Buffet Ramadhan di Shah Alam
Sumber: Wanista
Rupa-rupanya sudah hampir seminggu kita sudah berpuasa, jadi mungkin ramai dalam kalangan korang semua ingin cuba sesuatu yang lain untuk berbuka nanti? Korang boleh cuba berbuka dengan buffet Ramadhan yang disajikan oleh hotel dan restoran yang ada di Shah Alam ni. Korang nak tahu tak terlampau banyak buffet yg ada kat area shah alam ni. Cakap je nak buffet rama ala lokal atau western semuanya ada.
Lebih-lebih lagi sekarang ini musim gaji, mesti ramai yang akan mahu berbuka diluar bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil tu korang boleh mencari tempat yang menarik disamping menikmati pelbagai juadah. Selain itu, harga juga berpatutan dan bergantung pada tempat dan menu yang disediakan.
Restoran buffet sangat berbaloi kerana korang dapat merasai bermacam-macam menu makanan tanpa had seakan-akan rasa masakkan di rumah. Malahan, korang tak payah fikir nak beli apa apa makanan untuk pencuci mulut sebab semua dah disediakan. Korang cuma datang dan makan jer hehehe.
Jadi, kali ini kami akan kongsikan senarai restoran buffet Ramadhan yang ada di Shah Alam. So senang korang nak pilih. Tak payah nak google kan?
Berikut disertakan senarai Buffet Ramadhan berbuka puasa di Shah Alam 2018. Lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa kesemasa.
No | Hotel / Restoran | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-Kanak (RM) | No Tel | Laman Web / Facebook |
---|---|---|---|---|---|
1 | Concorde Hotel | 128 nett | 64 nett | 03-5520 8000 ext 2240 | Concorde Hotel |
2 | Grand Blue Wave | 125 nett | 65 nett | 03-5511 8811 ext 2801, 2804 & 2806 | Grand Blue Wave |
3 | IDCC Shah Alam | 60 nett | 40 nett | 03-7832 4827 | Wedding Studio SB |
4 | D’Kayangan Seksyen 13 | 42.90 nett | – | 03-5523 4979 | Selera Ramadhan Buffet |
5 | Hotel UiTM, Persiaran Raja Muda, Shah Alam | 45 nett | 20 nett | 03-5519 2169 | Selera Muhibbah |
6 | Best Western, I-City | 109 nett | 59 nett | 03-5521 9000 | Juadah Malaysia |
7 | Me’nate SteakHub, Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam | 79.90 | 39.90 | 019-2611 047 | Istimewa Ramadhan |
8 | INTEKMA RESORT, Seksyen 7 | 50 nett | 25 nett | 03.5522 5000 | Iftar @ Intekma |
9 | Laman Kayangan, Seksyen 7 | 65 nett | 35 nett | 019-233 1351 | Jom Berbuka |
10 | Shah Alam Convention Centre | 88.00+ | 52.00+ | 03-5511 8858 | SACC |
Moga perkongsian senarai Buffet Ramadhan di Shah Alam ini akan memudahkan korang dalam merancang lokasi berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.