Menarik di Uptown Shah Alam

Menarik di Uptown Shah Alam

Menarik di Uptown Shah AlamSumber: selangorkini

Uptown ini merupakan salah satu tempat menarik di Shah Alam yang wajib di dikunjungi kalau  anda berpeluang ke Shah Alam.

Kepada yang berminat untuk ke Uptown ini, ia terletak di Kompleks Muhibbah Shah Alam Seksyen 24. Uptown Shah Alam ini di urus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pada tahun 2014 Uptown Shah Alam pernah musnah dalam kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas. Sebagai langkah untuk membela nasib usahawan Uptown ini ia dibina semula dan dibuka pada tahun 2015.

Mengikut bancian yang dilakukan oleh Kumpulan Usahawan Uptown, bilangan pengunjung di Uptown ini merupakan yang paling ramai kalau dibandingkan dengan Uptown yang lain di Malaysia.

Kejayaan ini boleh di kaitkan dengan usaha pihak pengurus yang menyediakan tempat dan suasana membeli belah yang selesa untuk pengunjung.

 

Suasana

Membeli-belah di sini memang selesa dengan susunan kedai yang teratur dan lampu yang terang membuat anda rasa selamat berjalan bersama keluarga anda di sini.

Terdapat 450 tapak perniagaan di uptown ini dan semua sudah penuh disewa. disebabkan jumlah kedai yang banyak, barangan yang di jual pun lain-lain jenis dan anda tak akan kempunan pilihan.

Uptown Shah Alam merupakaan destinasi menarik waktu malam dan bermula saja jam 10 malam tempat ini penuh dengan orang. Waktu operasi Uptown Shah Alam ini adalah dari pukul 8.30 malam hinggah ke 3 pagi. Oleh kerana ini jangan takut anda akan lambat.

Jikalau anda memandu, anda ada dua pilihan untuk letak kereta anda. Sebaik-baiknya anda mengunakan tempat letak kereta yang telah di sedia kan oleh pihak Uptown Shah Alam, tetapi ramai pilih untuk meletak kereta mereka di tepi jalan sahaja kerana senang untuk keluar nanti.

Sampai saja anda akan nampak pintu gerbang dengan papan tanda besar yang boleh dilihat dari jauh. Masuk saja pintu gerbang ini kelihatan kanopi besar berwarna putih yang melindungi Uptown ini.

Apabila anda sudah puas membeli-belah sambil mencuci mata, sampai masa untuk anda rehat seketika di tempat makan yang disediakan di belakang Uptown Shah Alam ini.

Tempat yang luas ini dikhaskan untuk peniaga makanan dan disini anda akan menjumpai banyak pilihan makanan. Di sini anda akan nampak gerai makanan yang beraneka jenis menjual makanan seperti yong tau fu, Char kway teow, Sate dan Sotong tepung gergasi.

Kalau anda nak makan yang goreng-goreng atau pun yang celup-celup semua ada disini. Di sini juga ada seorang yang menjual meatball ala Ikea.

Anda akan nampak ramai yang jalan di uptown ini sambil makan rojak buah. Cara kedai ini mempamerkan buah-buahan nya memang menaikkan selera.

Aktiviti

Di uptown ini terdapat sebuah pentas dan hampir semuaa acara yang di anjurkan oleh Uptown Shah Alam kan diadakan di pentas ini. Antara acara mingguan yang di adakan di sini adalah acara karaoke terbuka dan kepada sesiapa yang sudi mencuba bakat mereka silakan.

Pada hari-hari tertentu, Uptown Shah Alam menjemput Ustaz yang terkenal dan mengadakan ceramah agama di pentas ini. Untuk keterangaan lanjut mengenai aktiviti sepanjang tahun 2016 ini anda boleh mendapat maklumat dari pengurus pentas tersebut.

Sebagai kata penutup, memang banyak tempat lain yang anda boleh pergi untuk menghabiskan masa pada hujung minggu, dan anda tidak akan menyesal jika pilih untuk menghabiskan masa tersebut di Uptown Shah Alam.

Informasi Uptown

Waktu Operasi: 8.30 pm – 3.00 am (Isnin – Ahad)

Alamat: Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Keindahan Taman Botani Shah Alam

Keindahan Taman Botani Shah Alam

 

Taman Botani Shah Alam ialah sebuah taman rekreasi menarik yang harus dikunjungi jika bercuti ke Shah Alam. Digelar taman ditengah bandar, ia turut dikenali dengan nama Bukit Cerakah, Taman Pertanian Malaysia dan juga Bukit Cahaya Seri Alam. Taman ini merupakan satu-satunya Taman Botani yang menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika. Selain taman rekreasi, Taman Botani Shah Alam juga berperanan sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan botani, hortikultur serta pertanian.

Keindahan Taman Botani Shah AlamSumber: Findbulous Travel

Taman Botani

Taman Botani dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah. Disini, pengunjung boleh memilih untuk berjalan kaki, menaiki bas atau menyewa basikal untuk melawat setiap tempat menarik yang ada disini. Anda tentu membayangkan kawasan yang luas. Memang betul. Anda mungkin menghabiskan masa sehari suntuk di taman ini. Jangan risau tentang makanan, kerana di sini terdapat kemudahan kedai makan di hadapan pintu masuk Taman Botani dimana anda boleh menjamu selera jika terasa lapar. Apa yang ada di Taman Botani Shah Alam ini? Banyak sekali tempat menarik yang boleh anda lawati seperti senarai dibawah.

 

  • Taman Haiwan

Kawasan seluas 72 hektar ini mempunyai berbagai jenis haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung merak dan lain-lain. Pengujung dapat melihat secara dekat haiwan-haiwan ternakan yang ada disini. Pengalaman ini pasti menyeronokkan buat kanak-kanak.

 

  • Taman Hiasan

Taman Hiasan ini sangat sesuai dijadikan lokasi untuk merehatkan minda. Sesuai dijadikan lokasi bergambar untuk majlis perkhawinan dan sebagainya. Ia dihias cantik dengan pelbagai tanaman bunga dan pokok. Taman ini adalah idea dari Tan Sri Sanusi Junid, bekas menteri pertanian Malaysia. terdapat Menara Pandang Jauh untuk pengujung melihat landskap dengan lebih jelas.

 

  • Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)

Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman suasana empat musim seolah-olah berada di negara luar. boleh datang ke Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM). Anda juga boleh menikmati keindahan yang ada disekitar kawasan ini, dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Musim disini akan berubah setiap tiga bulan sekali.

 

  • Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman

Dengan keluasan 16 hektar terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam. Antaranya ialah teh, kopi, lada hitam, buah pala dan kulit kayu manis. Pengunjung juga dapat mempelajari kelebihan dan kebaikan yang terdapat pada sesuatu tumbuhan tersebut.

 

  • Taman Kaktus

Taman Kaktus disini telah menarik ramai pengujung untuk datang melawat. Terdapat 3000 jenis kaktus dan 145 spesis dan 15 berasal dari Malaysia. Anda berpeluang melihat kaktus yang cantik dan dijaga dengan rapi. Pengalaman yang sangat bermakna kepada pencinta kaktus.

 

  • Taman Buah-buahan Tropika

Dibina dengan keluasan 35 hektar dan menanam pelbagai jenis buah-buahan. Menggunakan teknologi yang moden dan terkini untuk menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan dan pokok. Diberikan sedikit panduan untuk tetamu menanam pokok dirumah mereka.

Keindahan Taman Botani Shah AlamSumber: Findbulous Travel
  • Taman Padi

Melihat padi yang terbentang luas pasti akan dapat menenagkan jiwa. Ia adalah tarikan alam semulajadi Negara Malaysia. Sesuai dijadikan lokasi berkelah atau hari keluarga. Disediakan bangsal dan gelanggang sepak takraw untuk keselesaan pengunjung.

 

  • Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan

Taman ini menanam pelbagai jenis herba dan tumbuhan ubatan. Ia memberikan pengetahuan dan ilmu yang lebih meluas berkaitan herba dan ubatan. Turut disediakan landskap yang menarik untuk pengujung bergambar.

 

  • Empangan dan Tasik

Selain taman botani, disini juga terdapat empangan dan tasik yang cantik.

 

  • Empangan Sungai Baru

Terdapat pelbagai jenis spesis ikan air tawar didalam empangan ini. Anda juga boleh belajar cara dan melihat bagaimana cara ikan air tawar membiak didalam sangkar. Pada tahun 1930 hingga 60-an Empangan Sungai Baru merupakan sumber bekalan air utama untuk penduduk disekitar Klang.

 

  • Kampung dan Chalet

Perjalanan melawat Taman Botani Shah Alam belum sempurna jika anda tidak melawat Kampung dan Chalet yang ada disini. Ia adalah kawasan penginapan yang disewakan kepada pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti di taman ini seperti seminar, mesyuarat, hari keluarga dan sebagainya.

 

  • Kampung Idaman

Kampung Idaman merupakan chalet yang terdiri dari rumah-rumah tradisi negeri-negeri di Malaysia. Rumah-rumah yang ada ialah:

  1. Rumah Perlis
  2. Rumah Kedah
  3. Rumah Pulau Pinang
  4. Rumah Perak
  5. Rumah Negeri Sembilan
  6. Rumah Melaka
  7. Rumah Johor
  8. Rumah Pahang
  9. Rumah Terengganu
  10. Rumah Kelantan

Kadar bayaran yang dikenakan ialah:

RM80.00/hari – hari biasa.

RM100.00/hari – hujung minggu dan hari kelepasan am.

 

  • Perkampungan Budaya

Sebuah perkampungan yang cantik dimana beberapa buah rumah tradisional yang bercirikan bangsawan melayu dibina. Terdapat beberapa bahagian didalam perkampungan ini iaitu bahagian pantai timur, bahagian selatan dan Kompleks Perkampungan Budaya. Pengunjung boleh melawat setiap rumah yang ada disini dan hayati keindahan senibina tradisional masyarakat Melayu yang sungguh mengagumkan.

 

  • Camar Rimba

Salah satu tarikan di Taman Botani Shah Alam ialah Camar Rimba. Disini terdapat kolam renang, tapak perkhemahan, kemudahan pondok rehat, dewan dan kawasan permainan yang luas. Camar Rimba seringkali dijadikan lokasi hari keluarga kerana suasana yang tenang dan cantik serta berbagai kemudahan yang disediakan.

 

Taman Botani Shah Alam dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin.

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam Taman Pertanian Malaysia, 40000 Shah Alam, Selangor.

Hubungi: Tel : 03-5510 6922 (waktu pejabat) 03-5510 7048 (untuk tempahan penginapan) Faks : 03-5510 0922

Emel: [email protected]

Taman Botani Shah Alam telah melalui beberapa fasa pembangunan dan telah menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di bandaraya ini. Keindahan taman dan tempat-tempat menarik yang ada disini cukup memuaskan hati. Kemudahan yang disediakan dan kos yang perlu dikeluarkan juga tidak terlalu mahal. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini pasti tidak akan merasa kecewa. Kepada anda yang ingin melancong ke Shah Alam, pastikan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah ada dalam senarai lokasi untuk dikunjungi.

Taman Tema Air di Shah Alam

Taman Tema Air di Shah Alam

Sumber: Travelopy

Wet World i-City Sekyen 7 Shah Alam

Kalau anak mahu ke Sunway Lagoon, tapi bajet anda batuk-batuk, apa kata anda ke sini?

Taman tema air ini tak besar mana. Cuma 10 ekar, tapi masih ada cukup tarikan untuk anak lepaskan geram mandi manda dengan anda.

Tarikan utamanya di sini ialah The Tornado.

Tunggangan ini perlukan 4 orang. Masanya cuma 28 saat. Tapi puas menjerit sebab  tiub getah anda akan menggelongsor ke dalam terowong air curam setinggi 7-tingkat.

 

Tempat Ini Gunakan iCard

Cara masuk ke sini ialah dengan cara prepaid, hampir sama dengan kad Touch and Go anda. Cuma namanya iCard.

Anda beli iCard, dan anda pilih tarikan yang anda mahu. Top Up kad dengan nilai yang mahu anda gunakan.

Harga tiket ditolak dari iCard anda.

 

Tips

  • Cerdiknya tempat ini, sebab anda hanya boleh topup dengan gandaan RM10. Jadi kalaupun jumlah yang anda perlukan RM75, anda perlu top up RM80. Duit selebihnya, terpaksa beli atau habiskan juga sebab tiada refund.
  • Nak ke Snow Walk? Datang siang sebab Snow Walk lebih murah kalau sebelum pukul 6ptg.
  • Beli terus secara online di I-City sebab lebih murah, dan tak runsing duit lebih terbakar begitu saja dalam iCard.
  • Waterpark tutup pada setiap Selasa

Beroperasi dari pukul 11 pagi. Ditutup pada hari selasa.

Alamat: i-City Persiaran Multimedia 40000 i-City Selangor Darul Ehsan

Wet World Seksyen 14 Shah Alam

Sumber: GoTicket

Wet World Water Park Shah Alam ini terletak berlatarkan pemandangan Taman Tasik Shah Alam dan dibina dengan ciri kesalamatan untuk para pengunjung terutamanya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet World Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Walaupun Wet World Shah Alam dibina khususnya sebagai tarikan untuk kanak-kanak, tidak bermakna permainan air yang ada di sini tidak ada yang sesuai untuk orang dewasa. Banyak juga permainan di sini yang boleh dianggap agak ekstreem dan menyeronokkan yang pasti membuatkan jantung anda berdebar.

Beroperasi pada 10.00 am – 6.00 pm dan ditutup pada setiap hari Rabu kecuali pada cuti sekolah dan cuti am.

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.

Seperti di kebanyakan taman tema air yang lain, harga tiket Wet World Shah Alam bukan sahaja kos yang perlu dibayar. Anda juga perlu sediakan wang lebih untuk tujuan sewa tube, cabana dan locker. Selain itu makanan dan minuman cuma boleh didapati di dalam dan makanan dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk.

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

Aeon Shah Alam  dirasmikan pada awal tahun 2017, terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Sejak pembukaannya, Aeon Shah Alam sentiasa penuh dengan pengunjung.

Lokasi Aeon Shah Alam pun sangat strategik, senang nak cari. Kalau tahu di mana Stadium Shah alam, pasti tak sesat nak cari jalan ke Aeon Shah Alam ni. Kalau tak jumpa juga, cari sahaja di Waze.

Ada banyak blog yang berkongsi tentang perkara menarik di Aeon Shah Alam. Namun, kami yakin korang pasti belum tahu tentang 3 perkara yang unik ini.

 

Apa yang Menarik di Aeon Mall Shah Alam

“Japan Street” di Aeon Mall Shah Alam

Kali pertama datang ke Aeon Shah Alam, kami terkejut dengan suasana Jepun yang dicipta dalam pasaraya ini, kerana hampir serupa dengan suasana sebenar di Jepun. Kami pernah tinggal di negara matahari terbit itu selama 4 tahun. Perasaan yang sama. Serius.

Ada Tokyo Street di tingkat 2, yang menghimpunkan kedai-kedai terkemuka dari negara Jepun. Ada kedai barangan harian, travel agency JTB (Japan Travel Bureau), serta pelbagai pilihan kedai makanan Jepun di sini seperti Sushi King, Mr. Donut, Yoshinoya, Gindaco Takoyaki, Haikara Style Cafe dan lain-lain.

Kedai barangan 100 yen kegemaran ramai, Daiso juga ada di Tokyo Street ini. Dengan saiz yang agak besar, Daiso di Aeon Shah Alam turut menawarkan barangan premium yang tiada di kebanyakkan Daiso lain.

Selain itu, ada 4 lokasi khas yang menggambarkan 4 musim di negara Jepun iaitu; musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Para pengunjung boleh ambil gambar sambil feeling seolah-olah berada di negara Jepun sebenar.

Pendek kata, bagi korang yang ingin merasakan suasana seperti sedang membeli-belah di pasaraya Jepun, datanglah ke Aeon Shah Alam. Perasaan bagaikan berada di Jepun sebenar.

Surau Dengan Telekung Berwarna

Aeon Mall menyediakan konsep telekung berwarna di surau wanita. Rasa cantik bila pakai telekung warna warni ni. Tapi, telekung berwarna ini disediakan mengikut hari.

Ini bermakna, ada 7 warna telekung untuk penggunaan 7 hari seminggu. 1 hari, 1 warna telekung yang ditetapkan. Jadi, kita yakin telekung ini betul-betul dibasuh setiap hari. Tambahan lagi, ada banyak pilihan surau. Bukan satu tempat sahaja.

Jika korang sedang teman anak-anak main di taman permainan di tingkat 3, surau berada betul-betul bersebelahan taman Molly Fantasy ini. Mudah buat ibu ayah untuk ambil giliran pergi solat.

Kalau korang sedang makan di Foodcourt, surau ada betul-betul bersebelahan aje. Tak payah jalan jauh-jauh, atau naik turun lif. Anak-anak kecil pun tak bosan menunggu, sebab mereka busy makan dan minum.

Nampak sangat yang Aeon  Mall Shah Alam sememangnya pasaraya mesra keluarga dan kanak-kanak.

Teh Tarik Sedap di Shah Alam

Oh, point terakhir ini mungkin tidak penting bagi korang yang tak suka minum teh. Tapi, beri impak besar buat para peminum tegar teh tarik ni. Hehehe.

Terkejut sebab teh tarik dia sedap sangat! Tak kelat, dan tak terlebih manis. Rasa sedap teh tarik sebenar. Tak boleh berhenti hirup! Foodcourt nya pun ohsem! Ada banyak pilihan makanan sedap-sedap, dan yang penting mesra poket, dan kenyangkan perut. Hehehe.

Ok, itu sahaja 3 perkara menarik tentang Aeon Shah Alam dari kacamata kami. Semoga perkongsian dari kami ini dapat memberi korang info dari sisi lain tentang Aeon Shah Alam.

Tempat-tempat berdekatan dengan Homestay byKA

Tempat-tempat berdekatan di Homestay byKA

Bagi yang ingin bercuti di Shah Alam, korang boleh menginap di Homestay byKA. Sebab apa? sebab Homestay byKA berada di lokasi yang paling strategik dan mudah untuk korang akses ke mana-mana tempat yang korang nak pergi. Best kan?

Di bawah ni kami akan kongsikan tempat-tempat berdekatan dengan Homestay byKA. Senang korang nak planning cuti nanti kan hehehe.

Tempat-tempat berdekatan di Homestay byKA

UITM Shah Alam

Kampus utama universiti di Shah Alam dimulakan dengan peletakan batu asas pada 14 Oktober 1967 oleh Tun Abdul Razak, dan pada pertengahan tahun 1970an, kampus ini telah pun beroperasi sepenuhnya. Kampus ini merupakan pusat dan tumpuan utama pembangunan dan perkembangan universiti kepada satu jaringan kampus yang besar. Kampus ini terletak di pusat bandaraya Shah Alam dan oleh itu, kemudahan awam dan perkhidmatan awam mudah diperolehi. Lokasinya juga sangat strategik, berdekatan dengan lebuhraya utama  menghubungkan Shah Alam dengan pusat-pusat bandar yang lain. Selain itu, Shah Alam juga merupakan pusat teknologi maklumat dan aplikasi multimedia.

  • 6 minit je dari Homestay byKA

 

IDCC Shah Alam

Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) yang terletak di seksyen 15 Shah Alam. IDCC merupakan salah satu tempat yang menawarkan dewan untuk mesyuarat, konvensyen, perkahwinan dan pameran. Visi IDCC adalah untuk menjadi rumah acara tempatan & antarabangsa yang terkemuka. Percaya atau tidak, IDCC mengalu-alukan purata 500,000 pelawat. IDCC juga mempunyai lebih daripada 500 acara setiap tahun.

  • 5 minit je dari Homestay byKA

 

Masjid Negeri Shah Alam

Masjid Negeri Shah Alam yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Masjid ini terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam, di kawasan yang lebih tinggi dan sesuai dengan pembinaan masjid yang dianggap penting ini. Ia menjadi satu keperluan kepada penduduk Shah Alam yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

  • 3 minit je dari Homestay byKA

 

Kompleks PKNS

Terletak di dalam satu kompleks bangunan yang tidak berapa baru dan rata-rata peniaga di sini adalah golongan Melayu. Konsep perniagaan di sini lebih kepada bazar dan beberapa lot kedai. Kalau anda ingin mencari pakaian wanita seperti baju kurung, tudung dan sebagainya, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke sini. Setiap kali bulan Ramadhan mesti penuh dengan kunjungan warga Shah Alam untuk mencari baju raya.

  • 2 minit je dari Homestay byKA

 

Unisel Shah Alam

Uniseldahulunya dikenali sebagai “Universiti Industri Selangor” telah ditubuhkan pada tahun 1999, universiti ini mempunyai dua kampus  iaitu kampus induk terletak di Bestari Jaya (dahulunya dikenali Batang Berjuntai) (disiapkan pada tahun 2005) dan kampus cawangan/satelit yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

  • 6 minit je dari Homestay byKA

 

i-City Park

Semenjak dibuka pada tahun 2013, waktu malam di taman tema fantasi ini tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihat ratusan pokok bermandikan cahaya digital, penuh warna-warni. Rumah Salji yang dibuka sehingga waktu malam juga menjadi tarikan utama oleh mereka yang ingin merasai suasana kedinginan musim sejuk. Waktu siangnya pula, taman tema air, ‘Red Carpet’ atau muzium lilin dan galeri lukisan ‘3D The Trick Art’menjadi tumpuan.

  • 7 minit je dari Homestay byKA

 

Aeon Mall Shah Alam

AEON Mall Shah Alam berdiri megah dengan ciri-ciri seni binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu ini.  Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga.

  • 5 minit je dari Homestay byKA

 

SACC Shah Alam

Sebuah pasaraya di Shah Alam yang sangat menarik dari segi senibinanya dan banyak juga pilihan restoran yang menarik yang ada di sini. Berjalan dan cuci cuci mata di sini lebih menenangkan kerana kawasan jalan kaki yang lebih lapang dan tidak terlalu sempit seperti di beberapa kompleks membeli belah yang lain. Pilihan barangan yang ada di sini juga tidak kurang banyaknya.

  • 2 minit je dari Homestay byKA

 

Untungnya kalau korang menginap di Homestay byKA, semua tempat kat Shah Alam ni dekat hehehehe… Kalau korang nak menginap di sini boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

Buffet Ramadhan di Shah Alam

Buffet Ramadhan di Shah Alam

Sumber: Wanista

Rupa-rupanya sudah hampir seminggu kita sudah berpuasa, jadi mungkin ramai dalam kalangan korang semua ingin cuba sesuatu yang lain untuk berbuka nanti? Korang boleh cuba berbuka dengan  buffet Ramadhan yang disajikan oleh hotel dan restoran yang ada di Shah Alam ni. Korang nak tahu tak terlampau banyak buffet yg ada kat area shah alam ni. Cakap je nak buffet rama ala lokal atau western semuanya ada.

Lebih-lebih lagi sekarang ini musim gaji, mesti ramai yang akan mahu berbuka diluar bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil tu korang boleh mencari tempat yang menarik disamping menikmati pelbagai juadah. Selain itu, harga juga berpatutan dan bergantung pada tempat dan menu yang disediakan.

Restoran buffet sangat berbaloi  kerana korang dapat merasai bermacam-macam menu makanan tanpa had seakan-akan rasa masakkan di rumah. Malahan, korang tak payah fikir nak beli apa apa makanan untuk pencuci mulut sebab semua dah disediakan. Korang cuma datang dan makan jer hehehe.

Jadi, kali ini kami akan kongsikan senarai  restoran buffet Ramadhan yang ada di Shah Alam. So senang korang nak pilih. Tak payah nak google kan?

Berikut disertakan senarai Buffet Ramadhan berbuka puasa di Shah Alam 2018. Lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

 

NoHotel / RestoranHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-Kanak (RM)No TelLaman Web / Facebook
1Concorde Hotel128 nett64 nett03-5520 8000 ext 2240Concorde Hotel
2Grand Blue Wave125 nett65 nett03-5511 8811 ext 2801, 2804 & 2806Grand Blue Wave
3IDCC Shah Alam60 nett40 nett03-7832 4827Wedding Studio SB
4D’Kayangan Seksyen 1342.90 nett03-5523 4979Selera Ramadhan Buffet
5Hotel UiTM, Persiaran Raja Muda, Shah Alam45 nett20 nett03-5519 2169Selera Muhibbah
6Best Western, I-City109 nett59 nett03-5521 9000Juadah Malaysia
7Me’nate SteakHub, Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam79.9039.90019-2611 047Istimewa Ramadhan
8INTEKMA RESORT, Seksyen 750 nett25 nett03.5522 5000Iftar @ Intekma
9Laman Kayangan, Seksyen 765 nett35 nett019-233 1351Jom Berbuka
10Shah Alam Convention Centre88.00+52.00+03-5511 8858SACC

 

Moga perkongsian senarai Buffet Ramadhan di Shah Alam ini akan memudahkan korang dalam merancang lokasi berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah AlamSumber: says.com

Sepanjang sebulan kita menjalani ibadah puasa pasti kita ternanti-nantikan saat berbuka puasa. Di negara kita sememangnya bulan Ramadhan ini digelar bulan rahmat. Peniaga-peniaga juadah berbuka puasa pasti menantikan pembukaan bazaar-bazaar ramadhan di setiap pelusuk. Bagi golongan
yang berkerja, mereka lebih senang membeli juadah berbuka puasa berbanding memasak sendiri memandangkan masa yang singkat. Di sekitar bandar Shah Alam sendiri terdapat beberapa buah bazaar Ramadhan yang begitu popular yang ditunggu-tunggu pembukaannya antaranya adalah Bazaar Ramadhan di Stadium Shah Alam, Seksyen 13.

Bazaar Ramadhan Seksyen 13 yang terletak di lot parking Stadium Shah Alam merupakan bazaar yang paling besar dan luas di Selangor. Maka tidak hairanlah jika kawasan tersebut dikeremuni oleh ramai orang sejak dari pukul 4.00 petang. Bagi menggelak terperangkap dari kesesakan lalu lintas di nasihatkan korang untuk datang lebih awal dalam antara jam 4.00 petang hingga 5.00 petang kerana sekiranya lambat, korang bakal menghadapi kesukaran mencari tempat letak kereta dan bakal berhimpit dengan orang ramai. Namun disebalik berhimpit orang ramai, berbagai juadah lauk-pauk, kuih-muih yang tidak pernah korang jumpa ada jual di Bazaar Ramadhan Seksyen 13 ini.

Pada bulan Ramadhan, Murtabak adalah jualan yang paling popular untuk berbuka puasa. Ada pilihan murtabak daging, ayam dan sardin. Ia dihidangkan dengan jeruk bawang dan kari. Memang kena berbaris kalau inginkan murtabak di bazaar ini kerana perminat murtabak terlalu ramai.

Selain ayam percik, ayam golek menjadi rebutan terutamanya apabila korang melihat lelehan minyak yang jatuh dari ayam yang membuat perut terus berkeroncong tidak henti-henti. Ayam golek ini diperam dengan sos khas dan dicucuk di cerucuk untuk dibakar dan digolek-golekkan.

Bazaar Ramadhan bukan sahaja menyediakan juadah makanan tetapi ada juga pelbagai minuman yang menghilangkan dahaga dan tekak yang kering. Jus buah menjadi pilihan utama pengunjung, Air katira, teh bunga, Ribena Susu dan macam-macam lagi.

Marilah beramai-ramai bersama keluarga mengunjungi Bazaar Ramadhan Seksyen 13. Korang harus datang mencuba pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak dan lazat…Experience it yourself!

Sebelum tu, nak bagi tahu korang sekiranya korang menginap di Homestay ByKA, setiap penginapan satu malam akan terima #SAHURKIT daripada kami. Mesti korang lebih bertenaga puasa nanti. Menarik kan?

Bazaar Ramadhan Popular @ Seksyen 13 Shah Alam

 

Kalau korang berminat nak sewa Homestay dengan kami boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway di Shah Alam

Weekend Getaway biasanya warga kota akan mencari peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga masing-masing. Tak perlu pergi jauh hanya cukup sekadar boleh melarikan diri sebentar dari kecamukan kota Kuala Lumpur yang tak pernah tidur ini. Hehehehe.

Kebiasaan mereka akan memilih Melaka dan Port Dickson sebagai destinasi hujung minggu untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Tapi kali ini kami nak memperkenalkan destinasi yang hanya mengambil masa kurang dari 1 jam dari KL. Tak jauh kan? dekat jer.  Ianya hanya di Shah Alam.

