Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

Aeon Shah Alam  dirasmikan pada awal tahun 2017, terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Sejak pembukaannya, Aeon Shah Alam sentiasa penuh dengan pengunjung.

Lokasi Aeon Shah Alam pun sangat strategik, senang nak cari. Kalau tahu di mana Stadium Shah alam, pasti tak sesat nak cari jalan ke Aeon Shah Alam ni. Kalau tak jumpa juga, cari sahaja di Waze.

Ada banyak blog yang berkongsi tentang perkara menarik di Aeon Shah Alam. Namun, kami yakin korang pasti belum tahu tentang 3 perkara yang unik ini.

 

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

“Japan Street” di Aeon Mall Shah Alam

Kali pertama datang ke Aeon Shah Alam, kami terkejut dengan suasana Jepun yang dicipta dalam pasaraya ini, kerana hampir serupa dengan suasana sebenar di Jepun. Kami pernah tinggal di negara matahari terbit itu selama 4 tahun. Perasaan yang sama. Serius.

Ada Tokyo Street di tingkat 2, yang menghimpunkan kedai-kedai terkemuka dari negara Jepun. Ada kedai barangan harian, travel agency JTB (Japan Travel Bureau), serta pelbagai pilihan kedai makanan Jepun di sini seperti Sushi King, Mr. Donut, Yoshinoya, Gindaco Takoyaki, Haikara Style Cafe dan lain-lain.

Kedai barangan 100 yen kegemaran ramai, Daiso juga ada di Tokyo Street ini. Dengan saiz yang agak besar, Daiso di Aeon Shah Alam turut menawarkan barangan premium yang tiada di kebanyakkan Daiso lain.

Selain itu, ada 4 lokasi khas yang menggambarkan 4 musim di negara Jepun iaitu; musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Para pengunjung boleh ambil gambar sambil feeling seolah-olah berada di negara Jepun sebenar.

Pendek kata, bagi korang yang ingin merasakan suasana seperti sedang membeli-belah di pasaraya Jepun, datanglah ke Aeon Shah Alam. Perasaan bagaikan berada di Jepun sebenar.

Surau Dengan Telekung Berwarna

Aeon Mall menyediakan konsep telekung berwarna di surau wanita. Rasa cantik bila pakai telekung warna warni ni. Tapi, telekung berwarna ini disediakan mengikut hari.

Ini bermakna, ada 7 warna telekung untuk penggunaan 7 hari seminggu. 1 hari, 1 warna telekung yang ditetapkan. Jadi, kita yakin telekung ini betul-betul dibasuh setiap hari. Tambahan lagi, ada banyak pilihan surau. Bukan satu tempat sahaja.

Jika korang sedang teman anak-anak main di taman permainan di tingkat 3, surau berada betul-betul bersebelahan taman Molly Fantasy ini. Mudah buat ibu ayah untuk ambil giliran pergi solat.

Kalau korang sedang makan di Foodcourt, surau ada betul-betul bersebelahan aje. Tak payah jalan jauh-jauh, atau naik turun lif. Anak-anak kecil pun tak bosan menunggu, sebab mereka busy makan dan minum.

Nampak sangat yang Aeon  Mall Shah Alam sememangnya pasaraya mesra keluarga dan kanak-kanak.

Teh Tarik Sedap di Shah Alam

Oh, point terakhir ini mungkin tidak penting bagi korang yang tak suka minum teh. Tapi, beri impak besar buat para peminum tegar teh tarik ni. Hehehe.

Terkejut sebab teh tarik dia sedap sangat! Tak kelat, dan tak terlebih manis. Rasa sedap teh tarik sebenar. Tak boleh berhenti hirup! Foodcourt nya pun ohsem! Ada banyak pilihan makanan sedap-sedap, dan yang penting mesra poket, dan kenyangkan perut. Hehehe.

Ok, itu sahaja 3 perkara menarik tentang Aeon Shah Alam dari kacamata kami. Semoga perkongsian dari kami ini dapat memberi korang info dari sisi lain tentang Aeon Shah Alam.

Leave a Comment