5 TEMPAT SHOPPING DI SHAH ALAM

5 TEMPAT SHOPPING DI SHAH ALAM

Shah Alam terkenal dengan banyak tempat shopping yang menarik yang boleh korang lawati samaada untuk mencari cenderahati atau hanya untuk cuci cuci mata. Destinasi di bawah merupakan beberapa tempat shopping  best  yang wajib korang pergi di Shah Alam.

 

1. SETIA CITY MALL

Sumber: thesmartlocal

Merupakan sebuah kompleks membeli belah yang masih baru yang ada di Shah Alam. Di sini terdapat pelbagai jenis produk samaada berjenama tempatan atau luar untuk dibeli. Selain itu, dekat sini terdapat banyak restoran dan fast food yang boleh korang nikmati. Tarikan hiburan keluarga juga banyak seperti bowling, wayang dan sebagainya. Memang sesuai untuk korang shopping mahupun sekadar untuk menghabiskan masa dengan hiburan indoor yang ada di sini.

 

2. PLAZA SACC

Sumber: TimeOut

Sebuah pasaraya di Shah Alam yang sangat menarik dari segi senibinanya dan banyak juga pilihan restoran yang menarik yang ada di sini. Berjalan dan cuci cuci mata di sini lebih menenangkan kerana kawasan jalan kaki yang lebih lapang dan tidak terlalu sempit seperti di beberapa kompleks membeli belah yang lain. Pilihan barangan yang ada di sini juga tidak kurang banyaknya.

 

3. PLAZA ALAM SENTRAL

Sumber: GoWhere

Sebuah kompleks membeli belah yang agak besar dan mempunyai lot kedai yang sangat banyak dan pilihan restoran-restoran yang menarik yang banyak. Setiap hujung minggu memang ramai warga Shah Alam yang datang ke sini untuk shopping dan santai-santai bersama kawan-kawan bermain bowling atau tengok wayang. Tingakt 3 di dalam kompleks ini khas untuk barangan IT dan yang menariknya, wifi free juga disediakan.

 

4. KOMPLEKS PKNS 

Sumber: selangor.gov

Terletak di dalam satu kompleks bangunan yang tidak berapa baru dan rata-rata peniaga di sini adalah golongan Melayu. Konsep perniagaan di sini lebih kepada bazar dan beberapa lot kedai. Kalau anda ingin mencari pakaian wanita seperti baju kurung, tudung dan sebagainya, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke sini. Setiap kali bulan Ramadhan mesti penuh dengan kunjungan warga Shah Alam untuk mencari baju raya.

 

5. AEON MALL SHAH ALAM

Sumber: ifish

AEON Mall Shah Alam berdiri megah dengan ciri-ciri seni binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu ini.  Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga .

 

 

Leave a Comment