harga RM10.60 sebab gloves gardening, gloves ice-skating dilarang sama sekali. Lockers pula ada small and large. Lockers large boleh tampung 4-5 bag bergantung pada saiz bag.

 

  • CHICKEN EXIT: Chicken exit ni adalah exit bagi mereka yang tak dapat complete all courses. Untuk Big Thrill ada 3 chicken exit. Probably untuk exit tu mungkin ada sekiranya peserta terlalu ‘mabuk udara’ (bukan gayat) sampai jadi pening and pucat. Ingat, health and safety first!
So amacam best kan? korang nak pergi ke tak? hehehehe.

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway biasanya warga kota akan mencari peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga masing-masing. Tak perlu pergi jauh hanya cukup sekadar boleh melarikan diri sebentar dari kecamukan kota Kuala Lumpur yang tak pernah tidur ini. Hehehehe.

Kebiasaan mereka akan memilih Melaka dan Port Dickson sebagai destinasi hujung minggu untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Tapi kali ini kami nak memperkenalkan destinasi yang hanya mengambil masa kurang dari 1 jam dari KL. Tak jauh kan? dekat jer.  Ianya hanya di Shah Alam.

Ya kami tahu ramai yang tinggal di Shah Alam. Dan ada juga yang mungkin terfikir Shah Alam? Apa yang ada kat sini? (mesti korang 50/50 nak datang kat sini kannnn)

Tapi hari ni kami nak bongkarkan tempat-tempat best yang wajib korang pergi kat Shah Alam. Korang tahu tak? Shah Alam kini dah banyak tarikan yang boleh korang pergi. Lagi-lagi dihujung minggu. Macam-macam yang korang boleh buat di sini. Cakap je nak apa semua ada. Jom kita lihat!

 

LAMAN SENI

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: travelmalaysia

Laman seni ni terletak di Jalan Plumbum, Seksyen 7. Bagi peminat fotografi dan yang suka OOTD amatlah sesuai datang ke sini. Di sebalik lorong-lorong belakang bangunan terdapat lukisan mural yang cantik dan menarik. Selain itu, konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti shah alam, tarikan pelancongan dan berkonsepkan kehijauan.

Lokasi: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

 

PASAR KARAT SHAH ALAM

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Pasar Karat ini terletak di kawasan letak kereta Stadium Melawati di Seksyen 13, Shah Alam. Dibuka setiap hari Ahad bermula seawal pagi sehingga ke lewat tengahari. Pasar ni tersangatlah besar dan terdapat macam-macam barang yang diniagakan. Cakap ajelah korang nak apapun, mesti boleh jumpa punya!

Yang best tentang pasar ini adalah ianya dibahagikan dengan agak terperinci memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli-belah. Barangan makanan, barang basah dan kering terletak berasingan. So sangat mudah kalau nak fokus untuk beli barangan tertentu aje. Tapi kalau pertama kali ke sini, sangat berbaloi kalau menjelajah ke setiap penjuru. Memang macam-macam ada!

Lokasi: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

CENDOL DURIAN, SEKSYEN 24

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Rojak & Cendol di Seksyen 24 Shah Alam merupakan peneraju kepada segala cendol durian. Cendol durian ni adalah satu dari idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Korang dah pernah try ke? Rasa dia memang terbaik!

Lokasi: Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam

 

Wet World Waterpark

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: tourismalaysia

Wet World Waterpark Shah Alam ni terletak berlatarkan permandangan Taman Tasik Shah Alam dibina dengan ciri keselamatan untuk para pengunjung terutamnya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet Wolrd Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Lokasi: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

I-CITY

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: mylittleventure

Kalau korang pernah dengar tentang I-city Shah Alam, mesti korang terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.

Di dalam kawasan Snowalk ini korang dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Kalau korang teringin merasa hidup di dalam salji, inilah tempat yang patut korang pergi. Keluar sahaja dari taman salji ini, ada banyak lagi tempat untuk berseronok seperti Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi. Gempak kan? Tunggu apa lagi? Mai lah ke sini!

Lokasi: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Korang tengok semua ada dekat Shah Alam ni tau! Sesuai untuk bawa family korang datang ke sini hujung minggu.

 

Jika datang ke Shah Alam korang boleh cuba menginap di HOMESTAY BYKA. Korang boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

Apa yang Menarik di i-City Shah Alam?

Apa yang menarik di i-City Shah Alam?

 

Tempat ini memang tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam. Tempat ini asalnya terkenal dengan pohon maple dan pine palsu dan bunga-bunga lampu LED pada waktu malam. Tapi selain lampu-lampu, ada juga tarikan lain yang boleh anda layan. Antara yang menarik di i-City Shah Alam ialah Snowalk yang buat anda mahu keluar cepat sebab sejuknya ya amat, Trick Art Museum (Muzium Seni Silap Mata) adalah sebuah galeri seni, taman tema air di i-city, muzium lilin Red Carpet, Space mission galeri angkasawan dan rumah hantu House of Horror.

 

Red Carpet

Red Carpet i-City ini ialah sebeuah muzium lilin yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak patung lilin orang kenamaan dan juga selebriti dunia dipamerkan di sini. Ia dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 malam setiap hari.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: SpyWorld

Harga tiket:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 30

 

Snowalk

Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan di Malaysia ni tiada salji, anda boleh ke sini untuk merasa bagaimana suasana musim salji di negara barat. Berada dalam rumah salji ini memang sejuk. Suhunya kurang dari 5 darjah celcius. Ia di buka dari pukul 10 pagi hingga 1 pagi.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: KualaLumpurCityTour

Harga tiket siang:

Dewasa: RM 25

Kanak-kanak: RM 20

Harga tiket malam:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 30

 

Water World

Water world ialah taman tema air yang sangat menarik di bina di i-City Shah Alam. Ia merupakan tempat paling seronok untuk bergembira bersama keluarga atau kawan-kawan. Banyak gelongsor air mengujakan yang boleh di cuba dan yang paling popular ialah Tornado Ride. Ia dibuka sertiap hari dari pukul 11 pagi hingga 7 petang.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: Kosmo

Harga tiket:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 25

 

Trick Art Museum

Trick Art Museum ini mempunyai koleksi lukisan 3D menarik dan menjadi salah satu tumpuan pelancong di i-City. Berbagai tema lukisan ada dan anda tindak akan beraksi dan bergambar.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: Flickr

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

Space Mission

Tempat pameran angkasa lepas ini mempunyai berbagai peralatan sains dan teknologi yang menarik. Ia adalah tempat yang bagus untuk mendedahkan anak-anak tentang angkasa lepas. Space Mission di i-City ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahmalam.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: PetalingJaya.org

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

House of Horror

House of Horror adalah rumah hantu yang menyeramkan di i-City ini. Ia menggunakan teknologi 3D dan mempunyai enam bahagian untuk diteroka pengunjung. Jika anda kuat semangat jangan lupa untuk masuk ke House of Horror ni. Ia pasti memberi pengalaman menarik buat anda.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: bittersweetbyte

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

Selain tempat menarik di atas, anda boleh mengunjungi i-City of Digital Lights untuk melihat lampu berirama yang berwarna-warni yang sangat cantik pada waktu malam.

Menarik kan? kalau anda berminat nak sewa homestay boleh booking di website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM

6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM BAKAL BUAT KORANG LAPAR!

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai hipster cafe kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, kafe sebegini juga dilihat banyak “tumbuh” di Shah Alam.¬†Mungkin korang tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopiseperti ini menawarkan hidangan halal? Di sini, kami akan listkan hispter cafe yang halal untuk korang!

 

KOPIMEO

Sumber: eatdrinkl

Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan.

Sumber: FoodAdvisor

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.

Telefon: +6012-2060 326

Instagram: @kopimeo

 

FOODSBURY

Sumber: anakcikgunawi blog

Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni.

Sumber: Pinterest

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.

Telefon: +6013-386 1848

Instagram: @foodsbury

 

CAKE JALAN TIUNG

Sumber: eatdrinkl

Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan.

Sumber: eatdrinkl

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.

Telefon: +6012-9512 887

Instagram: @cakejalantiung

 

BREW & BREAD

Sumber: Brew&Bread Page

Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan.

Sumber: Brew&Bread Page

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.

Telefon: +603-5131 5201

Instagram: @brewnbread

 

HOLY SMOKE CAFE

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam

Telefon: +603-5511 8018

Instagram: @holysmokecafe

 

 

LADS & LASSIES

Sumber: tripadvisor

MELANGKAH masuk buat pertama kali ke dalam Lads & Lassies, sudah cukup untuk menggambarkan kelainan yang ada dalam kafe tersebut. Keadaan itu membuatkan pengunjung berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh kafe yang diusahakan dua beradik, iaitu Shereena Saini dan Mohamed Danial. Meskipun berkonsepkan makanan Barat, elemen-elemen tempatan seperti rasa pedas tidak dilupakan bagi disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Antara menu yang perlu dicuba ialah Kachang Phool, Sloppy Blue Cheese Burger, Machalo Moa dan Big Fat Juicy Burger.

Sumber: tripadvisor

Status: Halal

Alamat: 12, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Isnin – Ahad: 8.30am – 11pm , Jumaat – Sabtu: 8.30am – 1am

Telefon: 03-5524 1190

Instagram: @ladandlassies

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

 

Bercakap tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam, ada beberapa destinasi yang tidak kurang menariknya untuk korang lawati samaada bersama rakan-rakan mahupun bersama keluarga. Kalau setakat nak lepak dan sembang-sembang sambil menikmati keindahan pada waktu malam, bolehlah datang ke beberapa destinasi ini.

Kebanyakan destinasi adalah merupakan dataran, tempat hiburan keluarga dan juga beberapa taman awam yang sering menjadi pilihan warga Shah Alam untuk lepak-lepak pada waktu malam.

 

Uptown Shah Alam Seksyen 24

 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: SelangorKini 

Kalau korang nak lepak-lepak , cuci-cuci mata dan makan-makan, boleh lakukan aktiviti tersebut di Uptown Shah Alam Seksyen 24. Bazar larut malam ini dibuka pada pukul 10 malam sehinggalah ke 3 pagi. Di sini ada macam macam pilihan barang yang dijual di ratusan bazar dan kedai yang ada di sini. Memang satu tempat menarik di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Lokasi: LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor

 

City of Digital Light di I-city Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: Pinterest

Di sini memang ada banyak aktiviti dan tempat menarik yang indoor dan outdoor. Salah satu tarikan yang ada di I-city  yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah City of Digital Light. Di sini terdapat pelbagai jenis pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang boleh diibaratkan seperti taman fantasi untuk kanak-kanak. Di sini juga terdapat beberapa permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak atau remaja untuk mencuba. Setiap kali hujung minggu memang sesak kawasan City of Digital Light.

Lokasi: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM

Di sini terdapat sebuah padang dan kemudahan seperti bangku duduk yang disediakan dan sering menjadi tempat warga sekitar berkelah. Mungkin kerana lokasi yang strategik dan tidak jauh dari jalan utama menjadikannya destinasi pilihan warga setempat berkeluarga untuk lepak-lepak selain mempunyai lampu limpah yang menerangi gelap malam. Destinasi ini tidaklah semeriah di Uptown Shah Alam mahupun di I-City namun cukup memadai kalau setakat nak kepak -lepak ambil angin malam sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain di padang. Padang ini memang sesak setiap kali bulan Ramadhan ketika waktu iftar. Pastikan korang bawa tikar siap-siap ye!

Lokasi: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Setia City Park 

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: GoWhere

Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik. Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam dan luar negara. Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik. Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.

Lokasi: 359, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

10 TEMPAT EVENT MENARIK DI SHAH ALAM

10 TEMPAT EVENT MENARIK DI SHAH ALAM

 

Kadang-kadang kita tidak tahu tempat mana yang sesuai untuk mengadakan sesebuah majlis maka lahirla topik tempat event menarik di Shah Alam yang kami ingin kongsikan di sini. Tempat menarik ini sangat sesuai untuk event-event seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, seminar, kursus atau pun untuk meraikan hari kejayaan dan sebagainya. Buntu memikir itu sudah biasa. Jadi kami beri idea untuk korang mengadakan majlis di tempat yang bersesuaian dan tada… ini antara tempat event menarik di Shah Alam.¬†Mana tahu korang sedang merancang untuk membuat kejutan hari lahir buat keluarga mahupun rakan-rakan. Tidak perlu pergi jauh, di Shah Alam sahaja.

 

1. RUANG, SHAH ALAMtempat event menarik shah alam

Sumber: Website Ruang

RUANG adalah ruang acara yang terletak di SS18 Subang Jaya dan Seksyen 16 Shah Alam. Bilik yang sesuai untuk semua event seperti pelancaran media, persidangan akhbar, pameran fesyen, training, brainstoming, pertunangan, pernikahan dan majlis perkahwinan. Selain itu, boleh menampung 350-400 pax pada satu masa bergantung kepada persediaan korang.

Lokasi:  11, Jalan Jemuju Tiga 16/13c, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

 

2. SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: TimeOut

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan kemudahan moden yang terletak di bandaraya Malaysia yang paling progresif dan dinamik, Shah Alam, Selangor. Menjadi pusat konvensyen pertama di Shah Alam, memberi tetamu akses yang mudah telah menjadikan SACC tempat yang sempurna sama ada acara anda adalah untuk 30 atau 3,000 pengunjung.

Lokasi: Jalan Perbadanan 14/9,, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

3. DE’ LAMAN EVENT SPACE

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Vmo Rocks

De’Laman menyediakan tempat untuk pelbagai jenis majlis dan acara seperti Majlis Perkahwinan, Petunangan, Pernikahan, Perlancaran produk, Majlis Hari jadi, Seminar, Pertunjukkan Fesyen, Majlis Korporat, Majlis Akikah dan banyak lagi. Menyediakan pelbagai kemudahan seperti Ruang Dewan berhawa dingin, perkhidmatan katerer, surau, ruang istirehat, PA system, skrin, projector, kanopy, pelamin dan banyak lagi. Boleh menampung seramai 1000 orang tetamu di dalam dan luar dewan, Menyediakan tempat letak kereta di sekeliling kawasan de’Laman.

Lokasi: No 11 Jalan Riyal U3/37 Ipar3 Bukit Jelutong Shah Alam 40150 Selangor Darul Ehsan.

 

4. LAMAN KAYANGAN

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Denai.my

Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7 ini memberikan ruang yang tersendiri. Kawasannya dilitupi sebuah khemah yang luas dan dihiasi dengan corak yang menarik.

Lokasi: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

5. IDCC, SHAH ALAM

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Vmo Rocks

IDCC Shah Alam adalah sesuai untuk melakukan sebarang event, konvensyen dan pameran yang dilengkapi dengan kemudahan canggih. Selain itu, mudah diakses melalui Lebuhraya Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan. Seterusnya, mempunyai 11 dewan serbaguna dan memuat lebih kurang 80 000 pax dan IDCC menyediakan pelbagai pakej untuk fungsi karporat dan swasta.

 

Lokasi: IDCC Mall Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

6. BlackBox @ SACC MALL

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Vmo Rocks

Black Box SACC Mall adalah ruang acara yang dibangunkan dengan baik di mana didirikan oleh  komuniti usahawan dan kreatif yang membantu orang ramai mengadakan acara luar biasa. BlackBoxmenawarkan bimbingan, bengkel, acara, rangkaian dan ruang inovasi korporat. BlackBox berkonsepkan warna hitam dengan lantai semen dan rumput tiruan. Selain itu, mempunyai banyak kemudahan peralatan seperti kamera, speaker, mikrofon dan banyak lagi. Black Box SACC Mall dibahagikan kepada bahagian-bahagian seperti Outbox, Inbox, Blackhall dan Openbox Рsesuai dengan tempat duduk kusyen merah untuk memudahkan tetamu menginap di acara lebih lama.

Lokasi: Jalan Perbadanan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

7. THE VENUE

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Neezalife

The Venue Shah Alam beroperasi pada awal tahun 2017. The Venue Shah Alam berlokasi di Seksyen 15 Shah Alam. The Venue Shah Alam merupakan bangunan 3 tingkat yang luas untuk meraikan majlis bahagia korang. Dilengkapi dengan kemudahan lain seperti parking yang luas, surau, bilik VIP dan kawasan lobi yang selesa. Selain itu, The Venue berkonsepkan grand ballroom hotel dan mempunyai hiasasn dalaman yang sangat cantik.

Lokasi: No 15, Jln 15/22, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

 

8. KHAIDA EVENT VENUE

Sumber: Khaida Blog

Khaida Event Venue adalah ruang acara kilang moden yang telah direka untuk menjadi tempat untuk pelbagai acara. selain majlis perkahwinan korang juga boleh mengadakan seminar atau bengkel di sini.

Lokasi: Sekitar Business 26 Lot 31 Jalan Serendah 26/41, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor

 

9. COLLOSEUM

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM
Sumber: Tripper2u

Colosseum Event Space ni menyediakan ruang untuk majlis korang. Dewan besar majlis nya boleh memuatkan sehingga 250 orang. Panel pintu kaca nya pula boleh di buka dan mereka juga menyediakan kemah di luar. Sebagi contoh, kalau majlis perkahwinan yang besar, panel pintu kaca dewan boleh dibuka dan mereka akan sediakan kemah yang cantik untuk menempatkan tetamu . Mudah kata kalau tetamu untuk majlis sekecil birthday party dalam 50 orang ke majlis perkahwinan  hingga 1000 orang, mereka boleh sediakan!

Lokasi: LOT 16859, 3 STONE PARK, Jalan Penyair U1/44, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

 

10. SPACE SEVEN

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Venuescape

Space Seven Setia Alam ni event space yang versatile, kalau anda nak buat majlis dengan jemputan 150 pax boleh, nak jemputan 450 pun boleh nak lebih pun boleh. Bangunan Space Seven Setia Alam ni ade 3 tingkat, setiap tingkat boleh menempatkan 150 pax. Bayangkan setiap tingkat mempunyai character yang tersendiri.

Lokasi: 7, Jln Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

 

 

KENAPA MEMILIH HOMESTAY DARI HOTEL?

KENAPA MEMILIH HOMESTAY DARI HOTEL?

Jika dahulu hotel merupakan pilihan utama bagi pelancong kerana segala kemudahan tersedia termasuk berdekatan dengan bandar. Kini, rata-rata pelancong mula beralih arah kepada penginapan homestay. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor antaranya;

 

Dapat Berkumpul Bersama-sama

  • Firstly, ada yang bercuti dalam kumpulan yang besar dan mempunyai anak yang ramai so pilihan terbaik adalah memilih homestay. Kalau pilih hotel uolls kena booking hotel 2-3 bilik. Betul tak?

Ruang luas dan selesa

  • Kalau bercuti dengan keluarga yang besar, homestay menjadi pilihan utama sebab uolls boleh bersama sama dengan keluarga di ruang tamu. Nak makan reramai pun mudah.

Kemudahan asas yang ada di Homestay

  • Kebanyakkan homestay menyediakan kemudahan asas seperti di rumah. Antaranya:
  • Peti sejuk
  • Penghawa dingin
  • Kettle
  • Pingan dan mangkuk
  • Seterika/iron board
  • Water heater

Faktor keselamatan

  • Homestay juga menitikberatkan faktor2 keselamatan yang mana kita boleh lihat sendiri homestay kebanyakkannya terletak di kawasan perumahan yang selamat.

Lokasi yang strategik

Homestay biasanya terletak di kawasan penduduk, jadi dekat kawasan sekitarnya kita dapat lihat ada kemudahan seperti kedai runcit, dobi, tempat makan dan macam macam lagi.

 

Okay tu je setakat ni, untuk booking, boleh terus booked unit kami di sini.

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat utk uolls!

All Our Rooms Are Now Equipped With Wifi

Integer cursus accumsan laoreet. Nunc quis porta ligula. Cras nulla lectus, fermentum et sagittis nec, fringilla sit amet. Read More