March 26, 2017

Shah Alam Homestay

Perniagaan Shah Alam Homestay semakin mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini, terutama sekali bila musim cuti sekolah. Ini adalah kerana homestay adalah lebih selesa akan suasananya dengan disertakan pelbagai kemudahan serba lengkap. Homestay ini seakan-akan kelihatan sebuah rumah di tengah-tengah kota bandar Shah Alam dengan kadar harga penginapan 24jam yang jauh lebih murah berbanding dengan caj penginapan di hotel-hotel yang berhampiran di Shah Alam. Selain itu, proses tempahan homestay yang lebih mudah dan menjimatkan masa dan para pelawat boleh memilih homestay-homestay yang dekat jaraknya dengan tempat-tempat yang ingin mereka lawati sekiranya datang bercuti ke Shah Alam atau pun sekitar kawasan yang berdekatan.

Pihak pengurusan guesthouse suites ByKA mula mengembangkan bisnes Shah Alam Homestay dengan cara online marketing, contoh seperti mewujudkan laman website homestay. Para pelanggan boleh lawati www.homestaybyka.com bagi memudahkan mereka memilih jenis homestay yang mereka inginkan dan bersesuaian dengan bajet mereka. Di laman website ByKA, turut sama dipaparkan adalah jenis-jenis homestay, kadar harga, kelengkapan kemudahan dan sebagainya. Bagi sesetengah laman website homestay di luar sana, sistem tempahan online booking turut disediakan bagi memudahkan para pelawat membuat tempahan secara online tanpa perlu datang ke homestay yang berkenaan. Para pengunjung boleh melakukan pembayaran tempahan tersebut melalui online banking, ATM, CDM dan lain-lain.shah alam homestay

Pihak pengurusan homestay ByKA mempunyai beberapa unit homestay mereka di sekitar Shah Alam, antaranya Homestay Shah Alam Seksyen 7, I-City dan sebagainya. Selain itu, mereka turut memasarkan secara online homestay mereka di laman website popular seperti booking.com, agoda, dan beberapa lagi laman website & direktori Shah Alam Homestay yang berada di Internet. Selain pakej homestay yang ditawarkan, para pelawat juga boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa di Shah Alam melalui pakej-pakej homestay yang telah ditawarkan oleh para pengusaha homestay di Shah Alam. Pakej harga homestay + kereta sewa yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding kadar sewa secara harian. Dengan ini para pengunjung dapat bergerak ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Shah Alam dan juga sekitar kawasan-kawasan yang berdekatan dengan homestay mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *