March 13, 2017

Homestay Shah Alam Seksyen 7

Guesthouse ByKA Suites atau lebih dikenali sebagai Homestay Shah Alam Seksyen 7 adalah terletak berhampiran dengan UiTM Shah Alam dan jaraknya hanya 5 minit dari pusat Bandaraya Shah Alam. Pihak pengurusan homestay ByKA Suites memilih kawasan Seksyen 7 Shah Alam adalah kerana lokasinya yang betul-betul berada di tengah bandar dan mempunyai kemudahan awam seperti bas, perkhidmatan teksi, kereta sewa dan sebagainya. Selain itu, area seksyen 7 tersebut turut dihubungkan dengan jaringan akses jalan raya seperti Federal Highway, LKSA, SKVE, NKVE dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, para pelanggan mahupun pelancong yang ingin datang ke Shah Alam sudah tentu akan memilih untuk menginap atau menyewa di homestay  ByKA Suites ini.

Homestay Shah Alam Seksyen 7

Lokasi seksyen 7 shah alam ini adalah amat strategik sekali dimana ianya terdapat tempat-tempat menarik yang harus dilawati bagi sesiapa sahaja yang ingin datang ke Selangor, khususnya datang ke Shah Alam. Di sini juga terdapat pelbagai tempat makan yang menarik seperti Wong Solo Ayam Penyet, Lontong Klang, Wan Telor Belado, Restoran Nasi D’arab dan lain-lain lagi. Bagi para pelanggan yang menginap di Homestay Shah Alam Seksyen 7 milik ByKa Suites ini, mereka juga boleh melawati tempat-tempat menarik yang beradadi sekitar Shah Alam ini, contoh seperti Gedung Pakaian Terbesar Malaysia iaitu Jakel, pusat hiburan I-City, Taman Botanik Negara, AEON Mall Shah Alam dan sebagainya. Jarak perjalanan bagi tempat-tempat ini hanya mengambil masa 5-10 minit dari Homestay ByKA.

Homestay ByKA Suites ini dilengkapi dengan ruang bilikyang besar dan selesa, kemudahan peralatan memasak dan dapur yang serba lengkap dan homestay ini juga turut dilengkapi dengan swimming pool. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa homestay Byka Suites ini menjadi pilihan orang ramai ketika musim cuti sekolah dan menjadikannya antara homestay shah alam seksyen 7 yang mempunyai return customer yang tinggi disebabkan perkhidmatannya yang amat memuaskan. Homestay ByKA Suites turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa murah bagi para pelanggan mereka yang ingi bersiar-siar di sekitar Shah Alam dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *