Taman Tema Air di Shah Alam

Taman Tema Air di Shah Alam

Sumber: Travelopy

Wet World i-City Sekyen 7 Shah Alam

Kalau anak mahu ke Sunway Lagoon, tapi bajet anda batuk-batuk, apa kata anda ke sini?

Taman tema air ini tak besar mana. Cuma 10 ekar, tapi masih ada cukup tarikan untuk anak lepaskan geram mandi manda dengan anda.

Tarikan utamanya di sini ialah The Tornado.

Tunggangan ini perlukan 4 orang. Masanya cuma 28 saat. Tapi puas menjerit sebab  tiub getah anda akan menggelongsor ke dalam terowong air curam setinggi 7-tingkat.

 

Tempat Ini Gunakan iCard

Cara masuk ke sini ialah dengan cara prepaid, hampir sama dengan kad Touch and Go anda. Cuma namanya iCard.

Anda beli iCard, dan anda pilih tarikan yang anda mahu. Top Up kad dengan nilai yang mahu anda gunakan.

Harga tiket ditolak dari iCard anda.

 

Tips

  • Cerdiknya tempat ini, sebab anda hanya boleh topup dengan gandaan RM10. Jadi kalaupun jumlah yang anda perlukan RM75, anda perlu top up RM80. Duit selebihnya, terpaksa beli atau habiskan juga sebab tiada refund.
  • Nak ke Snow Walk? Datang siang sebab Snow Walk lebih murah kalau sebelum pukul 6ptg.
  • Beli terus secara online di I-City sebab lebih murah, dan tak runsing duit lebih terbakar begitu saja dalam iCard.
  • Waterpark tutup pada setiap Selasa

Beroperasi dari pukul 11 pagi. Ditutup pada hari selasa.

Alamat: i-City Persiaran Multimedia 40000 i-City Selangor Darul Ehsan

Wet World Seksyen 14 Shah Alam

Sumber: GoTicket

Wet World Water Park Shah Alam ini terletak berlatarkan pemandangan Taman Tasik Shah Alam dan dibina dengan ciri kesalamatan untuk para pengunjung terutamanya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet World Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Walaupun Wet World Shah Alam dibina khususnya sebagai tarikan untuk kanak-kanak, tidak bermakna permainan air yang ada di sini tidak ada yang sesuai untuk orang dewasa. Banyak juga permainan di sini yang boleh dianggap agak ekstreem dan menyeronokkan yang pasti membuatkan jantung anda berdebar.

Beroperasi pada 10.00 am – 6.00 pm dan ditutup pada setiap hari Rabu kecuali pada cuti sekolah dan cuti am.

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.

Seperti di kebanyakan taman tema air yang lain, harga tiket Wet World Shah Alam bukan sahaja kos yang perlu dibayar. Anda juga perlu sediakan wang lebih untuk tujuan sewa tube, cabana dan locker. Selain itu makanan dan minuman cuma boleh didapati di dalam dan makanan dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk.

Leave a Comment