Menarik di Uptown Shah Alam

Menarik di Uptown Shah AlamSumber: selangorkini

Uptown ini merupakan salah satu tempat menarik di Shah Alam yang wajib di dikunjungi kalau  anda berpeluang ke Shah Alam.

Kepada yang berminat untuk ke Uptown ini, ia terletak di Kompleks Muhibbah Shah Alam Seksyen 24. Uptown Shah Alam ini di urus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pada tahun 2014 Uptown Shah Alam pernah musnah dalam kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas. Sebagai langkah untuk membela nasib usahawan Uptown ini ia dibina semula dan dibuka pada tahun 2015.

Mengikut bancian yang dilakukan oleh Kumpulan Usahawan Uptown, bilangan pengunjung di Uptown ini merupakan yang paling ramai kalau dibandingkan dengan Uptown yang lain di Malaysia.

Kejayaan ini boleh di kaitkan dengan usaha pihak pengurus yang menyediakan tempat dan suasana membeli belah yang selesa untuk pengunjung.

 

Suasana

Membeli-belah di sini memang selesa dengan susunan kedai yang teratur dan lampu yang terang membuat anda rasa selamat berjalan bersama keluarga anda di sini.

Terdapat 450 tapak perniagaan di uptown ini dan semua sudah penuh disewa. disebabkan jumlah kedai yang banyak, barangan yang di jual pun lain-lain jenis dan anda tak akan kempunan pilihan.

Uptown Shah Alam merupakaan destinasi menarik waktu malam dan bermula saja jam 10 malam tempat ini penuh dengan orang. Waktu operasi Uptown Shah Alam ini adalah dari pukul 8.30 malam hinggah ke 3 pagi. Oleh kerana ini jangan takut anda akan lambat.

Jikalau anda memandu, anda ada dua pilihan untuk letak kereta anda. Sebaik-baiknya anda mengunakan tempat letak kereta yang telah di sedia kan oleh pihak Uptown Shah Alam, tetapi ramai pilih untuk meletak kereta mereka di tepi jalan sahaja kerana senang untuk keluar nanti.

Sampai saja anda akan nampak pintu gerbang dengan papan tanda besar yang boleh dilihat dari jauh. Masuk saja pintu gerbang ini kelihatan kanopi besar berwarna putih yang melindungi Uptown ini.

Apabila anda sudah puas membeli-belah sambil mencuci mata, sampai masa untuk anda rehat seketika di tempat makan yang disediakan di belakang Uptown Shah Alam ini.

Tempat yang luas ini dikhaskan untuk peniaga makanan dan disini anda akan menjumpai banyak pilihan makanan. Di sini anda akan nampak gerai makanan yang beraneka jenis menjual makanan seperti yong tau fu, Char kway teow, Sate dan Sotong tepung gergasi.

Kalau anda nak makan yang goreng-goreng atau pun yang celup-celup semua ada disini. Di sini juga ada seorang yang menjual meatball ala Ikea.

Anda akan nampak ramai yang jalan di uptown ini sambil makan rojak buah. Cara kedai ini mempamerkan buah-buahan nya memang menaikkan selera.

Aktiviti

Di uptown ini terdapat sebuah pentas dan hampir semuaa acara yang di anjurkan oleh Uptown Shah Alam kan diadakan di pentas ini. Antara acara mingguan yang di adakan di sini adalah acara karaoke terbuka dan kepada sesiapa yang sudi mencuba bakat mereka silakan.

Pada hari-hari tertentu, Uptown Shah Alam menjemput Ustaz yang terkenal dan mengadakan ceramah agama di pentas ini. Untuk keterangaan lanjut mengenai aktiviti sepanjang tahun 2016 ini anda boleh mendapat maklumat dari pengurus pentas tersebut.

Sebagai kata penutup, memang banyak tempat lain yang anda boleh pergi untuk menghabiskan masa pada hujung minggu, dan anda tidak akan menyesal jika pilih untuk menghabiskan masa tersebut di Uptown Shah Alam.

Informasi Uptown

Waktu Operasi:  8.30 pm – 3.00 am (Isnin – Ahad)

Alamat: Komplex Muhibbah, Persiaran Sultan, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia