January 10, 2018

Restoran yang AWESOME di Shah Alam

Assalamulaikum korang, kali ini ByKA nak SHARE tempat makan yang sedap-sedap korang boleh merasa bila datang di Shah Alam. Rugi kalau datang Shah Alam tak cuba. Untuk posting kali ini ByKA nak SHARE restoran yang menjadi pilihan orang ramai dan antara yang top restoran di Shah Alam.

 

  1. Nasi Bukit Padang Jawa

    Nasi Goreng Ayam

    untuk korang yang makan dalam kuantiti sikit sure korang balik berbungkus lagi gitu. Pastikan korang makan kalau tak boleh sorang tu, share lah dengan kawan korang. Makanan disini sangat memuaskan hati dan korang KENA cuba Nasi Bukit ni.

  2. Pecal Lele Padang Jawa

    Menu tersedia untuk pilihan ala fast food giteww! Sumber: mohdzarin.com

    Tempat ini juga terletak di Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam. Korang search maps confirm korang jumpa makanan yang superb ummph ni. Korang kena cuba pecal lele dan bakso kedai ni. ByKA pasti korang nak repeat balik makan kat sini. hehe…

    sumber :kyspeak

     

  3. Pak Li Kopitiam Seksyen 7, Shah Alam

    sumber: google

    Terletak di Seksyen 7, Shah Alam berdekatan dengan Majlis Seksyen 7. Disini mempunyai pilihan menu yang pelbagai dari kampung sampailah western tau. Dan service disini sangat baik untuk korang lepak santai disini. Ramai juga artis memilih untuk makan disini.

  4. Nasi Ayam Pak Mal

    Nasi ayam Pak Mal ini antara yang popular di Shah Alam ini. Antara pilihan penduduk setempat Shah Alam. Kesedapan nasi ayam dia menabah selera korang untuk tidak lupa pada ayam nya yang di masak lembut.

    Sumber : google
  5. Rumah Makan Cibiuk

    Sumber : Fb Rumah Makan Cibiuk Shah Alam

    Untuk siapa yang sukakan makanan asli orang bandung boleh merasa di Restoran Cibiuk di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Restoran ini hanya di level LG berdekatan sahaja dengan Homestay ByKA.

  6. Al Rawsha Restaurant

    sumber : google

    Untuk restoran ini kalau korang nak merasa makan macam ala dalam istana boleh cuba nasi arab disini. Nasi arab disini memang menjadi pilihan yang sedap dan korang confirm berpuas hati. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba di sini tau 😉 . Hanya 9minit sahaja daripada Homestay ByKA .

    sumber : google
  7. Ehsan’s , Vista Alam, Seksyen 14

    sumber:google

    Ehsan’s ini berada di level LG di Vista Alam , Seksyen 14 , Shah Alam. Dah pastinya sangat dekat dengan Homestay ByKA. Korang mesti cuba Naan Cheese Special Ehsan’s korang sure puas hati. Antara makanan yang best disini adalah naan cheese nya , tandori chicken , nasi sup tulang dan macam-macam lagi. Yang pasti korang akan repeat balik disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *