4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

4 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAM DI SHAH ALAM

 

Bercakap tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam, ada beberapa destinasi yang tidak kurang menariknya untuk korang lawati samaada bersama rakan-rakan mahupun bersama keluarga. Kalau setakat nak lepak dan sembang-sembang sambil menikmati keindahan pada waktu malam, bolehlah datang ke beberapa destinasi ini.

Kebanyakan destinasi adalah merupakan dataran, tempat hiburan keluarga dan juga beberapa taman awam yang sering menjadi pilihan warga Shah Alam untuk lepak-lepak pada waktu malam.

 

Uptown Shah Alam Seksyen 24

 TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: SelangorKini 

Kalau korang nak lepak-lepak , cuci-cuci mata dan makan-makan, boleh lakukan aktiviti tersebut di Uptown Shah Alam Seksyen 24. Bazar larut malam ini dibuka pada pukul 10 malam sehinggalah ke 3 pagi. Di sini ada macam macam pilihan barang yang dijual di ratusan bazar dan kedai yang ada di sini. Memang satu tempat menarik di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Lokasi: LKSA, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor

 

City of Digital Light di I-city Shah Alam

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: Pinterest

Di sini memang ada banyak aktiviti dan tempat menarik yang indoor dan outdoor. Salah satu tarikan yang ada di I-city  yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah City of Digital Light. Di sini terdapat pelbagai jenis pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang boleh diibaratkan seperti taman fantasi untuk kanak-kanak. Di sini juga terdapat beberapa permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak atau remaja untuk mencuba. Setiap kali hujung minggu memang sesak kawasan City of Digital Light.

Lokasi: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Di sini terdapat sebuah padang dan kemudahan seperti bangku duduk yang disediakan dan sering menjadi tempat warga sekitar berkelah. Mungkin kerana lokasi yang strategik dan tidak jauh dari jalan utama menjadikannya destinasi pilihan warga setempat berkeluarga untuk lepak-lepak selain mempunyai lampu limpah yang menerangi gelap malam. Destinasi ini tidaklah semeriah di Uptown Shah Alam mahupun di I-City namun cukup memadai kalau setakat nak kepak -lepak ambil angin malam sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain di padang. Padang ini memang sesak setiap kali bulan Ramadhan ketika waktu iftar. Pastikan korang bawa tikar siap-siap ye!

Lokasi: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Setia City Park 

TEMPAT MENARIK WAKTU MALAMSumber: GoWhere

Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik. Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam dan luar negara. Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik. Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.

Lokasi: 359, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor