(Video) Homestay Melaka | Homestay Kontena Melaka | Homestay Kontena dengan Kolam Mandi

Homestay Kontena Melaka, homestay Melaka Siap Kolam Mandi & Pelbagai Pilihan Jenis Bilik Penginapan

 

Negeri Melaka tersangatlah sinonim dengan Bandaraya Bersejarah di Malaysia. Setiap hari, ramai pengunjung dari dalam dan luar negara datang berpusu-pusu tanpa jemu melawat negeri Melaka ini. Ramai betul!
Keluar je dari highway, kita akan terus nampak papan tanda kawasan yang menarik untuk dilawati seperti Taman Buaya dan Zoo Melaka, dan tidak jauh dari tempat-tempat tersebut terletaknya homestay yang unik yang aku nak kongsikan kali ini. Homestay Kontena Melaka.
homestay melaka kontena intro
Homestay ini sudah beroperasi lebih dari 5 tahun dengan berkonsepkan homestay kontena. Tapi semakin lama, semakin banyak unit2 dengan konsep unik dan kemudahan2 ditambah untuk tetamu homestay ini. Dari 1 kolam, kini homestay ini sudah mempunyai 2 kolam mandi yang disediakan.
homestay melaka kontena mural 2
Masuk sahaja kita ke kawasan homestay ini, tetamu akan disajikan dengan lukisan 3D yang menarik di dinding tembok pagar. Terdapat bermacam gambar-gambar 3D yang sangat sesuai untuk bergambar sebagai kenang-kenangan tetamu di homestay kontena ini.
homestay melaka kontena mural 1
Di antara banyak-banyak lukisan 3D yang ada, gambar ombak ini yang paling nampak ‘real’ seakan ombak yang betul. Anak-anak tentu akan excited dengan gambar ini!
homestay melaka kontena unit luar
homestay melaka kontena unit luar3
homestay melaka kontena unit luar2
Terdapat 2 tingkat unit penginapan jenis kontena di homestay ini. Dari luar memang sangat cantik, bersih dan terjaga. Untuk unit yang berada di tingkat atas, terdapat balkoni dengan pemandangan yang menarik tersedia untuk aktiviti santai.
homestay melaka kontena bilik
Bilik di unit kontena ini sangat selesa, lengkap dengan kemudahan seperti tv, cerek, aircond dan bilik air sendiri. Memang sangat menarik!
homestay melaka kontena kolam besar
homestay melaka kontena kolam budak
Di homestay kontena Melaka ini juga terdapat dua kolam air khas untuk tetamu homestay iaitu kolam besar (air paras dada) dan kolam kanak-kanak. Kedua-dua kolam ini sangat sesuai untuk keluarga. Malam pun masih boleh mandi di kolam-kolam yang disediakan. Cuma pastikan mengikut peraturan yang ditelah ditetapkan ye.

 

Jom pergi Homestay Kontena Melaka ni!

 

Kredit kepada Syahman Abu Hasan
Perkongsian lokasi travel, homestay & chalet, dan juga tempat makan yang menarik kami kongsikan di sini.