Blog

Jalan-jalan di Setia City Mall

Jalan-Jalan di Setia City Mall

Jalan-jalan di Setia City MallSumber: tripadvisor

Setia City Mall dibangunkan dan diuruskan oleh SP Setia Group yang sinonim dengan harta tanah eko mesra yang berkualiti dan kumpulan pembinaan.

Dengan lebih daripada 10.5 ekar kehidupan taman berlandskap yang indah sekitar pusat membeli-belah ini, korang boleh meluangkan masa bersama keluarga di luar rumah bermain layang-layang atau menunggang basikal, atau meluangkan masa bersendirian atau berkumpul dengan rakan-rakan, korang boleh menikmati dan meneroka kesemua ruangan di sini.

Kalau korang kaki shopping, apa kata kalau singgah ke pusat membeli-belah Setia City Mall Shah Alam. Lengkap dengan pelbagai jenis jenama besar seperti Kaison, Parkson, H&M dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, korang juga dapat bersantai bersama kawan-kawan di tempat bermain bowling, karaoke dan juga di taman yang terletak berhadapan dengan shopping mall ini.

Tambahan pula, korang juga boleh menikmati pemandangan tasik buatan dan air pancut yang berwarna-warni di taman ini. Untuk yang membawa anak-anak pula, boleh membawa anak bermain di taman permainan yang disediakan. Pendek kata, Setia City Mall ni memang tempat terbaiklah untuk bersantai,  semuanya ada.

 

Lepak Santai di Taman Setia City Mall

Jalan-jalan di Setia City MallSumber: says

Salah satu tempat tarikan umum untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak di hujung minggu dan hari kelepasan cuti ialah di taman di hadapan Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam. Taman yang di hiasi seni lanskap yang cantik untuk bergambar, di samping pelbagai aktiviti riadah yang boleh di lakukan seisi keluarga disini. Berhadapan Setia Alam Convention Centre kita akan dapat melihat ramai bersantai petang sambil bergambar sakan.

Seperti di kebanyakan taman rekreasi yang lain, antara aktiviti santai yang ada disini seperti permainan ‘giant bubble’ , sewa basikal, cuma basikal di sini menggunakan kuasa bateri kalau tak salah ana sebab ia tidak perlu di kayuh, ketika kunjungan ana petang tu ada bertanya kepada penyewanya setengah jam sewa berharga RM25. Giant bubble pula RM5 dua bekas.

Betul betul berhampiran Mall terdapat sebuah tasik buatan. Di sekitar jambatan yang menghubungkan Mall dengan taman ni terdapat ramai kanak-kanak dan juga orang dewasa memberi makan kepada ikan-ikan. Jangan risau sebab ada di jual makanan ikan di atas jambatan ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ana , suara budak perempuan menjual makanan ikan berharga satu peket RM2 , 3 peket RM5.

Okay laa, malas nak membebel panjang-panjang, apa kata korang pergi sana nanti hujung minggu ni! Bawa family dan kawan-kawan korang hehehe.

Leave a Comment

I-Soho, Section 7

Hubungi Kami

Untuk yang ingin mencari penginapan lebih daripada 3 Malam,

boleh hubungi kami terus di talian +60123349149

atau

emelkan kepada [email protected]