Ya kami tahu ramai yang tinggal di Shah Alam. Dan ada juga yang mungkin terfikir Shah Alam? Apa yang ada kat sini? (mesti korang 50/50 nak datang kat sini kannnn)

Tapi hari ni kami nak bongkarkan tempat-tempat best yang wajib korang pergi kat Shah Alam. Korang tahu tak? Shah Alam kini dah banyak tarikan yang boleh korang pergi. Lagi-lagi dihujung minggu. Macam-macam yang korang boleh buat di sini. Cakap je nak apa semua ada. Jom kita lihat!

 

LAMAN SENI

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: travelmalaysia

Laman seni ni terletak di Jalan Plumbum, Seksyen 7. Bagi peminat fotografi dan yang suka OOTD amatlah sesuai datang ke sini. Di sebalik lorong-lorong belakang bangunan terdapat lukisan mural yang cantik dan menarik. Selain itu, konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti shah alam, tarikan pelancongan dan berkonsepkan kehijauan.

Lokasi: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

 

PASAR KARAT SHAH ALAM

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Pasar Karat ini terletak di kawasan letak kereta Stadium Melawati di Seksyen 13, Shah Alam. Dibuka setiap hari Ahad bermula seawal pagi sehingga ke lewat tengahari. Pasar ni tersangatlah besar dan terdapat macam-macam barang yang diniagakan. Cakap ajelah korang nak apapun, mesti boleh jumpa punya!

Yang best tentang pasar ini adalah ianya dibahagikan dengan agak terperinci memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli-belah. Barangan makanan, barang basah dan kering terletak berasingan. So sangat mudah kalau nak fokus untuk beli barangan tertentu aje. Tapi kalau pertama kali ke sini, sangat berbaloi kalau menjelajah ke setiap penjuru. Memang macam-macam ada!

Lokasi: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

CENDOL DURIAN, SEKSYEN 24

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: twitter

Rojak & Cendol di Seksyen 24 Shah Alam merupakan peneraju kepada segala cendol durian. Cendol durian ni adalah satu dari idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Korang dah pernah try ke? Rasa dia memang terbaik!

Lokasi: Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam

 

Wet World Waterpark

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: tourismalaysia

Wet World Waterpark Shah Alam ni terletak berlatarkan permandangan Taman Tasik Shah Alam dibina dengan ciri keselamatan untuk para pengunjung terutamnya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet Wolrd Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Lokasi: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 

I-CITY

Weekend Getaway di Shah AlamSumber: mylittleventure

Kalau korang pernah dengar tentang I-city Shah Alam, mesti korang terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.

Di dalam kawasan Snowalk ini korang dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Kalau korang teringin merasa hidup di dalam salji, inilah tempat yang patut korang pergi. Keluar sahaja dari taman salji ini, ada banyak lagi tempat untuk berseronok seperti Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi. Gempak kan? Tunggu apa lagi? Mai lah ke sini!

Lokasi: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

 

Korang tengok semua ada dekat Shah Alam ni tau! Sesuai untuk bawa family korang datang ke sini hujung minggu.

 

Jika datang ke Shah Alam korang boleh cuba menginap di HOMESTAY BYKA. Korang boleh booking melalui website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)

 

Kelebihan Guesthouse Byka di i-City Shah Alam

Kelebihan Guesthouse Byka di i-City Shah Alam

 Kelebihan Guesthouse Byka
Antara kelebihan guesthouse Byka Di Shah alam adalah berada di kawasan I-City Shah Alam iaitu taman tema di mana tarikan utamanya dinyalakan oleh berjuta-juta lampu LED yang terang. Tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam ini terkenal dengan pohon maple dan pine palsu serta bunga matahari yang dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni yang dinyalakan pada waktu malam.
 Kelebihan Guesthouse Byka
Guesthouse Byka @ i-soho suites, terletak di seksyen 7, Shah Alam, iaitu di  i-City Shah Alam. Di sini, Guesthouse Byka mempunyai 3 unit penginapan yang ideal untuk keluarga yang datang. Guesthouse Byka di i-City ini berdekatan dengan UITM Shah Alam (2 minit), UNISEL Shah Alam (2minit), Hospital Shah Alam (3 minit), IDCC Shah Alam Convention Centre (8 minit), Shah Alam Convention Centre (7 minit) dan pusat bandar Shah Alam (7 minit). Selain itu, di sekeliling i-City terdapat banyak restoran dan cafe yang popular dan sedap. Ini memudahkan anda senang untuk mencari makanan.
 Kelebihan Guesthouse Byka

Keunikan untuk sesiapa yang menginap di Guesthouse Byka @ i-soho ini adalah apartment duplexnya. Untuk unit duplex ini, mempunyai 1 bilik tidur di bahagian atas dan 2 bilik air. Bilik tidur yang berada dibahagian atas di lengkapi dengan satu set perabut putih yang lengkap seperti meja solek, katil bersaiz Queen dan almari pakaian. Bilik tidur ini juga diberi keselesaan dengan satu unit penghawa dingin dan bilik air  yang dilengkapi dengan water heater.

Kelebihan Guesthouse Byka

Selain itu, di bahagian tingkat bawah pula dilengkapi dengan televisyen dan perabot. Manakala ruang dapur pula dilengkapi dengan jug kettle, peti ais, washing machine dan microwave. Seterusnya, untuk ruang tamu, terdapat satu sofa bed untuk tetamu tambahan. Di antara ruang tamu dan dapur pula di sediakan satu set meja makan untuk sekeluarga berkumpul.
Kelebihan Guesthouse Byka
Kemudahan yang ada di i-soho ini termasuk kolam renang yang luas bertempat di tingkat 11. Selain itu, kalau ingin menikmati pengalaman yang sangat mempesona di i-City Shah Alam, tetamu hanya perlu turun ke level bawah untuk melihat rose garden kerana di sini tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat wedding photoshoot dan juga terdapat ruangan khas untuk arca Harry Potter. Anda wajib mengunjungi tempat-tempat menarik ini kerana ia dapat memberikan memori yang indah untuk anda dan juga keluarga. Untuk kebahagian i-City park anda hanya perlu jalan kaki sahaja tanpa perlu memandu kenderaan.
Jadi untuk yang ingin mencari penginapan yang dekat dengan ICITY sambil menikmati apa yang ada di Taman Tema Icity ini, boleh terus booking dengan kami melalui website ini atau  whatsapp kami di +60123349149

Apa yang Menarik di i-City Shah Alam?

Apa yang menarik di i-City Shah Alam?

 

Tempat ini memang tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam. Tempat ini asalnya terkenal dengan pohon maple dan pine palsu dan bunga-bunga lampu LED pada waktu malam. Tapi selain lampu-lampu, ada juga tarikan lain yang boleh anda layan. Antara yang menarik di i-City Shah Alam ialah Snowalk yang buat anda mahu keluar cepat sebab sejuknya ya amat, Trick Art Museum (Muzium Seni Silap Mata) adalah sebuah galeri seni, taman tema air di i-city, muzium lilin Red Carpet, Space mission galeri angkasawan dan rumah hantu House of Horror.

 

Red Carpet

Red Carpet i-City ini ialah sebeuah muzium lilin yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak patung lilin orang kenamaan dan juga selebriti dunia dipamerkan di sini. Ia dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 malam setiap hari.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: SpyWorld

Harga tiket:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 30

 

Snowalk

Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan di Malaysia ni tiada salji, anda boleh ke sini untuk merasa bagaimana suasana musim salji di negara barat. Berada dalam rumah salji ini memang sejuk. Suhunya kurang dari 5 darjah celcius. Ia di buka dari pukul 10 pagi hingga 1 pagi.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: KualaLumpurCityTour

Harga tiket siang:

Dewasa: RM 25

Kanak-kanak: RM 20

Harga tiket malam:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 30

 

Water World

Water world ialah taman tema air yang sangat menarik di bina di i-City Shah Alam. Ia merupakan tempat paling seronok untuk bergembira bersama keluarga atau kawan-kawan. Banyak gelongsor air mengujakan yang boleh di cuba dan yang paling popular ialah Tornado Ride. Ia dibuka sertiap hari dari pukul 11 pagi hingga 7 petang.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: Kosmo

Harga tiket:

Dewasa: RM 35

Kanak-kanak: RM 25

 

Trick Art Museum

Trick Art Museum ini mempunyai koleksi lukisan 3D menarik dan menjadi salah satu tumpuan pelancong di i-City. Berbagai tema lukisan ada dan anda tindak akan beraksi dan bergambar.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: Flickr

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

Space Mission

Tempat pameran angkasa lepas ini mempunyai berbagai peralatan sains dan teknologi yang menarik. Ia adalah tempat yang bagus untuk mendedahkan anak-anak tentang angkasa lepas. Space Mission di i-City ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahmalam.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: PetalingJaya.org

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

House of Horror

House of Horror adalah rumah hantu yang menyeramkan di i-City ini. Ia menggunakan teknologi 3D dan mempunyai enam bahagian untuk diteroka pengunjung. Jika anda kuat semangat jangan lupa untuk masuk ke House of Horror ni. Ia pasti memberi pengalaman menarik buat anda.

Menarik di iCity Shah AlamSumber: bittersweetbyte

Harga tiket:

Dewasa: RM 15

Kanak-kanak: RM 15

 

Selain tempat menarik di atas, anda boleh mengunjungi i-City of Digital Lights untuk melihat lampu berirama yang berwarna-warni yang sangat cantik pada waktu malam.

Menarik kan? kalau anda berminat nak sewa homestay boleh booking di website kami atau whatsapp +60123349149 (Klik Sini)