Apa yang Menarik di i-City Shah Alam?

Apa yang menarik di i-City Shah Alam?

 

Tempat ini memang tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam. Tempat ini asalnya terkenal dengan pohon maple dan pine palsu dan bunga-bunga lampu LED pada waktu malam. Tapi selain lampu-lampu, ada juga tarikan lain yang boleh anda layan. Antara yang menarik di i-City Shah Alam ialah Snowalk yang buat anda mahu keluar cepat sebab sejuknya ya amat, Trick Art Museum (Muzium Seni Silap Mata) adalah sebuah galeri seni, taman tema air di i-city, muzium lilin Red Carpet, Space mission galeri angkasawan dan rumah hantu House of Horror.

 

Red Carpet

Red Carpet i-City ini ialah sebeuah muzium lilin yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak patung lilin orang kenamaan dan juga selebriti dunia dipamerkan di sini. Ia dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 malam setiap hari.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: SpyWorld

Harga tiket:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 30

 

Snowalk

Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan di Malaysia ni tiada salji, anda boleh ke sini untuk merasa bagaimana suasana musim salji di negara barat. Berada dalam rumah salji ini memang sejuk. Suhunya kurang dari 5 darjah celcius. Ia di buka dari pukul 10 pagi hingga 1 pagi.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: KualaLumpurCityTour

Harga tiket siang:

Dewasa: RM 25

Kanak-kanak: RM 20

Harga tiket malam:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 30

 

Water World

Water world ialah taman tema air yang sangat menarik di bina di i-City Shah Alam. Ia merupakan tempat paling seronok untuk bergembira bersama keluarga atau kawan-kawan. Banyak gelongsor air mengujakan yang boleh di cuba dan yang paling popular ialah Tornado Ride. Ia dibuka sertiap hari dari pukul 11 pagi hingga 7 petang.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: Kosmo

Harga tiket:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 25

 

Trick Art Museum

Trick Art Museum ini mempunyai koleksi lukisan 3D menarik dan menjadi salah satu tumpuan pelancong di i-City. Berbagai tema lukisan ada dan anda tindak akan beraksi dan bergambar.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: Flickr

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

Space Mission

Tempat pameran angkasa lepas ini mempunyai berbagai peralatan sains dan teknologi yang menarik. Ia adalah tempat yang bagus untuk mendedahkan anak-anak tentang angkasa lepas. Space Mission di i-City ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahmalam.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: PetalingJaya.org

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

House of Horror

House of Horror adalah rumah hantu yang menyeramkan di i-City ini. Ia menggunakan teknologi 3D dan mempunyai enam bahagian untuk diteroka pengunjung. Jika anda kuat semangat jangan lupa untuk masuk ke House of Horror ni. Ia pasti memberi pengalaman menarik buat anda.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: bittersweetbyte

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

Selain tempat menarik di atas, anda boleh mengunjungi i-City of Digital Lights untuk melihat lampu berirama yang berwarna-warni yang sangat cantik pada waktu malam.

Menarik kan? kalau anda berminat nak sewa homestay boleh booking di website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

Bazaar Ramadhan dan tempat shopping Raya yang Popular di Shah Alam

Bazaar Ramadhan dan tempat shopping Raya yang popular di Shah Alam

Haaa masuk bulan Ramadhan je pastinya dalam fikiran kita terbayangkan tentang makanan dan baju baru yang hanya terdapat di bazaar ramadhan dan tempat shopping raya. Hehehe Betul tak? Sudah pastinya tempat-tempat bazaar and mall-mall akan mula di kunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Untuk yang bekerja dan tidak berkesempatan untuk memasak juadah berbuka, sudah pasti berkunjung ke bazaar-bazaar yang menjual pelbagai jenis makanan. You name it. Di sini, kami senaraikan bazaar ramadhan dan tempat-tempat yang biasa orang shopping yang ada di Shah Alam.

Topik ini bukan sahaja untuk yang duduk di Shah Alam, ia juga untuk tetamu homestay kami, terutamanya yang datang dari jauh. Sekiranya berminat untuk melapangkan masa untuk mencari pakaian di area shah alam, dan mencari tempat untuk berbuka, di sini kami senaraikan tempat-tempat menarik untuk anda.

Bazaar Ramadhan

keunikan ramadhanSumber: Wanista

Baazar Ramadhan merupakan bazaar wajib yang ada pada bulan puasa. Pada masa ini, semua warga Malaysia berpusu-pusu ke bazaar di waktu petang untuk membeli makanan. Untuk umat Islam memang untuk berbuka puasa, untuk orang Malaysia yang beragama lain pula untuk menjamu selera yang berbagai-bagai ini. Bagi penduduk sekitar Shah Alam, tentu berminat nak tahu kat mana lokasi terdapatnya bazar ramadan di sekitar Shah Alam sepanjang bulan puasa tahun 2018 ini.

Seminggu lagi dah nak masuk bulan puasa bagi tahun 2018. Macam biasa, perkara penting yang dikaitkan dengan bulan puasa adalah lokasi di mana terdapatnya Bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Suka atau tak suka, majoriti besar penduduk negara kita akan singgah juga ke bazar ramadan untuk mendapatkan makanan berbuka. Samada juadah berbuka atau sekadar untuk menambah kuih muih yang ada dibuat kat rumah.

Hebat macam manapun, tentu akan pergi juga ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah puasa. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan berpuasa. Tak kisah samada anda bujang atau dah berumah tangga. Agak sukar nak cari orang yang tak membeli lansung juadah untuk bulan puasa.

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, berikut saya berikan senarai Bazaar Ramadhan di sekitar Shah Alam, Selangor untuk tahun 2018 ini.

Anda boleh pilih mana satu yang berdekatan untuk pergi beri sokongan kepada para peniaga kat bazar ramadan tersebut.

Terdapat sebanyak 35 lokasi Bazaar Ramadhan di sekitar Shah Alam tahun 2018:

  1. SEKSYEN 6 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 6/1F (HADAPAN RESTORAN ALI BISTRO)
  2. SEKSYEN 7 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN KRISTAL AS 7/AS
  3. SEKSYEN 8 JALAN MUARA 8/9, (HADAPAN ALHISHA MINI MARKET)
  4. SEKSYEN 16 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 16/3 (HADAPAN DEWAN MBSA)
  5. SEKSYEN 18 JALAN 18/34, (HADAPAN KLINIK AHMAD SHAH)
  6. SEKSYEN 25 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN TERAJU 25/67 (BERSEBELAHAN MYDIN)
  7. SEKSYEN 27 TAPAK PASAR MALAM, JALAN BUKIT RAJA 27/8
  8. SEKSYEN 31 JALAN ANGGERIK ARANDA B 31/B (DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
  9. 9. SEKSYEN 28 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 28/5 (BERHAMPIRAN RESTORAN KFC)
  10. SEKSYEN 32 TAPAK PASAR MALAM BUKIT KEMUNING
  11. SEKSYEN 33 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN KEMUNING UTAMA PRIMA 9.00 PAGI – 12.30 T/HARI E33/E (HADAPAN GIANT)
  12. SEKSYEN 35 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN TUN TEJA B 35/B
  13. SEKSYEN U2 TAPAK PASAR MALAM, JALAN SAUJANA INDAH (RESTORAN 2.30 PTG – 5.00 PTG SIDAH)
  14. SEKSYEN U5 TAPAK PASAR MALAM MAH SING, JALAN UTARID U5/18A
  15. SEKSYEN U5 TAPAK PASAR MALAM, SUBANG 2, JALAN BV U5/BV
  16. SEKSYEN U5 JALAN NOVA NU5/N
  17. SEKSYEN U5 JALAN MATAHARI U5/117
  18. SEKSYEN U3 SUBANG PERDANA (BERSEBELAHAN GERAI MAJLIS)
  19. SEKSYEN U8 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN N U8/N(BERSEBELAHAN RESTORAN AL-ALI)
  20. SEKSYEN U8 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN C U8/C, BUKIT JELUTONG, (HADAPAN MY MYDIN)
  21. SEKSYEN U10 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN PULAU LUMUT U10Q/Q
  22. SEKSYEN U10 TAPAK PENJAJA SEMENTARA, JALAN PULAU INDAH AU/10A
  23. SEKSYEN U13 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN SETIA PRIMA C U13/C, (HADAPAN CIMB SETIA ALAM)
  24. SEKSYEN U13 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN SETIA PERDANA BC U13/BC
  25. SEKSYEN U19 JALAN LITER D, BANDAR BARU SUNGAI BULUH FASA 3, (HADAPAN ECONSAVE)
  26. SEKSYEN U20 TEMPAT LETAK KERETA, BUKIT RAHMAN PUTRA, BANDAR BARU SUNGAI BULUH , FASA 1
  27. SEKSYEN U20, TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 1 B/2, BANDAR BARU SUNGAI BULUH, FASA 2, (HADAPAN PEJABAT LUNCAI EMAS)
  28. SEKSYEN 24 TAPAK USAHAWAN MIKRO, JALAN TIMUN 24/C
  29. SEKSYEN 18 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 18/A & 18/2
  30. SEKSYEN 13 TAPAK BAZARENA, STADIUM SHAH ALAM
  31. SEKSYEN 17 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 17/20 (HADAPAN DEWAN MBSA)
  32. SEKSYEN 19 TAPAK PASAR MALAM, JALAN 19/D
  33. SEKSYEN 20 TEMPAT LETAK KERETA, JALAN 20/2
  34. SEKSYEN U3 TEMPAT LETAK KERETA, JLN SP2/4, SUBANG PERDANA
  35. SEKSYEN 7 TAPAK PASAR MALAM, JALAN PLUMBUM 7/98

Selamat menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan tahun 2018 ini. Moga mendapat keberkatan dan moga-moga kita semua masuk dalam golongan mereka yang bertaqwa.

 

Tempat Shopping Raya

Di mana tempat shopping baju raya di Shah Alam ni? Bila bercakap pasal shopping baju raya, sudah pasti baju yang akan dibeli adalah Baju Kebangsaan seperti baju kurung, baju kebaya, tudung, baju melayu, Jubah, Songkok dan yang sewaktu dengannya.

Selain itu, bila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan keluar berbelanja membeli segala keperluan pakaian baru, persiapan rumah, kuih muih dan sebagainya.

Di sekitar Shah Alam sendiri ada beberapa tempat yang sering menjadi tumpuan untuk shopping raya.

 

Jakel Shah Alam

keunikan ramadhanSumber: mstar

Bagi anda yang ingin beraya bersama koleksi pakaian jenama selebriti, anda pasti terpukau jika pergi ke Jakel Shah Alam, Seksyen 7 kerana di sini mempunyai pelbagai pilihan baju raya jenama selebriti popular.

 

PKNS Shah Alam

 Keunikan RamadhanSumber: Tourism Selangor

PKNS Shah Alam turut menjadi tempat pilihan di saat raya semakin tiba. Di samping pelbagai baju raya yang dijual, terdapat juga barangan lain seperti aksesori pakaian, kasut, tudung dan sebagainya.

 

Plaza Masalam

keunikan ramadhanSumber: Cartoola

Shah Alam merupakan ‘lubuk’ membeli belah kerana mempunyai banyak pusat membeli belah. Di Plaza Masalam juga terdapat beberapa kedai menjual pakaian raya yang menarik untuk anda.

 

Plaza Alam Sentral

keunikan ramadhanSumber: GoWhere

Nah…. dah boleh planning and fikirkan masa yang terbaik untuk berkunjung ke tempat-tempat ini. Sekiranya rasakan post ini berguna, komen-komen la sikit di sini. hehehehehhehe

Nak Sewa Homestay? Boleh terus booking di website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM

6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM BAKAL BUAT KORANG LAPAR!

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai hipster cafe kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, kafe sebegini juga dilihat banyak “tumbuh” di Shah Alam. Mungkin korang tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopiseperti ini menawarkan hidangan halal? Di sini, kami akan listkan hispter cafe yang halal untuk korang!

 

KOPIMEO

Sumber: eatdrinkl

Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan.

Sumber: FoodAdvisor

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.

Telefon: +6012-2060 326

Instagram: @kopimeo

 

FOODSBURY

Sumber: anakcikgunawi blog

Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni.

Sumber: Pinterest

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.

Telefon: +6013-386 1848

Instagram: @foodsbury

 

CAKE JALAN TIUNG

Sumber: eatdrinkl

Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan.

Sumber: eatdrinkl

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.

Telefon: +6012-9512 887

Instagram: @cakejalantiung

 

BREW & BREAD

Sumber: Brew&Bread Page

Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan.

Sumber: Brew&Bread Page

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.

Telefon: +603-5131 5201

Instagram: @brewnbread

 

HOLY SMOKE CAFE

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam

Telefon: +603-5511 8018

Instagram: @holysmokecafe

 

 

LADS & LASSIES

Sumber: tripadvisor

MELANGKAH masuk buat pertama kali ke dalam Lads & Lassies, sudah cukup untuk menggambarkan kelainan yang ada dalam kafe tersebut. Keadaan itu membuatkan pengunjung berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh kafe yang diusahakan dua beradik, iaitu Shereena Saini dan Mohamed Danial. Meskipun berkonsepkan makanan Barat, elemen-elemen tempatan seperti rasa pedas tidak dilupakan bagi disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Antara menu yang perlu dicuba ialah Kachang Phool, Sloppy Blue Cheese Burger, Machalo Moa dan Big Fat Juicy Burger.

Sumber: tripadvisor

Status: Halal

Alamat: 12, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Isnin – Ahad: 8.30am – 11pm , Jumaat – Sabtu: 8.30am – 1am

Telefon: 03-5524 1190

Instagram: @ladandlassies

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

 

Bercakap tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam, ada beberapa destinasi yang tidak kurang menariknya untuk korang lawati samaada bersama rakan-rakan mahupun bersama keluarga. Kalau setakat nak lepak dan sembang-sembang sambil menikmati keindahan pada waktu malam, bolehlah datang ke beberapa destinasi ini.

Kebanyakan destinasi adalah merupakan dataran, tempat hiburan keluarga dan juga beberapa taman awam yang sering menjadi pilihan warga Shah Alam untuk lepak-lepak pada waktu malam.

 

Uptown Shah Alam Seksyen 24

 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: SelangorKini 

Kalau korang nak lepak-lepak , cuci-cuci mata dan makan-makan, boleh lakukan aktiviti tersebut di Uptown Shah Alam Seksyen 24. Bazar larut malam ini dibuka pada pukul 10 malam sehinggalah ke 3 pagi. Di sini ada macam macam pilihan barang yang dijual di ratusan bazar dan kedai yang ada di sini. Memang satu tempat menarik di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Lokasi: LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor

 

City of Digital Light di I-city Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: Pinterest

Di sini memang ada banyak aktiviti dan tempat menarik yang indoor dan outdoor. Salah satu tarikan yang ada di I-city  yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah City of Digital Light. Di sini terdapat pelbagai jenis pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang boleh diibaratkan seperti taman fantasi untuk kanak-kanak. Di sini juga terdapat beberapa permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak atau remaja untuk mencuba. Setiap kali hujung minggu memang sesak kawasan City of Digital Light.

Lokasi: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM

Di sini terdapat sebuah padang dan kemudahan seperti bangku duduk yang disediakan dan sering menjadi tempat warga sekitar berkelah. Mungkin kerana lokasi yang strategik dan tidak jauh dari jalan utama menjadikannya destinasi pilihan warga setempat berkeluarga untuk lepak-lepak selain mempunyai lampu limpah yang menerangi gelap malam. Destinasi ini tidaklah semeriah di Uptown Shah Alam mahupun di I-City namun cukup memadai kalau setakat nak kepak -lepak ambil angin malam sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain di padang. Padang ini memang sesak setiap kali bulan Ramadhan ketika waktu iftar. Pastikan korang bawa tikar siap-siap ye!

Lokasi: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Setia City Park 

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: GoWhere

Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik. Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam dan luar negara. Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik. Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.

Lokasi: 359, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Economy/Standard/Superior Room (Hotel Type) – Homestay Byka – Vista Alam Seksyen 14

Economy/Standard/Superior Room (Hotel Type)

Economy/Standard/Superior Room (Hotel Type) yang ada di Vista Suites Homestay Byka ini terletak di seksyen 14, Shah Alam, iaitu di pusat bandar Shah Alam. Untuk yang mencari penginapan untuk 1-2 orang, standard room ini merupakan satu pilihan yang paling sesuai. SHARE? TIDAK sama sekali. Walaupun hanya menyewa bilik sahaja, toilet, entrance semua adalah persendirian. Tidak berkongsi dengan mana-mana unit yang lain.

Di samping itu, lokasi unit ini juga terletak di lokasi yang paling strategik di Shah Alam dan mudah untuk ke kawasan sekitarnya. 

Boleh hubungi kami, di +6012-3349149 untuk pertanyaan mengenai penginapan Homestay di Shah Alam.

Antara Amenities yang di sediakan adalah:

  • Bilik tidur lengkap dengan penghawa dingin
  • Television. ( Untuk Economy room tiada channel TV)
  • WIFI (Untuk Standard Room tiada WIfi disediakan)
  • Bilik air lengkap dengan pemanas.
  • 1 katil Queen atau 2 Single Bed.
  • Jug  letrik, Seterika.
  • Penghawa dingin
  • Tuala

Kemudahan

Pelbagai kemudahan di sediakan di Vista Alam – Homestay Shah Alam. Untuk yang suka dengan aktiviti senaman seperti jogging, senaman, di Vista Alam menyediakan sky walk pertama di Shah Alam. Tuan/Puan boleh turun di kemudahan awam kami dan jogging di sekeliling kawasan Vista Alam ini sahaja tanpa perlu turun atau ke mana-mana.

Bilik-bilik di Vista Suites, Guesthouse ByKA

Di Guesthouse ByKA @ vista alam, kami menyediakan beberapa pilihan untuk tetamu kami seperti di bawah.

  1. Unit Apartment 3 Bilik
    2. Unit Apartment 2 Bilik
    3. Unit One Bedroom Apartment with Living Hall
    4. Unit 1 bilik (hotel type with private bathroom)
    5. Dorm+Stay Type (20 Guest)

Dormstay Shah Alam – Homestay ByKA

Dormstay Shah Alam – Homestay ByKA

Unit yang memuatkan 24 orang ini, kami namakan DormStay hasil daripada gabungan perkataan Dorm dan homestay. Ini kerana unit style dormstay ini, merupakan yang pertama seumpamanya di sekitar Shah Alam.  Di unit DormStay ini, kami menyediakan kelengkapan katil khas untuk 24 orang tetamu yang mana, sekiranya tuan/puan ingin mencari penginapan untuk bilangan yang ramai, seperti 15-25 orang, sudah tidak perlu risau mencari kawasan berhampiran atau bersebelahan. Juga tidak perlu bersusah payah untuk membawa extra toto, atau extra foldable mattress untuk bilangan tetamu yang tidak mempunyai katil sendiri apabila menyewa homestay seperti di rumah atau apartment.

Untuk unit DormStay ini, kami menyediakan 24 biji katil single lengkap dengan selimut dan bantal untuk menjamin keselesaan. DormStay ini juga bukan jenis dorm biasa, malah ia lengkap dengan sofa dan tv di ruang tamu. Selain itu, ia lengkap juga dengan dapur dan ruang makan. Kami menyediakan peti ais, microwave, water dispenser, electric kettle dan juga seterika untuk kemudahan para tetamu.

Antara kemudahan yang di sediakan adalah:

  • Unit lengkap dengan penghawa dingin.
  • 2 bilik air lengkap dengan pemanas dan 2 Toilet yang berasingan.
  • 20 Katil Single
  • Almari pakaian.
  • Sofa
  • Meja makan, pantry, Eletrik jug Kettle, microwave, Peti Ais, Pinggan dan mangkuk turut disediakan.
  • Tuala ( Extra Charge)

Walaubagaimanapun, unit Dormstay kami ini, di reka dengan konsep terbuka. Di mana ia tidak mempunyai bilik-bilik khas untuk setiap seeorang. Jadi kami amat menggalakkan untuk setiap yang memilih unit ini khas untuk sama jantina sahaja ataupun keluarga.

Untuk yang mencari tempat penginapan untuk 24 orang, inilah pilihan yang sesuai. Tetamu tidak perlu tidur di atas lantai kerana cukup untuk 24 orang. Selain daripada itu, di bawah unit ini juga penuh dengan restauran-restauran pilihan sama ada masakan melayu, masakan pakistan, masakan indonesia, mahupun western. Kemudahan seperti farmasi, bank dan hospital juga ada di sini.

Untuk unit ini juga, amat sesuai untuk penginapan untuk training, untuk lawatan, untuk kenduri dan lain-lain.

Dormstay homestay Shah Alam

Selain daripada unit dormstay ini, Homestay ByKA @ vista alam turut menyediakan beberapa pilihan untuk tetamu kami seperti di bawah.

  1. Unit Apartment 3 Bilik
    2. Unit Apartment 2 Bilik
    3. Unit Studio Apartment with Living Hall
    4. Unit 1 bilik (hotel type with private bathroom)

Semua unit ini berada di dalam kawasan yang sama. Sekiranya jumlah tetamu melebihi 24 orang, boleh ambil unit-unit yang lain kerana berada di sama lokasi. Total keseluruhan kami mampu menampung seramai 60 orang pada satu-satu masa di Vista Alam, Shah Alam.

Hubungi 012-3349149 untuk sebarang tempahan mahupun pertanyaan.

  • Open Concept Dormitory style ( 2000+- sqft)
  •  16- 24 Single Bed
  • Peak season : RM600 / night ( RM 25 / Night / Person )
  • Weekday : RM500 / night
  • Weekend : RM550/ night

Apartment Satu Bilik di Vista Alam Seksyen 14

Apartment Satu Bilik di Vista Alam Seksyen 14

Salah satu jenis apartment yang kami ada di Homestay Byka Vista Alam adalah apartment Satu Bilik. Apartment ini, sesuai sangat untuk keluarga kecil yang inginkan keselesaan. Unit ini menyediakan 1 queen bed, 1 sofa bed dan 1 extra tilam single khas untuk yang memilih untuk menginap di sini.

Apartment Dua Bilik – Homestay Byka – Vista Alam Seksyen 14

Bagi yang mencari penginapan di shah alam, pilihlah Homestay Shah Alam @Vista Suites, terletak di seksyen 14, Shah Alam, iaitu di pusat bandar Shah Alam. Ia merupakan satu pilihan yang bijak. Ini kerana lokasi Vista Suites byKA adalah lokasi yang paling strategik di Shah Alam.

Untuk yang datang dengan keluarga yang tidak ramai, kami ada menyediakan unit homestay apartment 2 bilik dengan kadar harga rm250/malam.

Kami menyediakan penginapan yang selesa untuk 4-5 orang di unit kami. Antara kemudahan yang di sediakan adalah:

  1. Master bedroom dan livinghall dengan penghawa dingin dan kipas.
  2. 2 bilik air.
  3. 3 katil Queen.
  4. Penyidai
  5. Sofa
  6. Meja makan 4 -6 orang, pantry, cerek letrik, microwave disediakan.
  7. Extra mattress, Comforter dan bantal disediakan sekiranya ada permintaan.
  8. Penghawa dingin di ruang tamu
  9. Tuala

Apartment Tiga Bilik Homestay Byka – Vista Alam Seksyen 14

Apartment 3 bilik di Homestay Shah Alam @Vista Suites, terletak di seksyen 14, Shah Alam, iaitu di pusat bandar Shah Alam. Vista Suites terletak di kawasan Kompleks PKNS Shah Alam, Hotel Grand Blue Wave, SACC Convention Centre, IDCC Convention Centre dan sekitarnya. Unit Apartment 3 bilik di Homestay Shah Alam ini terletak di lokasi paling strategik di Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Untuk penginapan di Shah Alam, guesthouse Byka @vista suites menyediakan penginapan yang selesa dan pelbagai kemudahan untuk tetamu.

Kemudahan Yang Disediakan

Kami menyediakan penginapan Apartment 3 bilik di Homestay Shah Alam yang selesa untuk 8-10 orang di unit 3 bilik kami. Antara kemudahan yang di sediakan adalah:

  • 3 Bilik tidur lengkap dengan penghawa dingin.
  • 1 bilik tidur lengkap dengan television tetapi berlainan pintu. (Sebelah menyebelah). Jadi sekiranya terdapat keluarga yang memerlukan privacy tetapi ingin berdekatan, pilihan ini adalah sangat sesuai.
  • 2 bilik air lengkap dengan pemanas.
  • 2 katil Queen, 1 katil single 2 tingkat, dan 2 sofa bed.
  • Almari pakaian dan meja solek
  • Sofa
  • Meja makan, pantry, cerek letrik, toaster oven disediakan.
  • Extra mattress, Comforter dan bantal disediakan untuk 1-2 orang sekiranya ada permintaan
  • Penghawa dingin di semua bilik dan di ruang tamu
  • Tuala

Fasiliti Di Homestay Byka

Apa fasiliti yang ada di homestay Byka kami?

Vista Alam