Keistimewaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Keistimewaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 

Keistimewaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahSumber: Pinterest

 

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan sebuah masjid tersohor serta merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Kenangan 18 tahun dahulu terimbau kembali tatkala melihat masjid ini. Di sinilah saya mengambil sijil tadika Al-Fath serta membuat persembahan berkumpulan bersama-sama rakan di majlis penyampaian sijil tadika.

Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan  seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam. Masjid yang juga dikenali sebagai “masjid biru” di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan. Sesiapapun yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ pasti nak datang lagi. Masjid ini berdiri megah dengan landskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang  memisahkan Masjid ini dengan Pusat Bandar Shah Alam. Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 24,000 jemaah pada satu masa.

 

KEISTIMEWAAN MASJID:

 Terdapat banyak keistimewaan masjid ini yang membuat hati saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih dalam antaranya ialah:

  1. Masjid terbesar kedua di Asia Tenggara
  2. Kubah masjid yang terbesar di dunia
  3. Menara tertinggi kedua di dunia
  4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
  5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan ‘Retvous Enamelled Steel Panel’.
  6. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
  7. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
  8. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hong Kong.
  9. Baginda Sultan dengan bermurah hatinya menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
  10. Struktur masjid adalah kombinasi antara seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.
  11. Mimbar masjid pula  dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia. Berukuran 7 kaki tinggi. Pelantarnya 5 kaki persegi , berdiri di atas empat tiang dan berbumbung batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya.Cermin dinding dihiasi dengan gril yang tinggi diperbuat daripada kayu berukir setinggi 7 kaki

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN:

  • Kaunter zakat
  • Perpustakaan
  • Kemudahan wifi
  • Pengurusan jenazah
  • Khidmat nasihat
  • Pejabat pentadbiran
  • Sewaan dewan dan bilik

PROGRAM:

  •    Forum perdana ehwal islam
  •   Bicara addin
  •   Kuliah tasawur islam
  •   Kuliah syarah al-hikam
  •   Klinik al-fatihah

 

PERBEZAAN DENGAN MASJID BIASA:

  • Menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara termasuk pelancong yang bukan Islam
  • Untuk menjaga kesucian rumah Allah, pakaian jubah disediakan untuk para pengunjung untuk menutup aurat dengan sewajarnya.
  • Tandas serta tempat wuduk yang selesa dan canggih. Paip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik
  • Lokasi penggambaran dan fotografi untuk pasangan pengantin serta penerbitan kad grafik untuk melambangkan identiti Islamik.
  • Menyediakan pamplet dan risalah-risalah berkaitan Islam dalam bahasa Inggeris untuk pengunjung bukan Islam mengenali erti sebenar Islam.
  • Pengunjung bukan Islam dibenarkan masuk dan melawat kawasan masjid serta diiringi pegawai berkenaan untuk menjelaskan tentang perihal masjid dan Islam.
  • Memiliki perpustakaan serta kemudahan wifi untuk kemudahan orang ramaii.
  • Memiliki banyak pintu pagar untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan kenderaan pengunjung keluar masuk.
  • Pada setiap hari Jumaat, perniagaan dijalankan di tingkat bawah. Jualan seperti pakaian, buku dan majalah, makanan dan minuman.
  • Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan.

 

Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Indahnya…

Leave a Comment