Shah Alam Ada PATIN TEMPOYAK

Korang tahu tak dekat Shah Alam ada patin tempoyak ? Tak tahu ? Admin nak bagitahulah ni dimana korang boleh dapatkan patin tempoyak sedap ni. Restoran ini restoran top 1 yang masakkan patin tempoyak dia yang sangat sedap adalah RESTORAN TEMERLOH CATERING. Restoran ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam mula beroperasi dari 10 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Patin tempoyak mereka sangat popular dan menjadi rebutan di Shah Alam ini , sekiranya korang lambat untuk datang tengah hari untuk makan berkemungkinan patin mereka akan habis awal. Tetapi korang tidak perlu risau kerana di restoran ini juga menyediakan nasi campur. Banyak pilihan lauk dan ulaman yang boleh korang makan.

Admin nak share harga untuk lauk Patin tempoyak di restoran ini:-

Patin Buah – RM29/seketul
Patin Sangkar – RM12/seketul
Patin Mas – RM20/seketul
Patin Linggi – RM22/seketul
Baung – RM18/seketul

Cerita pasal patin ni korang tengok harga untuk seketul tu kan, seketul tu korang boleh kongsi dua hingga tiga orang tau. Kalau korang boleh habis makan sorang apasalahnya kan, admin pon makan sorang untuk satu mangkuk tu *haishh terliur pulak Admin bila cerita ni. Korang kena cuba tau, dapat pulak hirup kuah tempoyak patin tu *pergggh !

Pastikan korang sampai Shah Alam ni dan merasa Patin Tempoyak ini. Admin tahu ramai kerja di Shah Alam teringat-ingat masakan kampung tu. Jangan menangis tepi bucu katil sebab korang boleh dapatkan terus di Restoran Temerloh Catering.Homestay ByKA 5 minit je untuk ke restoran ni. Jom !

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

Aeon Shah Alam  dirasmikan pada awal tahun 2017, terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Sejak pembukaannya, Aeon Shah Alam sentiasa penuh dengan pengunjung.

Lokasi Aeon Shah Alam pun sangat strategik, senang nak cari. Kalau tahu di mana Stadium Shah alam, pasti tak sesat nak cari jalan ke Aeon Shah Alam ni. Kalau tak jumpa juga, cari sahaja di Waze.

Ada banyak blog yang berkongsi tentang perkara menarik di Aeon Shah Alam. Namun, kami yakin korang pasti belum tahu tentang 3 perkara yang unik ini.

 

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

“Japan Street” di Aeon Mall Shah Alam

Kali pertama datang ke Aeon Shah Alam, kami terkejut dengan suasana Jepun yang dicipta dalam pasaraya ini, kerana hampir serupa dengan suasana sebenar di Jepun. Kami pernah tinggal di negara matahari terbit itu selama 4 tahun. Perasaan yang sama. Serius.

Ada Tokyo Street di tingkat 2, yang menghimpunkan kedai-kedai terkemuka dari negara Jepun. Ada kedai barangan harian, travel agency JTB (Japan Travel Bureau), serta pelbagai pilihan kedai makanan Jepun di sini seperti Sushi King, Mr. Donut, Yoshinoya, Gindaco Takoyaki, Haikara Style Cafe dan lain-lain.

Kedai barangan 100 yen kegemaran ramai, Daiso juga ada di Tokyo Street ini. Dengan saiz yang agak besar, Daiso di Aeon Shah Alam turut menawarkan barangan premium yang tiada di kebanyakkan Daiso lain.

Selain itu, ada 4 lokasi khas yang menggambarkan 4 musim di negara Jepun iaitu; musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Para pengunjung boleh ambil gambar sambil feeling seolah-olah berada di negara Jepun sebenar.

Pendek kata, bagi korang yang ingin merasakan suasana seperti sedang membeli-belah di pasaraya Jepun, datanglah ke Aeon Shah Alam. Perasaan bagaikan berada di Jepun sebenar.

Surau Dengan Telekung Berwarna

Aeon Mall menyediakan konsep telekung berwarna di surau wanita. Rasa cantik bila pakai telekung warna warni ni. Tapi, telekung berwarna ini disediakan mengikut hari.

Ini bermakna, ada 7 warna telekung untuk penggunaan 7 hari seminggu. 1 hari, 1 warna telekung yang ditetapkan. Jadi, kita yakin telekung ini betul-betul dibasuh setiap hari. Tambahan lagi, ada banyak pilihan surau. Bukan satu tempat sahaja.

Jika korang sedang teman anak-anak main di taman permainan di tingkat 3, surau berada betul-betul bersebelahan taman Molly Fantasy ini. Mudah buat ibu ayah untuk ambil giliran pergi solat.

Kalau korang sedang makan di Foodcourt, surau ada betul-betul bersebelahan aje. Tak payah jalan jauh-jauh, atau naik turun lif. Anak-anak kecil pun tak bosan menunggu, sebab mereka busy makan dan minum.

Nampak sangat yang Aeon  Mall Shah Alam sememangnya pasaraya mesra keluarga dan kanak-kanak.

Teh Tarik Sedap di Shah Alam

Oh, point terakhir ini mungkin tidak penting bagi korang yang tak suka minum teh. Tapi, beri impak besar buat para peminum tegar teh tarik ni. Hehehe.

Terkejut sebab teh tarik dia sedap sangat! Tak kelat, dan tak terlebih manis. Rasa sedap teh tarik sebenar. Tak boleh berhenti hirup! Foodcourt nya pun ohsem! Ada banyak pilihan makanan sedap-sedap, dan yang penting mesra poket, dan kenyangkan perut. Hehehe.

Ok, itu sahaja 3 perkara menarik tentang Aeon Shah Alam dari kacamata kami. Semoga perkongsian dari kami ini dapat memberi korang info dari sisi lain tentang Aeon Shah Alam.

Buffet Ramadhan di Shah Alam

Buffet Ramadhan di Shah Alam

Sumber: Wanista

Rupa-rupanya sudah hampir seminggu kita sudah berpuasa, jadi mungkin ramai dalam kalangan korang semua ingin cuba sesuatu yang lain untuk berbuka nanti? Korang boleh cuba berbuka dengan  buffet Ramadhan yang disajikan oleh hotel dan restoran yang ada di Shah Alam ni. Korang nak tahu tak terlampau banyak buffet yg ada kat area shah alam ni. Cakap je nak buffet rama ala lokal atau western semuanya ada.

Lebih-lebih lagi sekarang ini musim gaji, mesti ramai yang akan mahu berbuka diluar bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil tu korang boleh mencari tempat yang menarik disamping menikmati pelbagai juadah. Selain itu, harga juga berpatutan dan bergantung pada tempat dan menu yang disediakan.

Restoran buffet sangat berbaloi  kerana korang dapat merasai bermacam-macam menu makanan tanpa had seakan-akan rasa masakkan di rumah. Malahan, korang tak payah fikir nak beli apa apa makanan untuk pencuci mulut sebab semua dah disediakan. Korang cuma datang dan makan jer hehehe.

Jadi, kali ini kami akan kongsikan senarai  restoran buffet Ramadhan yang ada di Shah Alam. So senang korang nak pilih. Tak payah nak google kan?

Berikut disertakan senarai Buffet Ramadhan berbuka puasa di Shah Alam 2018. Lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

 

NoHotel / RestoranHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-Kanak (RM)No TelLaman Web / Facebook
1Concorde Hotel128 nett64 nett03-5520 8000 ext 2240Concorde Hotel
2Grand Blue Wave125 nett65 nett03-5511 8811 ext 2801, 2804 & 2806Grand Blue Wave
3IDCC Shah Alam60 nett40 nett03-7832 4827Wedding Studio SB
4D’Kayangan Seksyen 1342.90 nett03-5523 4979Selera Ramadhan Buffet
5Hotel UiTM, Persiaran Raja Muda, Shah Alam45 nett20 nett03-5519 2169Selera Muhibbah
6Best Western, I-City109 nett59 nett03-5521 9000Juadah Malaysia
7Me’nate SteakHub, Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam79.9039.90019-2611 047Istimewa Ramadhan
8INTEKMA RESORT, Seksyen 750 nett25 nett03.5522 5000Iftar @ Intekma
9Laman Kayangan, Seksyen 765 nett35 nett019-233 1351Jom Berbuka
10Shah Alam Convention Centre88.00+52.00+03-5511 8858SACC

 

Moga perkongsian senarai Buffet Ramadhan di Shah Alam ini akan memudahkan korang dalam merancang lokasi berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar Ramadhan

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar Ramadhan

Baazar-baazar Ramadhan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain. Biasalah melihat orang ramai berduyun-duyun dan berpeluh-peluh mencari makanan yang lazat. Kalau masa hari biasa, tengok dan lalu-lalang depan menu ini, macam tak teringin nak makan sangat. Tapi bila tiba bulan Ramadhan, tiba-tiba tekak meronta mahu menikmati tujuh menu ini. Apakah senarai makanan wajib beli jika korang ke bazar Ramadhan?

Ini antara makanan wajib di mana-mana baazar Ramadhan:

1. Roti John

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Laman Resepi

Roti John paling mendapat sambutan bila kat bazar Ramadan. Paling simple letak telur sahaja tetapi ada yang kreatif letak daging ayam, kambing, lembu mahupun rusa. Dicampur dengan pilihan sayur-sayuran, sos dan mayonis, semestinya mengenyangkan. Pilihan harga dari RM3.50 hingga RM5.

 

2. Air Tebu

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Yong Norliza

Kalau hari biasa, air tebu taklah terlalu dinantikan tapi bila masuk sahaja bulan puasa, air tebu ni la yang paling menjadi kegilaan. Tambahan pula dapat air tebu yang baru lepas segar diproses dan tidak dicampur air batu. Bila azan sahaja, sensasi air tebu dicampur dingin ais memang menusuk kalbu!

 

3. Ayam Percik

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: errakyra

Ayam percik ada pelbagai jenis tapi yang begitu menarik perhatian kami sudah semestinya ayam percik Kelantan. Kuahnya bewarna putih dan ada sedikit rasa manis bergabung bersama ayam yang dipanggang. Menarik sungguh!

 

4. Tepung Pelita

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: resepikuihmuih

Kuih ini kalau hari biasa jarang nak jumpa tapi bila tiba bulan Ramadan, merata-rata ada. Kebiasaanya dijual lima ketul untuk RM2. Dalamnya terasa air gula manis dan sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Ada juga kuih yang seakan-akan tepung pelita yang dipanggil kuih tako yang didalamnya diisikan dengan buah sengkuang.

 

5. Ayam Golek

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Mstar

Ayam golek memang paling terbaik kalau di baazar Ramadhan. Orang beratur tak payah cakap. Berapa ekor ayam boleh habis dalam sehari, tauke ayam golek pasti tersenyum lebar. Dapat pula kuah pencicah ayam golek yang manis pedas, memang terbaik!

 

6. Murtabak

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: homefamilysite

Samada murtabak ayam atau daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan ketika di baazar Ramadhan. Keunikan murtabak terletak di ramuan isinya dan itulah yang menentukan sedap atau tidak sesebuah murtabak itu. Dipadankan dengan jeruk bawang atau kari, murtabak memang wajib ada ketika menu berbuka puasa.

Memang meriah sungguh pilihan makanan kat Bazaar Ramadhan kan? Korang paling suka beli makanan apa kalau pergi Bazaar Ramadhan.

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah AlamSumber: says.com

Sepanjang sebulan kita menjalani ibadah puasa pasti kita ternanti-nantikan saat berbuka puasa. Di negara kita sememangnya bulan Ramadhan ini digelar bulan rahmat. Peniaga-peniaga juadah berbuka puasa pasti menantikan pembukaan bazaar-bazaar ramadhan di setiap pelusuk. Bagi golongan
yang berkerja, mereka lebih senang membeli juadah berbuka puasa berbanding memasak sendiri memandangkan masa yang singkat. Di sekitar bandar Shah Alam sendiri terdapat beberapa buah bazaar Ramadhan yang begitu popular yang ditunggu-tunggu pembukaannya antaranya adalah Bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam, Seksyen 13.

Bazaar Ramadhan Seksyen 13 yang terletak di lot parking Stadium Shah Alam merupakan bazaar yang paling besar dan luas di Selangor. Maka tidak hairanlah jika kawasan tersebut dikeremuni oleh ramai orang sejak dari pukul 4.00 petang. Bagi menggelak terperangkap dari kesesakan lalu lintas di nasihatkan korang untuk datang lebih awal dalam antara jam 4.00 petang hingga 5.00 petang kerana sekiranya lambat, korang bakal menghadapi kesukaran mencari tempat letak kereta dan bakal berhimpit dengan orang ramai. Namun disebalik berhimpit orang ramai, berbagai juadah lauk-pauk, kuih-muih yang tidak pernah korang jumpa ada jual di Bazaar Ramadhan Seksyen 13 ini.

Pada bulan Ramadhan, Murtabak adalah jualan yang paling popular untuk berbuka puasa. Ada pilihan murtabak daging, ayam dan sardin. Ia dihidangkan dengan jeruk bawang dan kari. Memang kena berbaris kalau inginkan murtabak di bazaar ini kerana perminat murtabak terlalu ramai.

Selain ayam percik, ayam golek menjadi rebutan terutamanya apabila korang melihat lelehan minyak yang jatuh dari ayam yang membuat perut terus berkeroncong tidak henti-henti. Ayam golek ini diperam dengan sos khas dan dicucuk di cerucuk untuk dibakar dan digolek-golekkan.

Bazaar Ramadhan bukan sahaja menyediakan juadah makanan tetapi ada juga pelbagai minuman yang menghilangkan dahaga dan tekak yang kering. Jus buah menjadi pilihan utama pengunjung, Air katira, teh bunga, Ribena Susu dan macam-macam lagi.

Marilah beramai-ramai bersama keluarga mengunjungi Bazaar Ramadhan Seksyen 13. Korang harus datang mencuba pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak dan lazat…Experience it yourself!

Sebelum tu, nak bagi tahu korang sekiranya korang menginap di Homestay ByKA, setiap penginapan satu malam akan terima #SAHURKIT daripada kami. Mesti korang lebih bertenaga puasa nanti. Menarik kan?

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

 

Kalau korang berminat nak sewa Homestay dengan kami boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway biasanya warga kota akan mencari peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga masing-masing. Tak perlu pergi jauh hanya cukup sekadar boleh melarikan diri sebentar dari kecamukan kota Kuala Lumpur yang tak pernah tidur ini. Hehehehe.

Kebiasaan mereka akan memilih Melaka dan Port Dickson sebagai destinasi hujung minggu untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Tapi kali ini kami nak memperkenalkan destinasi yang hanya mengambil masa kurang dari 1 jam dari KL. Tak jauh kan? dekat jer.  Ianya hanya di Shah Alam.

Ya kami tahu ramai yang tinggal di Shah Alam. Dan ada juga yang mungkin terfikir Shah Alam? Apa yang ada kat sini? (mesti korang 50/50 nak datang kat sini kannnn)

Tapi hari ni kami nak bongkarkan tempat-tempat best yang wajib korang pergi kat Shah Alam. Korang tahu tak? Shah Alam kini dah banyak tarikan yang boleh korang pergi. Lagi-lagi dihujung minggu. Macam-macam yang korang boleh buat di sini. Cakap je nak apa semua ada. Jom kita lihat!

 

LAMAN SENI

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: travelmalaysia

Laman seni ni terletak di Jalan Plumbum, Seksyen 7. Bagi peminat fotografi dan yang suka OOTD amatlah sesuai datang ke sini. Di sebalik lorong-lorong belakang bangunan terdapat lukisan mural yang cantik dan menarik. Selain itu, konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti shah alam, tarikan pelancongan dan berkonsepkan kehijauan.

Lokasi: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

 

PASAR KARAT SHAH ALAM

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Pasar Karat ini terletak di kawasan letak kereta Stadium Melawati di Seksyen 13, Shah Alam. Dibuka setiap hari Ahad bermula seawal pagi sehingga ke lewat tengahari. Pasar ni tersangatlah besar dan terdapat macam-macam barang yang diniagakan. Cakap ajelah korang nak apapun, mesti boleh jumpa punya!

Yang best tentang pasar ini adalah ianya dibahagikan dengan agak terperinci memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli-belah. Barangan makanan, barang basah dan kering terletak berasingan. So sangat mudah kalau nak fokus untuk beli barangan tertentu aje. Tapi kalau pertama kali ke sini, sangat berbaloi kalau menjelajah ke setiap penjuru. Memang macam-macam ada!

Lokasi: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

CENDOL DURIAN, SEKSYEN 24

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Rojak & Cendol di Seksyen 24 Shah Alam merupakan peneraju kepada segala cendol durian. Cendol durian ni adalah satu dari idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Korang dah pernah try ke? Rasa dia memang terbaik!

Lokasi: Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam

 

Wet World Waterpark

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: tourismalaysia

Wet World Waterpark Shah Alam ni terletak berlatarkan permandangan Taman Tasik Shah Alam dibina dengan ciri keselamatan untuk para pengunjung terutamnya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet Wolrd Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Lokasi: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

I-CITY

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: mylittleventure

Kalau korang pernah dengar tentang I-city Shah Alam, mesti korang terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.

Di dalam kawasan Snowalk ini korang dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Kalau korang teringin merasa hidup di dalam salji, inilah tempat yang patut korang pergi. Keluar sahaja dari taman salji ini, ada banyak lagi tempat untuk berseronok seperti Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi. Gempak kan? Tunggu apa lagi? Mai lah ke sini!

Lokasi: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Korang tengok semua ada dekat Shah Alam ni tau! Sesuai untuk bawa family korang datang ke sini hujung minggu.

 

Jika datang ke Shah Alam korang boleh cuba menginap di HOMESTAY BYKA. Korang boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)