March 7, 2017

Homestay Di Shah Alam

Bandaraya Shah Alam merupakan antara salah satu bandaraya yang pesat dan sedang giat membangun seiring dengan bandaraya utama yang lain yang terdapat di Malaysia. Kawasan Shah Alam juga turut mempunyai pelbagai tempat yang menarik yang boleh dilawati dan turut mempunyai daya tarikannya yang tersendiri bagi para pelancong di luar mahupun di dalam negara, antaranya seperti I-City Shah Alam, Uptown Seksyen 24 Shah Alam, Dataran Shah Alam dan lain-lain lagi. Oleh itu perusahaan perniagaan ataupun bisnes seperti homestay di shah alam amat berbaloi dan menguntungkan bagi pengusaha-pengusaha yang ada di sekitar Shah Alam. Ini adalah kerana pada zaman sekarang orang ramai mahupun para pelancong yang ingin melawati tempat-tempat menarik di sekitar Shah Alam akan lebih memilih tempat penginapan yang besar dan selesa, iaitu homestay berbanding dengan bilik hotel.

Ini adalah kerana kemudahan homestay di shah alam pada zaman sekarang adalah setanding dengan apa yang ditawarkan oleh pihak hotel dan ada kalanya homestay ini lebih kemudahan fasilitinya seperti ruang yang besar, dapur sediada, dan turut mempunyai banyak bilik bagi sesebuah homestay itu sendiri. Secara tidak langsung ini akan lebih menarik minat dan perhatian bagi para pelancong yang akan datang ke Shah Alam untuk menyewa homestay disamping harganya yang ditawarkan adalah lebih murah dan berpatutan bagi sebuah homestay. Selain itu para pelancong yang datang boleh memilih mana-mana homestay yang berdekatan dengan destinasi yang bakal mereka lawati. Dengan adanya lagi kemudahan kereta sewa di Shah Alam ini sedikit sebanyak ianya akan membantu para pelancong untuk memilih homestay yang dekat dengan bandar-bandar besar di Shah Alam.

Homestay Di Shah Alam

Seiring dengan zaman teknologi sekarang, para pelancong yang ingin ke Shah Alam, mereka boleh membuat tempahan homestay secara online melalui telefon bimbit mereka. Ini adalah kerana, kebanyakkan homestay di shah alam sudah mempunyai laman sesawang ataupun website rasmi. Antara contoh pengusaha Homestay di Shah Alam, Guesthouse ByKA turut mempunyai laman website mereka tersendiri iaitu http://homestaybyka.com dan dan juga blog bagi mereka diluar sana yang ingin merasai suasana homestay di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, bolehlah melakukan tempahan secara online ataupun hubungi nombor yang tertera di dalam wesbite diatas. Harga bermula serendah RM200 per malam dengan pelbagai jenis pilihan homestay yang ada bagi memenuhi permintaan di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *