RaSVilla Olak Lempit, Homestay Banting Ala Bali tersedia dengan Kolam Mandi.
Sungguh tidak sangka, sebuah homestay yang terletak tidak berapa jauh dengan Pekan Banting (+/- 10km, 16 minit) dan Pantai Morib (+/- 20km, 30 minit) ini sangat berlainan konsepnya dengan homestay-homestay yang lain.
Apa yang menarik dengan homestay ini adalah, suasana ala Bali yang ingin diterapkan oleh pemiliknya iaitu En. Azman dan ia dibina dengan konsep homestay di taman yang ‘terbuka’.
Maksud konsep ‘terbuka” yang cuba diterapkan oleh pemilik homestay ini adalah ruangan tidur/bilik tidak ditempatkan di dalam “rumah” yang sama dengan ruang tamu dan ruang dapur. Ini memberikan ‘feeling more privacy’ walaupun bersama keluarga besar di rumah yang sama. Biasalah kan, bila ramai-ramai bercuti, ada yang ingin masak, ada yang ingin berborak, bergurau senda, dan pastinya ada anak kecil yang memerlukan ruang untuk mereka sendiri.
Satu lagi yang paling penting, setiap bilik-bilik tersebut mempunyai tandas sendiri yang unik dan keempat-empat bilik ini mempunyai perbezaan dari segi jenis perabot, susunan serta warna dinding.
Tidak lupa juga, ruang ‘open’ yang dibina di tengah-tengah kawasan vila ini, mempunyai 2 kolam renang (dewasa & kanak-kanak). Apabila kita berada di tengah-tengah kawasan ini, kita terasa seakan berada di dalam taman yang cantik dan indah. Sesuai dah tu kalau sesiapa yang suka bergambar upload ke sosial media sebab view di situ memang sesuai sangat.
Kredit kepada Syahman Abu Hasan