Dormstay Shah Alam – Homestay ByKA

Dormstay Shah Alam – Homestay ByKA

Unit yang memuatkan 24 orang ini, kami namakan DormStay hasil daripada gabungan perkataan Dorm dan homestay. Ini kerana unit style dormstay ini, merupakan yang pertama seumpamanya di sekitar Shah Alam.  Di unit DormStay ini, kami menyediakan kelengkapan katil khas untuk 24 orang tetamu yang mana, sekiranya tuan/puan ingin mencari penginapan untuk bilangan yang ramai, seperti 15-25 orang, sudah tidak perlu risau mencari kawasan berhampiran atau bersebelahan. Juga tidak perlu bersusah payah untuk membawa extra toto, atau extra foldable mattress untuk bilangan tetamu yang tidak mempunyai katil sendiri apabila menyewa homestay seperti di rumah atau apartment.

Untuk unit DormStay ini, kami menyediakan 24 biji katil single lengkap dengan selimut dan bantal untuk menjamin keselesaan. DormStay ini juga bukan jenis dorm biasa, malah ia lengkap dengan sofa dan tv di ruang tamu. Selain itu, ia lengkap juga dengan dapur dan ruang makan. Kami menyediakan peti ais, microwave, water dispenser, electric kettle dan juga seterika untuk kemudahan para tetamu.

Antara kemudahan yang di sediakan adalah:

  • Unit lengkap dengan penghawa dingin.
  • 2 bilik air lengkap dengan pemanas dan 2 Toilet yang berasingan.
  • 20 Katil Single
  • Almari pakaian.
  • Sofa
  • Meja makan, pantry, Eletrik jug Kettle, microwave, Peti Ais, Pinggan dan mangkuk turut disediakan.
  • Tuala ( Extra Charge)

Walaubagaimanapun, unit Dormstay kami ini, di reka dengan konsep terbuka. Di mana ia tidak mempunyai bilik-bilik khas untuk setiap seeorang. Jadi kami amat menggalakkan untuk setiap yang memilih unit ini khas untuk sama jantina sahaja ataupun keluarga.

Untuk yang mencari tempat penginapan untuk 24 orang, inilah pilihan yang sesuai. Tetamu tidak perlu tidur di atas lantai kerana cukup untuk 24 orang. Selain daripada itu, di bawah unit ini juga penuh dengan restauran-restauran pilihan sama ada masakan melayu, masakan pakistan, masakan indonesia, mahupun western. Kemudahan seperti farmasi, bank dan hospital juga ada di sini.

Untuk unit ini juga, amat sesuai untuk penginapan untuk training, untuk lawatan, untuk kenduri dan lain-lain.

Dormstay homestay Shah Alam

Selain daripada unit dormstay ini, Homestay ByKA @ vista alam turut menyediakan beberapa pilihan untuk tetamu kami seperti di bawah.

  1. Unit Apartment 3 Bilik
    2. Unit Apartment 2 Bilik
    3. Unit Studio Apartment with Living Hall
    4. Unit 1 bilik (hotel type with private bathroom)

Semua unit ini berada di dalam kawasan yang sama. Sekiranya jumlah tetamu melebihi 24 orang, boleh ambil unit-unit yang lain kerana berada di sama lokasi. Total keseluruhan kami mampu menampung seramai 60 orang pada satu-satu masa di Vista Alam, Shah Alam.

Hubungi 012-3349149 untuk sebarang tempahan mahupun pertanyaan.

  • Open Concept Dormitory style ( 2000+- sqft)
  •  16- 24 Single Bed
  • Peak season : RM600 / night ( RM 25 / Night / Person )
  • Weekday : RM500 / night
  • Weekend : RM550/ night

Leave a Comment