Homestay ByKA mempunyai 2 unit penginapan yang ideal untuk anda. Unit ini terletak di i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Ramai yang mengetahui i-City ini adalah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Lagi-lagi dengan hiasan pokok berlampu menarik hati pengunjung untuk bercuti disini.Tempat penginapan ini hanya 2 km dari Hospital Shah Alam. 2 unit yang berada disini adalah unit duplex(Orchid) dan 2 bilik apartment.

Permandangan i-Soho dari sudut bawah.

 

Untuk unit duplex (Orchid) ini berada di tingkat 30 yang mempunyai 1 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik tidur berada dibahgian atas yang dilengkapi dengan satu set perabut yang lengkap seperti meja solek , katil bersaiz Queen dan almari pakaian. Bilik tidur ini juga diberi keselesaan dengan satu unit penghawa dingin dan bilik air peribadi dilengkapi dengan pemanas air.

Bilik tidur dilengkapi bilik air peribadi

Bahagian tingkat bawah pula dilengkapi dengan TV skrin rata dan ruang ini bersambung dengan ruang dapur yang dilengkapkan dengan pemanas air, peti ais dan ketuhar gelombang mikro. Di Homestay ByKA , bilik ini diserikan lagi dengan tempat duduk diruang tamu.Di ruang dapur kering pula di sediakan satu set meja makan untuk sekeluarga.Unit ini mempunyai kolam renang yang luas bertempat di tingkat 11. Kolam renang indah pemandangan di beri nama kolam infiniti.

Ruang tamu yang luas dan balkoni permandangan Shah Alam

Rumah tamu ini mempunyai ruang balkoni untuk melihat permandangan Shah Alam. Yang lebih menarik pemandangan yang indah ketika diwaktu malam. Jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan dari ketinggian 31tingkat. Nikmati pengalaman yang sangat mempesona di i-City Shah Alam, di ruang permainan dan juga ruang yang dipenuhi lampu yang sangat cantik untuk dipotretkan dalam album kenangan seisi keluarga.

Ruang Harry Potter yang dipenuhi arca-arca menarik.

Menariknya pengunjung yang menginap di unit ini akan dapat peluang untuk ke ruang istimewa Rose Garden dan Harry Potter pula terletak ditingkat UG. Terdapat banyak arca menarik di ruang Rose Garden dan Harry Potter yang pasti menawan hati pengunjung yang berada diruang tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk cetak memori menarik bersama keluarga diruang menarik ini. Keluasan ruang ini yng sangat luas dan penuh dengan aneka arca menarik Haryy Potter. Ruang ini juga terdapat ruang Red Carpet yang mempamerkan patung lilin yang pelbagai.

Rose Garden antara laman romantik untuk si cinta hati.