Shah Alam Ada PATIN TEMPOYAK

Korang tahu tak dekat Shah Alam ada patin tempoyak ? Tak tahu ? Admin nak bagitahulah ni dimana korang boleh dapatkan patin tempoyak sedap ni. Restoran ini restoran top 1 yang masakkan patin tempoyak dia yang sangat sedap adalah RESTORAN TEMERLOH CATERING. Restoran ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam mula beroperasi dari 10 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Patin tempoyak mereka sangat popular dan menjadi rebutan di Shah Alam ini , sekiranya korang lambat untuk datang tengah hari untuk makan berkemungkinan patin mereka akan habis awal. Tetapi korang tidak perlu risau kerana di restoran ini juga menyediakan nasi campur. Banyak pilihan lauk dan ulaman yang boleh korang makan.

Admin nak share harga untuk lauk Patin tempoyak di restoran ini:-

Patin Buah – RM29/seketul
Patin Sangkar – RM12/seketul
Patin Mas – RM20/seketul
Patin Linggi – RM22/seketul
Baung – RM18/seketul

Cerita pasal patin ni korang tengok harga untuk seketul tu kan, seketul tu korang boleh kongsi dua hingga tiga orang tau. Kalau korang boleh habis makan sorang apasalahnya kan, admin pon makan sorang untuk satu mangkuk tu *haishh terliur pulak Admin bila cerita ni. Korang kena cuba tau, dapat pulak hirup kuah tempoyak patin tu *pergggh !

Pastikan korang sampai Shah Alam ni dan merasa Patin Tempoyak ini. Admin tahu ramai kerja di Shah Alam teringat-ingat masakan kampung tu. Jangan menangis tepi bucu katil sebab korang boleh dapatkan terus di Restoran Temerloh Catering.Homestay ByKA 5 minit je untuk ke restoran ni. Jom !

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah Menarik

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah Menarik

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah MenarikSumber: travelbuddee.com

Ini taman pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan Skytrex Adventure di Taman Botani Negara Shah Alam (40 minit dari KL) ini, korang sudah boleh merentas hutan dari pokok ke pokok. Korang boleh tahu tangkas atau tidak diri korang itu. Atau cabar ketakutan korang. Di sini korang bakal berjalan, merangkak, meluncur dan berayun dengan lebih 20 trek pengembaraan di udara dalam suasana hutan hujan tropika Malaysia. Kalau budak kecil pun senyum saja, takkan anda geleng-geleng tutup mata?

 

Harga Tiket:

Skytrex Shah Alam Tempat Riadah MenarikSumber: RedChili21
Masa (Jam)Harga (RM)
Trek Orang Baru (Beginner)240
Trek Biasa (Intermediate)2.5 – 350
Trek Pakar (Expert)2.5 – 360

Beli tiket di Skytrek online untuk diskaun.

 

Bagaimana ke sana?

Waze atau Google Maps sahaja Taman Botani Negara, Shah Alam. Bayaran parking di situ RM3 jadi sekiranya pergi in a group, digalakkan carpool sebab kebiasaanya waktu pagi sangat peak. Parking mungkin limited. Then masuk je kat main entrance Taman Botani and bayar RM3 lagi untuk entrance fee Taman Botani. Kemudian tunggu di bus stand berhampiran dan shuttle bas akan pickup di situ. About 3-5 minutes ride on bus, you’ll reach the destination.
Untuk makluman, Skytrex dah ada 3 cawangan iaitu di Shah Alam, Melaka dan Langkawi. Dan di setiap cawangan ada 3 peringkat circuit iaitu; BEGINNER, INTERMIEDIATE, EXTREME. Basically, Skytrex ni adalah lokasi untuk mereka yang gemarkan aktiviti riadah secara outdoor dan teach people to appreciate and be more closed to nature. Aktiviti yang disediakan macam yang cakap tadi la, memanjat dan banyak flying fox.

Waktu Operasi

Ditutup Isnin kecuali jika cuti umum/sekolah

Rujuk laman rasmi Skytrek untuk waktu operasi kerana ia berbeza mengikut trek.

 

Tips Skytrex:

  • DATANG AWAL! Especially kalau korang in a biiiigggg group! Sebab probably slot korang akan ada outsider jugak so please be punctual! Sebab sini ramai mat saleh okay, so jaga reputasi sikit. And kalau korang lambat, automatically akan drag time dan ganggu orang slot lain. BE PUNCTUAL!

 

  • LISTEN TO INSTRUCTOR: Ni penting. Kalau instructor tengah bagi arahan and bercakap, please take serious dan pay attention. Kita kena hormat instructors sebab mereka pun penat kena ulang instructions banyak kali sehari so have mercy on them too. Bila instructor buat demo cara nak pakai harness, cara nak bukak pasang bracket, PLEASE PAY ATTENTION and DON’T JOKE AROUND. Sebab bila kita dah start main, tak semua deck/platform ada instructor/staffs. So you are own your own most of the time and korang sendiri handle safety korang. TAKE NOTE!

 

  • GLOVES, LOCKERS, WATER BOTTLE: Better korang datang tanpa bawak bag la just bawak sikit money (dalam RM20) untuk beli gloves dan mungkin beli air selepas habis main. Gloves adalah recommended beli je kat Skytrex tapi harga RM10.60 sebab gloves gardening, gloves ice-skating dilarang sama sekali. Lockers pula ada small and large. Lockers large boleh tampung 4-5 bag bergantung pada saiz bag.

 

  • CHICKEN EXIT: Chicken exit ni adalah exit bagi mereka yang tak dapat complete all courses. Untuk Big Thrill ada 3 chicken exit. Probably untuk exit tu mungkin ada sekiranya peserta terlalu ‘mabuk udara’ (bukan gayat) sampai jadi pening and pucat. Ingat, health and safety first!
So amacam best kan? korang nak pergi ke tak? hehehehe.

5 TEMPAT SHOPPING DI SHAH ALAM

5 TEMPAT SHOPPING DI SHAH ALAM

Shah Alam terkenal dengan banyak tempat shopping yang menarik yang boleh korang lawati samaada untuk mencari cenderahati atau hanya untuk cuci cuci mata. Destinasi di bawah merupakan beberapa tempat shopping  best  yang wajib korang pergi di Shah Alam.

 

1. SETIA CITY MALL

Sumber: thesmartlocal

Merupakan sebuah kompleks membeli belah yang masih baru yang ada di Shah Alam. Di sini terdapat pelbagai jenis produk samaada berjenama tempatan atau luar untuk dibeli. Selain itu, dekat sini terdapat banyak restoran dan fast food yang boleh korang nikmati. Tarikan hiburan keluarga juga banyak seperti bowling, wayang dan sebagainya. Memang sesuai untuk korang shopping mahupun sekadar untuk menghabiskan masa dengan hiburan indoor yang ada di sini.

 

2. PLAZA SACC

Sumber: TimeOut

Sebuah pasaraya di Shah Alam yang sangat menarik dari segi senibinanya dan banyak juga pilihan restoran yang menarik yang ada di sini. Berjalan dan cuci cuci mata di sini lebih menenangkan kerana kawasan jalan kaki yang lebih lapang dan tidak terlalu sempit seperti di beberapa kompleks membeli belah yang lain. Pilihan barangan yang ada di sini juga tidak kurang banyaknya.

 

3. PLAZA ALAM SENTRAL

Sumber: GoWhere

Sebuah kompleks membeli belah yang agak besar dan mempunyai lot kedai yang sangat banyak dan pilihan restoran-restoran yang menarik yang banyak. Setiap hujung minggu memang ramai warga Shah Alam yang datang ke sini untuk shopping dan santai-santai bersama kawan-kawan bermain bowling atau tengok wayang. Tingakt 3 di dalam kompleks ini khas untuk barangan IT dan yang menariknya, wifi free juga disediakan.

 

4. KOMPLEKS PKNS 

Sumber: selangor.gov

Terletak di dalam satu kompleks bangunan yang tidak berapa baru dan rata-rata peniaga di sini adalah golongan Melayu. Konsep perniagaan di sini lebih kepada bazar dan beberapa lot kedai. Kalau anda ingin mencari pakaian wanita seperti baju kurung, tudung dan sebagainya, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke sini. Setiap kali bulan Ramadhan mesti penuh dengan kunjungan warga Shah Alam untuk mencari baju raya.

 

5. AEON MALL SHAH ALAM

Sumber: ifish

AEON Mall Shah Alam berdiri megah dengan ciri-ciri seni binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu ini.  Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga .

 

 

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

 

Bercakap tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam, ada beberapa destinasi yang tidak kurang menariknya untuk korang lawati samaada bersama rakan-rakan mahupun bersama keluarga. Kalau setakat nak lepak dan sembang-sembang sambil menikmati keindahan pada waktu malam, bolehlah datang ke beberapa destinasi ini.

Kebanyakan destinasi adalah merupakan dataran, tempat hiburan keluarga dan juga beberapa taman awam yang sering menjadi pilihan warga Shah Alam untuk lepak-lepak pada waktu malam.

 

Uptown Shah Alam Seksyen 24

 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: SelangorKini 

Kalau korang nak lepak-lepak , cuci-cuci mata dan makan-makan, boleh lakukan aktiviti tersebut di Uptown Shah Alam Seksyen 24. Bazar larut malam ini dibuka pada pukul 10 malam sehinggalah ke 3 pagi. Di sini ada macam macam pilihan barang yang dijual di ratusan bazar dan kedai yang ada di sini. Memang satu tempat menarik di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Lokasi: LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor

 

City of Digital Light di I-city Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: Pinterest

Di sini memang ada banyak aktiviti dan tempat menarik yang indoor dan outdoor. Salah satu tarikan yang ada di I-city  yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah City of Digital Light. Di sini terdapat pelbagai jenis pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang boleh diibaratkan seperti taman fantasi untuk kanak-kanak. Di sini juga terdapat beberapa permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak atau remaja untuk mencuba. Setiap kali hujung minggu memang sesak kawasan City of Digital Light.

Lokasi: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM

Di sini terdapat sebuah padang dan kemudahan seperti bangku duduk yang disediakan dan sering menjadi tempat warga sekitar berkelah. Mungkin kerana lokasi yang strategik dan tidak jauh dari jalan utama menjadikannya destinasi pilihan warga setempat berkeluarga untuk lepak-lepak selain mempunyai lampu limpah yang menerangi gelap malam. Destinasi ini tidaklah semeriah di Uptown Shah Alam mahupun di I-City namun cukup memadai kalau setakat nak kepak -lepak ambil angin malam sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain di padang. Padang ini memang sesak setiap kali bulan Ramadhan ketika waktu iftar. Pastikan korang bawa tikar siap-siap ye!

Lokasi: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Setia City Park 

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: GoWhere

Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik. Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam dan luar negara. Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik. Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.

Lokasi: 359, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor