(Video) Homestay Pulau Carey | Al Cabin Camp Pulau Carey | Homestay dengan Pelbagai Aktiviti Luar Menarik

Al Cabin Camp Pulau Carey, Homestay Pulau Carey yang penuh dengan pelbagai aktiviti luar yang menarik.

 

Pernah dengar ‘Pulau Carey’? Tak pernah? Takpe, bukan korang je yang tak pernah. hehe Tidak mengejutkan jika anda tidak pernah tahu kewujudan pulau ini. Memandangkan 70% dari kawasan ini adalah kawasan ladang kelapa sawit, tempat ni jadi kurang popular. Lokasi Pulau Carey ini terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Dipisahkan dengan Sungai Langat dan menjadikannya kawasan yang membentuk sebuah pulau yang menghadap Selat Melaka.
Namun, terdapat ‘permata’ yang terpendam di sini.
homestay pulau carey al cabin intro
Homestay yang akan direview kali ini amat menarik. Al Cabin Camp Pulau Carey. Selain mempunyai 10 unit bilik penginapan yang selesa untuk bermalam, ia juga lengkap dengan pelbagai jenis aktiviti luar yang memang cukup mengujakan. Memang sangat seronok, mencabar dan akan membuatkan kita tidak perasan masa berlalu dengan cepat sekali.
Dengan suasana yang menenangkan jiwa, jauh dari kesibukan kota membuatkan kita terlupa fail dan dokumen di tempat kerja. Sangat sesuai untuk yang ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.
homestay pulau carey al cabin bilik 1
Homestay jenis kabin ini mempunyai 2 tingkat. Salah satu jenis tempat penginapan daripada 10 unit yang disediakan di sini. Sangat sesuai sebagai tempat berkumpul ahli keluarga yang ramai.
homestay pulau carey al cabin bilik 2
homestay pulau carey al cabin bilik 3
Bilik penginapan berkonsepkan kabin ini sangat selesa dan lengkap dengan keperluan asas seperti katil, cermin, tempat gantung baju dan sejadah. Bilik juga dilengkapi dengan aircond untuk memastikan bilik sentiasa sejuk dan selesa.
homestay pulau carey al cabin kolam
Homestay ini turut dilengkapi dengan kolam mandi yang sesuai untuk seisi keluarga. Saiz yang besar, air pancut dan suasana persekitaran kolam mandi ini bukan sahaja menarik minat budak-budak sahaja, bapak budak pun rasa nak terjun je. Geram!
homestay pulau carey al cabi barbeku
Kawasan tempat makan ataupun berehat untuk sembang santai dilengkapi dengan tempat barbeku yang memudahkan kerja memasak dan aturan pemberian makanan. Lagi best, arang juga turut disediakan oleh pihak homestay.
homestay pulau carey al cabin memancing
Tasik yang ada di Al Cabin Camp ini amat kaya dengan ikan. Pengalaman memancing tanpa had masa di sediakan bagi semua pelanggan homestay. Pelanggan boleh je pancing seberapa banyak ikan yang dapat dan dibakar di tempat barbeku yang disediakan. Cuma perlu pastikan ikan-ikan tersebut perlu dihabiskan/dimakan semuanya sebelum ‘check out’ nanti.
homestay pulau carey al cabin kayak
Tak pandai berkayak? Baru nak cuba? Tiada masalah. Di homestay ini, pelanggan boleh belajar berkayak kerana perkhidmatan kayak boleh digunakan tanpa had. Alatan keselamatan juga turut disediakan oleh pihak homestay.
Selain itu, pihak homestay juga boleh menyediakan aktiviti jungle trekking atas permintaan pelanggan. Antara lokasi jungle trekking yang menarik adalah kawasan paya bakau berdekatan yang penuh dengan hidupan alam semulajadi.

Kredit kepada Syahman Abu Hasan

Perkongsian lokasi travel, homestay & chalet, dan juga tempat makan yang menarik kami kongsikan di sini.
Telegram Channel :