Butik Vendor Popular di Shah Alam

Butik Vendor Popular di Shah Alam

Jika korang dah mula bosan atau tak tahu mana nak pergi untuk membeli-belah, kami cadangkan agar korang berkunjung ke Shah Alam. Mempunyai populasi seramai 650,000 orang dan juga menjadi ‘rumah’ kepada beberapa institusi pengajian tinggi seperti UiTM, maka tidak harianlah sekiranya Shah Alam menjadi salah satu ‘syurga’ membeli belah untuk kaum Adam dan Hawa. Disebabkan ini juga, ramai pemilik butik dan jenama besar mempunyai keyakinan untuk melebarkan sayap mereka dan membuka cawangan di Shah Alam.

Jadi, bagaimana nak memulakan ‘perjalanan’ shopping korang? Mesti pening kan, banyak sangat kedai sampai tak tahu nak pergi yang mana dulu. Apa kata kita pergi ke butik yang berkonsepkan vendor. Apa itu butik konsep vendor? Sejak kemunculan pelbagai jenis sosial media dan kemudahan internet dan telefon pintar, pengguna kini mempunyai kemudahan untuk membeli belah hanya dihujung jari mereka. Tetapi kadang kala, ye lah, kita rasa tak puas tengok gambar, rasa macam nak pergi tengok dan pegang barang tu. Maka di situ muncul lah konsep vendor butik. Ianya sebuah kedai di mana pelbagai online sellers akan menyewa tapak dan pemilik kedai tersebut akan membantu menjual barangan mereka.

Sincerely by Us Boutique (SBU)

Jenama SBU sudah lama berada di pasaran sejak diasakan oleh Inora Putri pada tahun 2011 tetapi pada tahun 2013, beliau telah mengorak langkah dengan membuka kedai berkonsepkan vendor di Shah Alam. Antara keistimewaan SBU adalah ianya mempunyai sebuah ruangan mini café di mana para pelanggan boleh memesan pelbagai jenis kek dan manisan yang boleh dinikmati sambil membeli belah. Selain itu, SBU juga telah memperkenalkan sebuah rangkaian pakaian bayi yang direka khas oleh mereka sendiri.

Sumber: CikLilyPutih

Menjual: Pakaian bayi dan dewasa, hijab, makanan, aksessori telefon, aksesori, produk kecantikan, buku, beg
Julat harga: Makanan – bermula dari RM0.50, Pakaian etc – RM150 kebawah
Waktu operasi: 11am-9pm setiap hari (Tutup setiap hari Isnin)
Laman web: www.sincerelybyusofficial.com
Instagram: @sincerelybyushawls
Facebook: Sincerelybyus Shawls

Alamat:
B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K,
Alam Avenue 2, 40200,
Shah Alam, Selangor

The Muse Dept

Ditubuhkan pada tahun Julai 2014, The Muse Dept (TMD) sememangnya membawa suatu kelainan berbanding butik berkonsepkan vendor yang lain. TMD telah membawa masuk jenama kasut terkemuka dari Indonesia, MKS Shoes, untuk dipasarkan di negara kita. Sejak dari itu, kasut ini telah menjadi dambaan ramai wanita di luar sana termasuk pemilik butik atas talian, Fashion Valet, iaitu Vivy Yusof. Objektif pembukaan butik TMD adalah untuk menjadi sebagai one stop centre untuk para gadis di luar sana yang meminati fesyen, muzik, dan seni. Pendek kata, dari pakaian tradisional, ke pakaian kasual, korang pasti tidak akan jemu dengan pilihan yang ada.

Sumber: Facebook

Menjual: Pakaian tradisional, pakaian kasual, hijab, aksesori, produk kecantikan, buku, beg, kasut
Julat harga: RM10-RM179
Waktu operasi: 11am-8pm setiap hari (Tutup setiap hari Isnin)
Instagram: @themusedeptmy
Facebook: The Muse Dept

Alamat:
C 15-1 (Tingkat 1) Alam Avenue 2,
Jln Serai Wangi L 16/L, Seksyen 16,
40000, Shah Alam, Selangor.

Nanano Vendors

Nanano Vendors pada asalnya bermula dengan Nanano Collection, sebuah jenama pakaian yang diasaskan oleh Nana Ashrina pada tahun 2008. Bermula dengan jualan atas talian menerusi blog, Nanano telah berusaha untuk mengukuhkan jenamanya selama beberapa tahun dan akhirnya berjaya membuka butik mereka, Nanano Vendors pada tahun 2013. Antara perkara yang membuat kami kagum adalah keupayaan gadis ini untuk membuka lima cawangan butiknya hanya dalam masa tiga tahun sahaja. Nanano Vendors mahu dilihat sebagai sebuah hub fesyen untuk wanita urban masa kini.

Sumber: Foursquare
Menjual: Pakaian tradisional dan kasual, kasut, beg, hijab, aksesori
Julat harga: RM25-RM300
Waktu operasi: 11am-8pm setiap hari (Tutup setiap hari Isnin)
Laman web: www.nananovendors.com
Instagram: @nananovendors
Facebook: Nanano Vendors
Alamat:
No. 42B, Jalan Plumbum N7/N,
Seksyen 7, 40000, Shah Alam,
Selangor.
Rasa macam seronok je kan? Boleh pergi shopping beberapa kedai maya dalam satu masa! Tak payah nak pergi banyak tempat, boleh dapat satu outfit complete, from top to bottom. Okay lah, kami dah tolong jimatkan masa korang dengan menyenaraikan beberapa butik konsep vendor yang korang boleh pergi nanti. Happy shopping! 

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar Ramadhan

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar Ramadhan

Baazar-baazar Ramadhan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain. Biasalah melihat orang ramai berduyun-duyun dan berpeluh-peluh mencari makanan yang lazat. Kalau masa hari biasa, tengok dan lalu-lalang depan menu ini, macam tak teringin nak makan sangat. Tapi bila tiba bulan Ramadhan, tiba-tiba tekak meronta mahu menikmati tujuh menu ini. Apakah senarai makanan wajib beli jika korang ke bazar Ramadhan?

Ini antara makanan wajib di mana-mana baazar Ramadhan:

1. Roti John

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Laman Resepi

Roti John paling mendapat sambutan bila kat bazar Ramadan. Paling simple letak telur sahaja tetapi ada yang kreatif letak daging ayam, kambing, lembu mahupun rusa. Dicampur dengan pilihan sayur-sayuran, sos dan mayonis, semestinya mengenyangkan. Pilihan harga dari RM3.50 hingga RM5.

 

2. Air Tebu

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Yong Norliza

Kalau hari biasa, air tebu taklah terlalu dinantikan tapi bila masuk sahaja bulan puasa, air tebu ni la yang paling menjadi kegilaan. Tambahan pula dapat air tebu yang baru lepas segar diproses dan tidak dicampur air batu. Bila azan sahaja, sensasi air tebu dicampur dingin ais memang menusuk kalbu!

 

3. Ayam Percik

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: errakyra

Ayam percik ada pelbagai jenis tapi yang begitu menarik perhatian kami sudah semestinya ayam percik Kelantan. Kuahnya bewarna putih dan ada sedikit rasa manis bergabung bersama ayam yang dipanggang. Menarik sungguh!

 

4. Tepung Pelita

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: resepikuihmuih

Kuih ini kalau hari biasa jarang nak jumpa tapi bila tiba bulan Ramadan, merata-rata ada. Kebiasaanya dijual lima ketul untuk RM2. Dalamnya terasa air gula manis dan sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Ada juga kuih yang seakan-akan tepung pelita yang dipanggil kuih tako yang didalamnya diisikan dengan buah sengkuang.

 

5. Ayam Golek

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Mstar

Ayam golek memang paling terbaik kalau di baazar Ramadhan. Orang beratur tak payah cakap. Berapa ekor ayam boleh habis dalam sehari, tauke ayam golek pasti tersenyum lebar. Dapat pula kuah pencicah ayam golek yang manis pedas, memang terbaik!

 

6. Murtabak

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: homefamilysite

Samada murtabak ayam atau daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan ketika di baazar Ramadhan. Keunikan murtabak terletak di ramuan isinya dan itulah yang menentukan sedap atau tidak sesebuah murtabak itu. Dipadankan dengan jeruk bawang atau kari, murtabak memang wajib ada ketika menu berbuka puasa.

Memang meriah sungguh pilihan makanan kat Bazaar Ramadhan kan? Korang paling suka beli makanan apa kalau pergi Bazaar Ramadhan.

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah AlamSumber: says.com

Sepanjang sebulan kita menjalani ibadah puasa pasti kita ternanti-nantikan saat berbuka puasa. Di negara kita sememangnya bulan Ramadhan ini digelar bulan rahmat. Peniaga-peniaga juadah berbuka puasa pasti menantikan pembukaan bazaar-bazaar ramadhan di setiap pelusuk. Bagi golongan
yang berkerja, mereka lebih senang membeli juadah berbuka puasa berbanding memasak sendiri memandangkan masa yang singkat. Di sekitar bandar Shah Alam sendiri terdapat beberapa buah bazaar Ramadhan yang begitu popular yang ditunggu-tunggu pembukaannya antaranya adalah Bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam, Seksyen 13.

Bazaar Ramadhan Seksyen 13 yang terletak di lot parking Stadium Shah Alam merupakan bazaar yang paling besar dan luas di Selangor. Maka tidak hairanlah jika kawasan tersebut dikeremuni oleh ramai orang sejak dari pukul 4.00 petang. Bagi menggelak terperangkap dari kesesakan lalu lintas di nasihatkan korang untuk datang lebih awal dalam antara jam 4.00 petang hingga 5.00 petang kerana sekiranya lambat, korang bakal menghadapi kesukaran mencari tempat letak kereta dan bakal berhimpit dengan orang ramai. Namun disebalik berhimpit orang ramai, berbagai juadah lauk-pauk, kuih-muih yang tidak pernah korang jumpa ada jual di Bazaar Ramadhan Seksyen 13 ini.

Pada bulan Ramadhan, Murtabak adalah jualan yang paling popular untuk berbuka puasa. Ada pilihan murtabak daging, ayam dan sardin. Ia dihidangkan dengan jeruk bawang dan kari. Memang kena berbaris kalau inginkan murtabak di bazaar ini kerana perminat murtabak terlalu ramai.

Selain ayam percik, ayam golek menjadi rebutan terutamanya apabila korang melihat lelehan minyak yang jatuh dari ayam yang membuat perut terus berkeroncong tidak henti-henti. Ayam golek ini diperam dengan sos khas dan dicucuk di cerucuk untuk dibakar dan digolek-golekkan.

Bazaar Ramadhan bukan sahaja menyediakan juadah makanan tetapi ada juga pelbagai minuman yang menghilangkan dahaga dan tekak yang kering. Jus buah menjadi pilihan utama pengunjung, Air katira, teh bunga, Ribena Susu dan macam-macam lagi.

Marilah beramai-ramai bersama keluarga mengunjungi Bazaar Ramadhan Seksyen 13. Korang harus datang mencuba pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak dan lazat…Experience it yourself!

Sebelum tu, nak bagi tahu korang sekiranya korang menginap di Homestay ByKA, setiap penginapan satu malam akan terima #SAHURKIT daripada kami. Mesti korang lebih bertenaga puasa nanti. Menarik kan?

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

 

Kalau korang berminat nak sewa Homestay dengan kami boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway biasanya warga kota akan mencari peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga masing-masing. Tak perlu pergi jauh hanya cukup sekadar boleh melarikan diri sebentar dari kecamukan kota Kuala Lumpur yang tak pernah tidur ini. Hehehehe.

Kebiasaan mereka akan memilih Melaka dan Port Dickson sebagai destinasi hujung minggu untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Tapi kali ini kami nak memperkenalkan destinasi yang hanya mengambil masa kurang dari 1 jam dari KL. Tak jauh kan? dekat jer.  Ianya hanya di Shah Alam.

Ya kami tahu ramai yang tinggal di Shah Alam. Dan ada juga yang mungkin terfikir Shah Alam? Apa yang ada kat sini? (mesti korang 50/50 nak datang kat sini kannnn)

Tapi hari ni kami nak bongkarkan tempat-tempat best yang wajib korang pergi kat Shah Alam. Korang tahu tak? Shah Alam kini dah banyak tarikan yang boleh korang pergi. Lagi-lagi dihujung minggu. Macam-macam yang korang boleh buat di sini. Cakap je nak apa semua ada. Jom kita lihat!

 

LAMAN SENI

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: travelmalaysia

Laman seni ni terletak di Jalan Plumbum, Seksyen 7. Bagi peminat fotografi dan yang suka OOTD amatlah sesuai datang ke sini. Di sebalik lorong-lorong belakang bangunan terdapat lukisan mural yang cantik dan menarik. Selain itu, konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti shah alam, tarikan pelancongan dan berkonsepkan kehijauan.

Lokasi: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

 

PASAR KARAT SHAH ALAM

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Pasar Karat ini terletak di kawasan letak kereta Stadium Melawati di Seksyen 13, Shah Alam. Dibuka setiap hari Ahad bermula seawal pagi sehingga ke lewat tengahari. Pasar ni tersangatlah besar dan terdapat macam-macam barang yang diniagakan. Cakap ajelah korang nak apapun, mesti boleh jumpa punya!

Yang best tentang pasar ini adalah ianya dibahagikan dengan agak terperinci memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli-belah. Barangan makanan, barang basah dan kering terletak berasingan. So sangat mudah kalau nak fokus untuk beli barangan tertentu aje. Tapi kalau pertama kali ke sini, sangat berbaloi kalau menjelajah ke setiap penjuru. Memang macam-macam ada!

Lokasi: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

CENDOL DURIAN, SEKSYEN 24

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Rojak & Cendol di Seksyen 24 Shah Alam merupakan peneraju kepada segala cendol durian. Cendol durian ni adalah satu dari idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Korang dah pernah try ke? Rasa dia memang terbaik!

Lokasi: Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam

 

Wet World Waterpark

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: tourismalaysia

Wet World Waterpark Shah Alam ni terletak berlatarkan permandangan Taman Tasik Shah Alam dibina dengan ciri keselamatan untuk para pengunjung terutamnya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet Wolrd Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Lokasi: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

I-CITY

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: mylittleventure

Kalau korang pernah dengar tentang I-city Shah Alam, mesti korang terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.

Di dalam kawasan Snowalk ini korang dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Kalau korang teringin merasa hidup di dalam salji, inilah tempat yang patut korang pergi. Keluar sahaja dari taman salji ini, ada banyak lagi tempat untuk berseronok seperti Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi. Gempak kan? Tunggu apa lagi? Mai lah ke sini!

Lokasi: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Korang tengok semua ada dekat Shah Alam ni tau! Sesuai untuk bawa family korang datang ke sini hujung minggu.

 

Jika datang ke Shah Alam korang boleh cuba menginap di HOMESTAY BYKA. Korang boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

Tempat Breakfast Best dan Sedap di Shah Alam

Tempat Breakfast Best dan Sedap di Shah Alam

Beruntung sesiapa yang tinggal di Shah Alam, Selangor ni kerana mempunyai banyak tempat makan yang menarik untuk korang cuba. Boleh dikatakan pilihan restoran atau cafe yang ada semua sedap-sedap belaka. Di samping itu, sekirannya korang bercadang nak breakfast atau sarapan pagi di Shah Alam bolehlah rujuk senarai 5 tempat breakfast yang paling best dan sedap yang korang boleh kunjungi untuk menjamu selera pada waktu pagi. Destinasi di bawah ni lebih kepada restoran yang telah lama bertapak di Shah Alam dan sering mendapat ulasan yang majoritinya BAGUS  oleh pengunjung. Jom kita tengok restoran yang mana sediakan breakfast best dan sedap di Shah Alam.

 

Restoran Soto, Seksyen 8

Restoran ni sesuai untuk diterjah sewaktu sarapan pagi. Pelbagai makanan korang boleh temui di sini. Boleh jadi rambang mata jadinya jika makan di sini. Dikatakan, soto dan roti canai adalah menu yang wajib dicuba di sini. Ada juga mencadangkan untuk mencuba daging lemak cili apinya. Harganya berpatutan dan dikatakan murah. akhir sekali, boleh dikatakan keistimewaannya asalah pada lauk-pauknya yang pelbagai.

Tempat Breakfast Best dan SedapSumber: JalanJalanCariMakan

Lokasi: Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40100 Shah Alam, Selangor. Malaysia.

 

Restoran Lontong Klang, Seksyen 7

Jangan terpedaya ye, ia bukan terletak di Klang, tetapi di Seksyen 7 Shah Alam. Lontong merupakan antara menu wajib ada setiap kali tiba Hari Raya. Lontong dan Kuah Lodeh selalunya dihidangkan pada waktu sarapan pagi dan boleh dikatakan menu sarapan sihat dengan variasi bahan-bahan yang digunakan seperti nasi himpit, tempe, sayur-sayuran dan pelbagai lagi.

Di luar musim perayaan, menu lontong sedap ini agak sukar diperoleh. Tidak banyak restoran atau kedai makan yang menyediakan menu ini. Mujurlah ada Lontong Klang yang menjadi pilihan ramai sejak 1970 dan sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Shah Alam, Klang dan Bukit Tinggi.

Tempat Breakfast Best dan SedapSumber: Flickr

Lokasi: No.20, Jalan Zirkan E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.

 

Restoran Gembira, Seksyen 3

Dibuka sejak tahun 1968, lokasinya tidak jauh dari Restoran Nasi Lemak Ceria. Menunya pun lebih kurang, tetapi di sini restorannya lebih kemas dan selesa. Selain itu, di sini antara menu popularnya waktu breakfast ialah nasi lemaknya yang sedap. Pada waktu petang, mereka juga turut menjual goreng pisang dan keledek.

Tempat Breakfast Best dan SedapSumber: KNizam

Lokasi: 2, Jalan Beringin 3/13, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Restoran Mak Uda Selera Timur, Seksyen 13

Sekiranya korang teringin nak makan makanan pantai timur dan sedang bercuti di Shah Alam apa kata korang breakfast kat Restoran Mak Uda Selera Timur ni. Menu makanan di sini majoritinya dari Kelantan seperti nasi kerabu, nadi dagang dan lain-lain lagi. Selain itu, di sini juga ada roti canai yang lain sedikit rasanya dari kedai mamak.

Tempat Breakfast Best dan SedapSumber: FoodAdvsior

Lokasi:  No. 16, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

Restoran Ehsan’s, Seksyen 14

Restoran ni paling popular Roti Cheese Naan dia. Sesiapa yang pergi mesti puji rotinya yang lembut dan sedap untuk di makan. Selain tu, menu yang paling rare dan ramai sangat yang suka adalah Murtabak Singapore. Cuba banyangkan mana lah nak cari murtabak Singapore kat Shah Alam ni, tapi korang jangan risau boleh breakfast pagi pagi makan murtabak singapore tau!

Tempat Breakfast Best dan SedapSumber: Foursquare

 Lokasi: 17, 14/1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Untuk kesemua yang dikongsikan, yang mana membuatkan korang terliur? Boleh share post ni dengan kawan-kawan korang nanti ye.

Kalau korang nak sewa homestay dengan kami, boleh terus booking di website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

 

 

 

 

10 TEMPAT EVENT MENARIK DI SHAH ALAM

10 TEMPAT EVENT MENARIK DI SHAH ALAM

 

Kadang-kadang kita tidak tahu tempat mana yang sesuai untuk mengadakan sesebuah majlis maka lahirla topik tempat event menarik di Shah Alam yang kami ingin kongsikan di sini. Tempat menarik ini sangat sesuai untuk event-event seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, seminar, kursus atau pun untuk meraikan hari kejayaan dan sebagainya. Buntu memikir itu sudah biasa. Jadi kami beri idea untuk korang mengadakan majlis di tempat yang bersesuaian dan tada… ini antara tempat event menarik di Shah AlamMana tahu korang sedang merancang untuk membuat kejutan hari lahir buat keluarga mahupun rakan-rakan. Tidak perlu pergi jauh, di Shah Alam sahaja.

 

1. RUANG, SHAH ALAMtempat event menarik shah alam

Sumber: Website Ruang

RUANG adalah ruang acara yang terletak di SS18 Subang Jaya dan Seksyen 16 Shah Alam. Bilik yang sesuai untuk semua event seperti pelancaran media, persidangan akhbar, pameran fesyen, training, brainstoming, pertunangan, pernikahan dan majlis perkahwinan. Selain itu, boleh menampung 350-400 pax pada satu masa bergantung kepada persediaan korang.

Lokasi:  11, Jalan Jemuju Tiga 16/13c, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

 

2. SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: TimeOut

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan kemudahan moden yang terletak di bandaraya Malaysia yang paling progresif dan dinamik, Shah Alam, Selangor. Menjadi pusat konvensyen pertama di Shah Alam, memberi tetamu akses yang mudah telah menjadikan SACC tempat yang sempurna sama ada acara anda adalah untuk 30 atau 3,000 pengunjung.

Lokasi: Jalan Perbadanan 14/9,, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

3. DE’ LAMAN EVENT SPACE

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Vmo Rocks

De’Laman menyediakan tempat untuk pelbagai jenis majlis dan acara seperti Majlis Perkahwinan, Petunangan, Pernikahan, Perlancaran produk, Majlis Hari jadi, Seminar, Pertunjukkan Fesyen, Majlis Korporat, Majlis Akikah dan banyak lagi. Menyediakan pelbagai kemudahan seperti Ruang Dewan berhawa dingin, perkhidmatan katerer, surau, ruang istirehat, PA system, skrin, projector, kanopy, pelamin dan banyak lagi. Boleh menampung seramai 1000 orang tetamu di dalam dan luar dewan, Menyediakan tempat letak kereta di sekeliling kawasan de’Laman.

Lokasi: No 11 Jalan Riyal U3/37 Ipar3 Bukit Jelutong Shah Alam 40150 Selangor Darul Ehsan.

 

4. LAMAN KAYANGAN

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Denai.my

Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7 ini memberikan ruang yang tersendiri. Kawasannya dilitupi sebuah khemah yang luas dan dihiasi dengan corak yang menarik.

Lokasi: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

5. IDCC, SHAH ALAM

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Vmo Rocks

IDCC Shah Alam adalah sesuai untuk melakukan sebarang event, konvensyen dan pameran yang dilengkapi dengan kemudahan canggih. Selain itu, mudah diakses melalui Lebuhraya Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan. Seterusnya, mempunyai 11 dewan serbaguna dan memuat lebih kurang 80 000 pax dan IDCC menyediakan pelbagai pakej untuk fungsi karporat dan swasta.

 

Lokasi: IDCC Mall Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

6. BlackBox @ SACC MALL

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Vmo Rocks

Black Box SACC Mall adalah ruang acara yang dibangunkan dengan baik di mana didirikan oleh  komuniti usahawan dan kreatif yang membantu orang ramai mengadakan acara luar biasa. BlackBoxmenawarkan bimbingan, bengkel, acara, rangkaian dan ruang inovasi korporat. BlackBox berkonsepkan warna hitam dengan lantai semen dan rumput tiruan. Selain itu, mempunyai banyak kemudahan peralatan seperti kamera, speaker, mikrofon dan banyak lagi. Black Box SACC Mall dibahagikan kepada bahagian-bahagian seperti Outbox, Inbox, Blackhall dan Openbox – sesuai dengan tempat duduk kusyen merah untuk memudahkan tetamu menginap di acara lebih lama.

Lokasi: Jalan Perbadanan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

 

7. THE VENUE

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Neezalife

The Venue Shah Alam beroperasi pada awal tahun 2017. The Venue Shah Alam berlokasi di Seksyen 15 Shah Alam. The Venue Shah Alam merupakan bangunan 3 tingkat yang luas untuk meraikan majlis bahagia korang. Dilengkapi dengan kemudahan lain seperti parking yang luas, surau, bilik VIP dan kawasan lobi yang selesa. Selain itu, The Venue berkonsepkan grand ballroom hotel dan mempunyai hiasasn dalaman yang sangat cantik.

Lokasi: No 15, Jln 15/22, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

 

8. KHAIDA EVENT VENUE

Sumber: Khaida Blog

Khaida Event Venue adalah ruang acara kilang moden yang telah direka untuk menjadi tempat untuk pelbagai acara. selain majlis perkahwinan korang juga boleh mengadakan seminar atau bengkel di sini.

Lokasi: Sekitar Business 26 Lot 31 Jalan Serendah 26/41, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor

 

9. COLLOSEUM

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM
Sumber: Tripper2u

Colosseum Event Space ni menyediakan ruang untuk majlis korang. Dewan besar majlis nya boleh memuatkan sehingga 250 orang. Panel pintu kaca nya pula boleh di buka dan mereka juga menyediakan kemah di luar. Sebagi contoh, kalau majlis perkahwinan yang besar, panel pintu kaca dewan boleh dibuka dan mereka akan sediakan kemah yang cantik untuk menempatkan tetamu . Mudah kata kalau tetamu untuk majlis sekecil birthday party dalam 50 orang ke majlis perkahwinan  hingga 1000 orang, mereka boleh sediakan!

Lokasi: LOT 16859, 3 STONE PARK, Jalan Penyair U1/44, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

 

10. SPACE SEVEN

TEMPAT EVent MENARIK DI SHAH ALAM

Sumber: Venuescape

Space Seven Setia Alam ni event space yang versatile, kalau anda nak buat majlis dengan jemputan 150 pax boleh, nak jemputan 450 pun boleh nak lebih pun boleh. Bangunan Space Seven Setia Alam ni ade 3 tingkat, setiap tingkat boleh menempatkan 150 pax. Bayangkan setiap tingkat mempunyai character yang tersendiri.

Lokasi: 7, Jln Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

 

 

10 MAKANAN BEST DI SHAH ALAM

10 MAKANAN BEST DI SHAH ALAM

 

Shah Alam ialah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan dan terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur. Shah Alam juga merupakan salah satu bandar yang makin pesat membangun dari pelbagai aspek iaitu seperti pelancongan, ekonominya dan perindustrian. Terdapat banyak tempat makan best di Shah Alam yang boleh dikunjungi oleh para pelancong atau penduduk sekitar Shah Alam dan KL.

kami ingin membawa 10 tempat makan best di Shah Alam yang besar kemungkinan korang sendiri tidak tahu akan kewujudan kedai ini. Selain itu, mencari makanan yang halal di Shah Alam adalah sangat mudah kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

Namun sekadar halal sahaja pasti tidak cukup, bukan? Kerana kita juga mencari yang sedap ditekak agar berbaloi dengan setiap ringgit yang dibayar.

Berikut kami senaraikan 10 tempat makan paling best untuk korang kunjungi.

 

1. Nasi Lan Kedah

Orang utara yang rindukan masakan dari kampung halaman Restoran Lan Kedah adalah tempat untuk mengubati gian uolls. Antara menu wajib yang patut korang cuba adalah sotong kembang, telur sotong, daging masak hitam selain menu utamanya adalah nasi kandar.

Harga adalah berpatutan mengikut lauk yang diambil. Pujian harus diberikan kepada pekerja restoran yang ultra mesra pelanggan. Rahsia bagaimana mereka mengekalkan rasa masakan seperti cawangan restoran Nasi Lan di Kedah?

Semua rempah ratus dan bahan-bahan dibawa dari Kedah dan Penang untung mengekalkan keaslian resipinya. Patutlah ramai orang utara yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur sering berkunjung ke sini.

 

Lokasi: Jalan Serai Wangi G 16/G, Seksyen 16.

 

2. Dill’s Restoran

Kalau korang nak tahu, dekat Shah Alam  ni ada Chicken Chop RM 5 tau! Bukan tu je, Lamb Chop dan Meatball pun ada di Dill’s Restoran, Seksyen 16. Harga yang dijual di antara RM 5 – RM 8 sahaja.

Sebelum ni mereka jual di tepi jalan, sekarang mereka ada restoran sendiri. Restoran sentiasa full house. Berbaloi sangat RM 5 korang dapat portion yang besar. Korang nak cuba?

 

Lokasi:  Jalan Serai Wangi M 16/m, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 40200, Shah Alam.

 

3. Nasi Bukit, Padang Jawa

Kalau korang mencari makanan kuantiti yang banyak tetapi murah, sangat sesuai datang ke Nasi Bukit Padang Jawa yang menjadi tempat makanan menarik di Shah Alam. Menu utamanya ialah masakan panas yang pelbagai menu.

Specialnya di sini ialah berkonsepkan nasi membukit kuantiti banyak tetapi harga mampu dibeli.
korang boleh bawa keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati sendiri makanan di sini.

 

Lokasi: 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor

 

4. Restoran Mee Ketam

Pastinya restoran ini dalam senarai sebagai tempat jalan-jalan cari makan di Shah Alam. Menu yang unik menyebabkan ianya tempat yang patut diterjah.

Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan antara mee ketam yang terbaik dan patut dicuba. Menurut pelangan, harga bagi semangkuk mee ketam ini pula sangat berpatutan.

Rasa karinya yang sedap, pedas dan berlemak dan cukup rasa mampu membuatkan korang tak pandang kiri kanan apabila menikmati mee ketam ini. selain itu, ketam yang digunakan juga segar dan banyak isi.

 

Lokasi: No. 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

 

5.  Restoran Pak Li Kopitiam

 

Terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Restoran Pak Li Kopitiam tempat yang sesuai untuk korang bersantai bersama keluarga mahupun teman.

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba disini. Tetapi menu yang dikatakan popular adalah ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’.

Manakal minuman yang disyorkan adalah White Coffee. Selain tu, turut disediakan seperti roti bakar,telur separuh masak,nasi lemak dan lain-lain.

 

Lokasi: 42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam

 

6. Kedai Nasi JJ Kak Wok

 

Nasi Kak Wok adalah nasi berlauk versi Kelantan. Namun, versi Kak Wok adalah jauh lebih baik. Ianya membuatkan ramai orang sanggup beratur untuk makan di sini.Tiada siapa akan dapat menafikan keenakkannya. Kedai Nasi JJ Kak Wok ini memang berstyle. Ianya unik.

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Sajian ini asalnya bermula daripada Mek Wok Hassan atau Kak Wok yang menyajikan masakannya di Kampung Lundang Kota Bahru pada 35 tahun dahulu.

 

Lokasi: 50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam

 

7. Restoran Ceria

Restoran ini terkenal dengan masakan versi santai. Contoh korang boleh cuba makan di sini adalah roti boom, cakoi, roti jala, roti tampal. Memang menarik! Kalau peminat nasi lemak, apa kata korang cuba juga nasi lemaknya. Nasi lemak dengan telur bergoyangnya memang bergetah!

 

Lokasi: Jalan Ru 3/9a (Seksyen 3), Shah Alam, Selangor 40000

 

8. Restoran Jemari

Mengidam masakan sepeeti tom yam yang sedap,pekat dan pedas?

Antara menu special yang terdapat di restoran ini ialah Nasi Goreng Ala-Thai. Kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang dan cili padi yang diletakkan dalam nasi goreng ini mampu membuat korang bertambah lapar.

Selain itu, jangan lupa untuk cuba menu kerabu kangkung di Restoran Jemari ini.Kerabu yang digoreng dengan tepung dan disiram dengan sos Thai. Ada yang mengatakan bahawaianya terasa seolah-olah korang sedang makan keropok!

 

Lokasi: 18 Jalan Plumbum Q7/Q (Seksyen 7), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

9. Restoran Bisik-Bisik

Orang Johor, ini mungkin menjadi restoran kegemaran korang nanti. Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam ini menawarkan pelbagai jenis sajian Johor dan juga pelbagai. Jangan terkejut, menu lain termasuk ‘western food’ turut disediakan di sini.

Jadi, korang tak perlu pening-pening kepala nak pilih makanan apa yang korang suka.

Antara menu yang boleh dicuba adalah Kacang Pol. Mendengar Kacang Pol membuatkan kenangan makan di Kacang Pol di Johor Bahru terimbau. Dengar kata Kacang Pol ini dibawa khas dari Larkin.

Mee bandung udang galah juga menjadi pilihan pengunjung di sini. Tarikan mee ini adalah pada galah yang disediakan memang besar dan betul-betul segar. Sememangnya rasa kemanisan udang galah tersebut sangat sesuai digabung dengan mee bandung udang galah ini.

 

Lokasi: Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

10. Burger Yazid

Burger Yazid terkenal dengan saiznya. Saiznya memang besar. Boleh dimakan bersama-sama 3-7 orang berdasarkan saiz yang dipilih. Berdasarkan pengalaman kami, untuk memesan di sini mengambil masa 15 minit. Manakala masa menunggu pula adalah 15 minit.

Secara puratanya adalah sekitar 30 minit. Memang lama. Kenapa lama? Sebab memang ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan disalah satu tempat makan menarik di Shah Alam ini.

Korang boleh mencuba pelbagai menu di sini. Dikatakan ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini.

 

Lokasi: Jalan Pualam 7/32 (Persiaran Kayangan), Shah Alam, Malaysia 40460