December 23, 2017

Tempat BEST Lawati di SHAH ALAM

SHAH ALAM satu tempat yang unit yang di gelar bandar dalam taman. Shah Alam meliputi tempat yang penuh dengan tumbuhan semulajadi yang menjadikan bandar ini digelar ‘Bandar Dalam Taman’. Bertambah menariknya korang bukan sahaja dapat menikmati permandangan yang dipenuhi tumbuhan hijau tetapi korang juga dapat lawati lebih banyak tempat menarik di Shah Alam ini. Antaranya :-

  1. i-City, Seksyen 7, Shah Alam

    .

Snow Walk , bersuhu serendah 5’C sahaja .
Maps di dalam i-City Shah Alam

Dah PASTILAH i-City Shah Alam ini tidak lagi asing dikalangan pelawat yang datang ke Shah Alam ini. Popularnya i-City ini adalah keindahan cahaya arca pokok dan pelbagai lagi bentuk lain. Yang pasti anak-anak akan terpengun melihat cahaya lampu yang menarik di i-City ini.

Lihat permandangan i-City yang dipenuhi cahaya lampu yang cantik.

Selain dari keindahan cahaya lampu di i-city ini terdapat permainan yang menarik dan juga tempat yang menarik untuk anda berkunjung. Antaranya Taman Tema Air i-City , SnowWalk (merasai pengalaman beriklim sejuk) , Red Carpet (muzium yang dipenuhi dengan patung lilin) , Ghost house , Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum  dan banyak lagi. Korang jangan lepaskan peluang untuk luangkan masa disini ya !

2. Taman Botani Shah Alam

Meliputi kawasan seluas 72 hektar, Taman Haiwan adalah antara tempat kegemaran pengunjung untuk melihat  secara dekat haiwan-haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung kakaktua, burung merak,  burung merpati, arnab,  landak dan lain-lain lagi.

Ada banyak lagi tempat menarik di taman botani ini ada di antaranya :-

 

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (7.30am – 5.00pm)

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam

 

3. Taman Tema Wet World Shah Alam.

Musim cuti sekolah dah pasti korang mencari mana tempat menarik nak lepaskan keinginan untuk bermain di taman tema air sesuai sangat korang luangkan masa disini. Terdapat banyak permain best disini. Yang pasti pengunjung akan berpuas hati di Wet World Shah Alam ini.

sumber : Wet world shah Alam

 

ayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM20 | Pelancong Dewasa RM35 | Pelancong Kanak-kanak RM30

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (10.00am – 6.00pm) | Tutup pada hari Rabu kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor.

4. Laman Budaya, Galeri Shah Alam.

Laman Budaya adalah salah satu tempat pusat kebudayaan yang terdapat teater, Galeri Shah Alam, muzium dan lain-lain. Sebelum korang ke Wet World Shah Alam korang boleh singgah di Taman Tasik Shah Alam ini adanya Laman Budaya yang mempamerkan karya tempatan seperti persembahan, pertandingan, pameran dan majlis diadakan.

Kalau korang seorang pencinta seni, tiada alasan untuk korang tidak melawat galeri seni ini. Mungkin korang boleh mendapatkan inspirasi untuk karya korang sendiri?Betul tak ?

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00am – 6.00pm)

Alamat: Laman Budaya Shah Alam, Persiaran Tasik, 40000 Shah Alam.

5. Go Kart Stadium Malawati Shah Alam.

Go Kart ini anatara tarikkan mnarik untuk korang yang berjiwa remaja bolehlah try berlumba disini. Yang pasti korang mudah je nak jumpa Go Kart ini sebab litar ini terletak sebelah sahaja dari Studium Malawati Shah Alam. 

Bayaran Masuk: Harga Biasa RM43 – RM85 | Harga Membership RM38 – RM75 (Bergantung kepada jenis Kart)

Waktu Operasi: Isnin –  Jumaat (10.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Alamat:  Level 1, Quadrant C, Shah Alam Stadium, Section 13, 40000 Shah Alam.

 

6. Shah Alam Extreme Park

Extreme Park Shah Alam ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Korang boleh bawa anak-anak dan keluarga bermain di sini untuk merasai pengalaman extreme beraktiviti lasak seperti bermain basikal BMX, skateboard, wall climbing, futsal dan paintball.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 11.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 11.00pm)

Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

7. Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam
Laman Seni Seksyen 7 ini dipenuhi dengan seni lukisan hasil daripada student UiTM Shah Alam yang menghasilkan pelbagai jenis lukisan 3D yang pasti membuat korang takkan lepaskan peluang untuk cata memori disana. Hasil-hasil seni pelukis jalanan yang telah memenangi Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dari 4 kategori berbeza iaitu ‘Painting on Site’, ‘Street Furniture’, ‘3D Painting’ dan ‘3D Installation’ dipamerkan.

Karya-karya yang memenangi pertandingan-pertandingan ini diabadikan di Laman Seni 7 ini untuk dilihat oleh orang ramai. Di sebalik setiap hasil seni ini terdapat mesej-mesej penting yang cuba disampaikan, di sini,korang dapat membaca info dari perspektif pengkarya itu sendiri tentang apa yang cuba disampaikan melalui karya mereka. Kalau korang suka bergambar, apa kata korang angkut kamera dan lensa-lensa dan lihat sendiri keunikan tarikan ini.

 

Okay , guys ! Korang nikmatilah setiap destinasi percutian dengan banyak lagi tempat menarik. Jangan segan untuk bertanya lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *