Bazaar Ramadhan dan tempat shopping Raya yang Popular di Shah Alam

Bazaar Ramadhan dan tempat shopping Raya yang popular di Shah Alam

Haaa masuk bulan Ramadhan je pastinya dalam fikiran kita terbayangkan tentang makanan dan baju baru yang hanya terdapat di bazaar ramadhan dan tempat shopping raya. Hehehe Betul tak? Sudah pastinya tempat-tempat bazaar and mall-mall akan mula di kunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Untuk yang bekerja dan tidak berkesempatan untuk memasak juadah berbuka, sudah pasti berkunjung ke bazaar-bazaar yang menjual pelbagai jenis makanan. You name it. Di sini, kami senaraikan bazaar ramadhan dan tempat-tempat yang biasa orang shopping yang ada di Shah Alam.

Topik ini bukan sahaja untuk yang duduk di Shah Alam, ia juga untuk tetamu homestay kami, terutamanya yang datang dari jauh. Sekiranya berminat untuk melapangkan masa untuk mencari pakaian di area shah alam, dan mencari tempat untuk berbuka, di sini kami senaraikan tempat-tempat menarik untuk anda.

Bazaar Ramadhan

keunikan ramadhanSumber: Wanista

Baazar Ramadhan merupakan bazaar wajib yang ada pada bulan puasa. Pada masa ini, semua warga Malaysia berpusu-pusu ke bazaar di waktu petang untuk membeli makanan. Untuk umat Islam memang untuk berbuka puasa, untuk orang Malaysia yang beragama lain pula untuk menjamu selera yang berbagai-bagai ini. Bagi penduduk sekitar Shah Alam, tentu berminat nak tahu kat mana lokasi terdapatnya bazar ramadan di sekitar Shah Alam sepanjang bulan puasa tahun 2018 ini.

Seminggu lagi dah nak masuk bulan puasa bagi tahun 2018. Macam biasa, perkara penting yang dikaitkan dengan bulan puasa adalah lokasi di mana terdapatnya Bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Suka atau tak suka, majoriti besar penduduk negara kita akan singgah juga ke bazar ramadan untuk mendapatkan makanan berbuka. Samada juadah berbuka atau sekadar untuk menambah kuih muih yang ada dibuat kat rumah.

Hebat macam manapun, tentu akan pergi juga ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah puasa. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan berpuasa. Tak kisah samada anda bujang atau dah berumah tangga. Agak sukar nak cari orang yang tak membeli lansung juadah untuk bulan puasa.

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, berikut saya berikan senarai Bazaar Ramadhan di sekitar Shah Alam, Selangor untuk tahun 2018 ini.

Anda boleh pilih mana satu yang berdekatan untuk pergi beri sokongan kepada para peniaga kat bazar ramadan tersebut.

Terdapat sebanyak 35 lokasi Bazaar Ramadhan di sekitar Shah Alam tahun 2018:

  1. SEKSYEN 6 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 6/1F (HADAPAN RESTORAN ALI BISTRO)
  2. SEKSYEN 7 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN KRISTAL AS 7/AS
  3. SEKSYEN 8 JALAN MUARA 8/9, (HADAPAN ALHISHA MINI MARKET)
  4. SEKSYEN 16 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 16/3 (HADAPAN DEWAN MBSA)
  5. SEKSYEN 18 JALAN 18/34, (HADAPAN KLINIK AHMAD SHAH)
  6. SEKSYEN 25 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN TERAJU 25/67 (BERSEBELAHAN MYDIN)
  7. SEKSYEN 27 TAPAK PASAR MALAM, JALAN BUKIT RAJA 27/8
  8. SEKSYEN 31 JALAN ANGGERIK ARANDA B 31/B (DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
  9. 9. SEKSYEN 28 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 28/5 (BERHAMPIRAN RESTORAN KFC)
  10. SEKSYEN 32 TAPAK PASAR MALAM BUKIT KEMUNING
  11. SEKSYEN 33 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN KEMUNING UTAMA PRIMA 9.00 PAGI – 12.30 T/HARI E33/E (HADAPAN GIANT)
  12. SEKSYEN 35 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN TUN TEJA B 35/B
  13. SEKSYEN U2 TAPAK PASAR MALAM, JALAN SAUJANA INDAH (RESTORAN 2.30 PTG – 5.00 PTG SIDAH)
  14. SEKSYEN U5 TAPAK PASAR MALAM MAH SING, JALAN UTARID U5/18A
  15. SEKSYEN U5 TAPAK PASAR MALAM, SUBANG 2, JALAN BV U5/BV
  16. SEKSYEN U5 JALAN NOVA NU5/N
  17. SEKSYEN U5 JALAN MATAHARI U5/117
  18. SEKSYEN U3 SUBANG PERDANA (BERSEBELAHAN GERAI MAJLIS)
  19. SEKSYEN U8 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN N U8/N(BERSEBELAHAN RESTORAN AL-ALI)
  20. SEKSYEN U8 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN C U8/C, BUKIT JELUTONG, (HADAPAN MY MYDIN)
  21. SEKSYEN U10 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN PULAU LUMUT U10Q/Q
  22. SEKSYEN U10 TAPAK PENJAJA SEMENTARA, JALAN PULAU INDAH AU/10A
  23. SEKSYEN U13 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN SETIA PRIMA C U13/C, (HADAPAN CIMB SETIA ALAM)
  24. SEKSYEN U13 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN SETIA PERDANA BC U13/BC
  25. SEKSYEN U19 JALAN LITER D, BANDAR BARU SUNGAI BULUH FASA 3, (HADAPAN ECONSAVE)
  26. SEKSYEN U20 TEMPAT LETAK KERETA, BUKIT RAHMAN PUTRA, BANDAR BARU SUNGAI BULUH , FASA 1
  27. SEKSYEN U20, TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 1 B/2, BANDAR BARU SUNGAI BULUH, FASA 2, (HADAPAN PEJABAT LUNCAI EMAS)
  28. SEKSYEN 24 TAPAK USAHAWAN MIKRO, JALAN TIMUN 24/C
  29. SEKSYEN 18 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 18/A & 18/2
  30. SEKSYEN 13 TAPAK BAZARENA, STADIUM SHAH ALAM
  31. SEKSYEN 17 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 17/20 (HADAPAN DEWAN MBSA)
  32. SEKSYEN 19 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 19/D
  33. SEKSYEN 20 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 20/2
  34. SEKSYEN U3 TEMPAT LETAK KERETA, JLN SP2/4, SUBANG PERDANA
  35. SEKSYEN 7 TAPAK PASAR MALAM, JALAN PLUMBUM 7/98

Selamat menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan tahun 2018 ini. Moga mendapat keberkatan dan moga-moga kita semua masuk dalam golongan mereka yang bertaqwa.

 

Tempat Shopping Raya

Di mana tempat shopping baju raya di Shah Alam ni? Bila bercakap pasal shopping baju raya, sudah pasti baju yang akan dibeli adalah Baju Kebangsaan seperti baju kurung, baju kebaya, tudung, baju melayu, Jubah, Songkok dan yang sewaktu dengannya.

Selain itu, bila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan keluar berbelanja membeli segala keperluan pakaian baru, persiapan rumah, kuih muih dan sebagainya.

Di sekitar Shah Alam sendiri ada beberapa tempat yang sering menjadi tumpuan untuk shopping raya.

 

Jakel Shah Alam

keunikan ramadhanSumber: mstar

Bagi anda yang ingin beraya bersama koleksi pakaian jenama selebriti, anda pasti terpukau jika pergi ke Jakel Shah Alam, Seksyen 7 kerana di sini mempunyai pelbagai pilihan baju raya jenama selebriti popular.

 

PKNS Shah Alam

 Keunikan RamadhanSumber: Tourism Selangor

PKNS Shah Alam turut menjadi tempat pilihan di saat raya semakin tiba. Di samping pelbagai baju raya yang dijual, terdapat juga barangan lain seperti aksesori pakaian, kasut, tudung dan sebagainya.

 

Plaza Masalam

keunikan ramadhanSumber: Cartoola

Shah Alam merupakan ‘lubuk’ membeli belah kerana mempunyai banyak pusat membeli belah. Di Plaza Masalam juga terdapat beberapa kedai menjual pakaian raya yang menarik untuk anda.

 

Plaza Alam Sentral

keunikan ramadhanSumber: GoWhere

Nah…. dah boleh planning and fikirkan masa yang terbaik untuk berkunjung ke tempat-tempat ini. Sekiranya rasakan post ini berguna, komen-komen la sikit di sini. hehehehehhehe

Nak Sewa Homestay? Boleh terus booking di website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

Leave a Comment