Homestay Vista Alam, Shah Alam

Byka Homestay Vista Alam, Shah Alam terletak di Seksyen 14, merupakan satu kediaman yang terletak betul-betul di pusat bandar Shah Alam. Lokasi Byka Homestay sangat strategik kerana Byka Homestay boleh dikatakan hampir semua lokasi yang menarik di Shah Alam boleh sampai dalam lingkungan 5 minit – 15 minit sahaja.

Kedudukan Homestay Vista Alam kami, hanya 700meter sahaja dengan Shah Alam Convention Centre (SACC). 1KM sahaja dengan Masjid Negeri, 2.5KM sahaja dengan Stadium Shah Alam, 4.1KM sahaja dengan Hospital Shah Alam, 3KM sahaja dengan IDCC Convention Centre, 1KM sahaja dengan Avicenna Women and Children Hospital dan hanya beberapa langkah sahaja dengan Avicenna Specialist Hospital. Untuk lihat apa lagi tempat yang berdekatan dengan homestay kami, boleh terus klik sini

Jangan tidak percaya, Homestay Vista Alam antara tempat yang mempunyai kemudahan yang sangat tersendiri compare dengan kediaman yang lain. Menariknya, Homestay Vista alam ini mempunya 2 pool yang besar dan tetamu boleh access mana-mana pool yang di ingini. Selain itu juga, sekiranya ingin berjogging, malam mahupun siang, di Homestay Vista Alam kami turun menyediakan kawasan jogging yang di namakan sky jogging track. Ini kerana, track jogging berada di level 5 sekeliling kawasan homestay Vista Alam. Selain daripada itu, playground kanak-kanak (indoor dan outdoor), basketball court, groceries dan lain-lain turut ada di Homestay kami.

Homestay Vista Alam

 

Macam mana pula dengan ammenities di setiap unit? Haaa semua unit kami mempunya Peti ais, walaupun bilik kecil. Basic ammenities seperti iron, cerek, microwave (kecuali bilik) turut disediakan. Tuala dan sabun mandi pun ada.  Untuk Wifi pula, hanya certain unit kami letak. heheh lagipun, ramai sekarang data lebih laju dari internet di rumah kan? hehe

 

Tempat makan? Hehehhe ni paling best nak cerita. Cari makan adalah yang paling senang kat Shah Alam ni. Food Heaven orang kata. Korang sebutla makanan style apa, insyaallah ada. Kat Homestay Vista Alam ni juga, ada banyakkkkk jenis restaurant and cafe. From western, to middle east, to indonesia, to malay, to pakistan, to mamak. You name it! Kat sini ada Nasi lemak Royale Kedah, Menate Steak House, Shell Out, restaurant Arab, Cibiuk makanan sunda, cheese nan terbaik Shah Alam, banyak lagi la. Semua tu kat bawah homestay Vista Alam sahaja. Walaubagaimanapun, kalau nak cari tempat makanan best kat Shah Alam ni, boleh la round-round. Boleh refer post kami sebelum ni kat sini – Hipster Cafe di Shah Alam atau Tempat Breakfast Sedap Di Shah Alam

Tempat Breakfast Best dan Sedap

 

Byka Homestay Shah Alam mampu menempatkan dari 2 orang hingga 80 tetamu pada satu-satu masa. Kami mempunyai 3 bedroom apartment, 2 bedroom apartment, 1 bedroom apartment dan bilik untuk 2 orang. Kami juga mempunyai satu unit yang boleh menampung 25 guest di satu tempat sahaja. Ini kami namakan Dormstyle. And bukan dorm dorm biasa ye. hehehehe

Oh ya, jarak dari Airport ke homestay Byka. Ada 2 airport yang terdekat dengan homestay kami.

  • Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dalam 50 km dengan 45 minit – 1 Jam masa perjalanan.
  • Subang Kuala Lumpur International Airport – 19 km dengan 20 minit masa perjalanan.

Overall, dari segi lokasi dan kemudahan yang ada di homestay Vista Alam kami, memang sangat sesuai untuk semua. sama ada business, leisure, vacation mahupun konvo semuanya sangat sesuai untuk family mahupun berdua.

Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)

Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)

Harini kami nak kongsikan tentang Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) yang terletak di seksyen 15 Shah Alam. IDCC merupakan salah satu tempat yang menawarkan dewan untuk mesyuarat, konvensyen, perkahwinan dan pameran. Visi IDCC adalah untuk menjadi rumah acara tempatan & antarabangsa yang terkemuka. Percaya atau tidak, IDCC mengalu-alukan purata 500,000 pelawat. IDCC juga mempunyai lebih daripada 500 acara setiap tahun.

Anda pernah dengar tentang Malaysia Book of Records?

Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)Sumber: kitepunye

IDCC telah dianugerahkan dan disenaraikan dalam Malaysia Book of Record kerana menganjurkan Largest Banquet Hall sebanyak 151,359 kaki persegi pada 1 November 2015.

Kemudahan yang ada di IDCC

Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)Sumber: Facebook Page IDCC Shah Alam

Lihat gambar kat atas, tu lah dewan yang ada kat IDCC.

Macam mana?

Besar kan dewan tu, saiz dewan tu boleh dilaraskan ke dalam 11 dewan. Dewan ini memuatkan 8,000 pax banquet capacity. Dewan ini boleh ditempah untuk annual dinners, seminars, conferences, graduation, wedding and exhibition events. IDCC dilengkapi dengan kemudahan untuk penggunanya. IDCC mempunyai pasukan mereka yang menawarkan perkhidmatan perundingan bagi memastikan event anda berjalan lancar. Lihat pula gambar di bawah, gambar ni saja dah menunjukkan betapa besar dan panjangnya IDCC ni.

Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)Sumber: vmo rocks

Kalau lihat dari gambar, Nampak macam tak banyak tempat parking kereta kan. Jangan risau wahai pembaca sekalian, IDCC mempunyai 3,000 tempat letak kereta percuma. 3,000 tempat kereta tu, banyak tu. Dah tak perlu nak pusing bangunan 2 ke 3 kali untuk mencari tempat parking.

Tapi…

Kalau tempat parking tu penuh lain lah cerita kan tapi jarang lah akan penuh 3,000 tempat parking. (Dijamin)

 

BERITA BAIK BUAT KORANG!

Kepada mereka yang mahu mengadakan perkahwinan di IDCC.

Mereka akan bantu anda dari segi konsultasi, tempat perkahwinan, catering, hiasan, pakaian dan khidmat photography.

Mereka juga menerima tempahan perkahwinan untuk kaum cina dan india.

 

Penginapan

Kepada anda-anda di luar sana yang duduk jauh dari IDCC.

Anda telah menempah dewan di IDCC untuk suatu event.

Tapi…

Tiada saudara mara atau rakan-rakan yang dekat dengan IDCC untuk spent masa rehat anda setelah jauh perjalanan.

Jangan takut jangan risau.

Berdekatan dengan IDCC terdapat Homestay Byka, korang boleg booking melalui website atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

Kelebihan Guesthouse Byka di i-City Shah Alam

Kelebihan Guesthouse Byka di i-City Shah Alam

 Kelebihan Guesthouse Byka
Antara kelebihan guesthouse Byka Di Shah alam adalah berada di kawasan I-City Shah Alam iaitu taman tema di mana tarikan utamanya dinyalakan oleh berjuta-juta lampu LED yang terang. Tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam ini terkenal dengan pohon maple dan pine palsu serta bunga matahari yang dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni yang dinyalakan pada waktu malam.
 Kelebihan Guesthouse Byka
Guesthouse Byka @ i-soho suites, terletak di seksyen 7, Shah Alam, iaitu di  i-City Shah Alam. Di sini, Guesthouse Byka mempunyai 3 unit penginapan yang ideal untuk keluarga yang datang. Guesthouse Byka di i-City ini berdekatan dengan UITM Shah Alam (2 minit), UNISEL Shah Alam (2minit), Hospital Shah Alam (3 minit), IDCC Shah Alam Convention Centre (8 minit), Shah Alam Convention Centre (7 minit) dan pusat bandar Shah Alam (7 minit). Selain itu, di sekeliling i-City terdapat banyak restoran dan cafe yang popular dan sedap. Ini memudahkan anda senang untuk mencari makanan.
 Kelebihan Guesthouse Byka

Keunikan untuk sesiapa yang menginap di Guesthouse Byka @ i-soho ini adalah apartment duplexnya. Untuk unit duplex ini, mempunyai 1 bilik tidur di bahagian atas dan 2 bilik air. Bilik tidur yang berada dibahagian atas di lengkapi dengan satu set perabut putih yang lengkap seperti meja solek, katil bersaiz Queen dan almari pakaian. Bilik tidur ini juga diberi keselesaan dengan satu unit penghawa dingin dan bilik air  yang dilengkapi dengan water heater.

Kelebihan Guesthouse Byka

Selain itu, di bahagian tingkat bawah pula dilengkapi dengan televisyen dan perabot. Manakala ruang dapur pula dilengkapi dengan jug kettle, peti ais, washing machine dan microwave. Seterusnya, untuk ruang tamu, terdapat satu sofa bed untuk tetamu tambahan. Di antara ruang tamu dan dapur pula di sediakan satu set meja makan untuk sekeluarga berkumpul.
Kelebihan Guesthouse Byka
Kemudahan yang ada di i-soho ini termasuk kolam renang yang luas bertempat di tingkat 11. Selain itu, kalau ingin menikmati pengalaman yang sangat mempesona di i-City Shah Alam, tetamu hanya perlu turun ke level bawah untuk melihat rose garden kerana di sini tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat wedding photoshoot dan juga terdapat ruangan khas untuk arca Harry Potter. Anda wajib mengunjungi tempat-tempat menarik ini kerana ia dapat memberikan memori yang indah untuk anda dan juga keluarga. Untuk kebahagian i-City park anda hanya perlu jalan kaki sahaja tanpa perlu memandu kenderaan.
Jadi untuk yang ingin mencari penginapan yang dekat dengan ICITY sambil menikmati apa yang ada di Taman Tema Icity ini, boleh terus booking dengan kami melalui website ini atau  whatsapp kami di +60123349149

6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM

6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM BAKAL BUAT KORANG LAPAR!

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai hipster cafe kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, kafe sebegini juga dilihat banyak “tumbuh” di Shah Alam. Mungkin korang tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopiseperti ini menawarkan hidangan halal? Di sini, kami akan listkan hispter cafe yang halal untuk korang!

 

KOPIMEO

Sumber: eatdrinkl

Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan.

Sumber: FoodAdvisor

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.

Telefon: +6012-2060 326

Instagram: @kopimeo

 

FOODSBURY

Sumber: anakcikgunawi blog

Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni.

Sumber: Pinterest

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.

Telefon: +6013-386 1848

Instagram: @foodsbury

 

CAKE JALAN TIUNG

Sumber: eatdrinkl

Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan.

Sumber: eatdrinkl

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.

Telefon: +6012-9512 887

Instagram: @cakejalantiung

 

BREW & BREAD

Sumber: Brew&Bread Page

Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan.

Sumber: Brew&Bread Page

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.

Telefon: +603-5131 5201

Instagram: @brewnbread

 

HOLY SMOKE CAFE

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam

Telefon: +603-5511 8018

Instagram: @holysmokecafe

 

 

LADS & LASSIES

Sumber: tripadvisor

MELANGKAH masuk buat pertama kali ke dalam Lads & Lassies, sudah cukup untuk menggambarkan kelainan yang ada dalam kafe tersebut. Keadaan itu membuatkan pengunjung berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh kafe yang diusahakan dua beradik, iaitu Shereena Saini dan Mohamed Danial. Meskipun berkonsepkan makanan Barat, elemen-elemen tempatan seperti rasa pedas tidak dilupakan bagi disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Antara menu yang perlu dicuba ialah Kachang Phool, Sloppy Blue Cheese Burger, Machalo Moa dan Big Fat Juicy Burger.

Sumber: tripadvisor

Status: Halal

Alamat: 12, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Isnin – Ahad: 8.30am – 11pm , Jumaat – Sabtu: 8.30am – 1am

Telefon: 03-5524 1190

Instagram: @ladandlassies

Fasiliti Di Homestay Byka

Apa fasiliti yang ada di homestay Byka kami?

Vista Alam