6 Makanan Wajib Beli di Bazaar Ramadhan

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar Ramadhan

Baazar-baazar Ramadhan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain. Biasalah melihat orang ramai berduyun-duyun dan berpeluh-peluh mencari makanan yang lazat. Kalau masa hari biasa, tengok dan lalu-lalang depan menu ini, macam tak teringin nak makan sangat. Tapi bila tiba bulan Ramadhan, tiba-tiba tekak meronta mahu menikmati tujuh menu ini. Apakah senarai makanan wajib beli jika korang ke bazar Ramadhan?

Ini antara makanan wajib di mana-mana baazar Ramadhan:

1. Roti John

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Laman Resepi

Roti John paling mendapat sambutan bila kat bazar Ramadan. Paling simple letak telur sahaja tetapi ada yang kreatif letak daging ayam, kambing, lembu mahupun rusa. Dicampur dengan pilihan sayur-sayuran, sos dan mayonis, semestinya mengenyangkan. Pilihan harga dari RM3.50 hingga RM5.

 

2. Air Tebu

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Yong Norliza

Kalau hari biasa, air tebu taklah terlalu dinantikan tapi bila masuk sahaja bulan puasa, air tebu ni la yang paling menjadi kegilaan. Tambahan pula dapat air tebu yang baru lepas segar diproses dan tidak dicampur air batu. Bila azan sahaja, sensasi air tebu dicampur dingin ais memang menusuk kalbu!

 

3. Ayam Percik

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: errakyra

Ayam percik ada pelbagai jenis tapi yang begitu menarik perhatian kami sudah semestinya ayam percik Kelantan. Kuahnya bewarna putih dan ada sedikit rasa manis bergabung bersama ayam yang dipanggang. Menarik sungguh!

 

4. Tepung Pelita

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: resepikuihmuih

Kuih ini kalau hari biasa jarang nak jumpa tapi bila tiba bulan Ramadan, merata-rata ada. Kebiasaanya dijual lima ketul untuk RM2. Dalamnya terasa air gula manis dan sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Ada juga kuih yang seakan-akan tepung pelita yang dipanggil kuih tako yang didalamnya diisikan dengan buah sengkuang.

 

5. Ayam Golek

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: Mstar

Ayam golek memang paling terbaik kalau di baazar Ramadhan. Orang beratur tak payah cakap. Berapa ekor ayam boleh habis dalam sehari, tauke ayam golek pasti tersenyum lebar. Dapat pula kuah pencicah ayam golek yang manis pedas, memang terbaik!

 

6. Murtabak

6 Makanan Wajib Beli di Bazaar RamadhanSumber: homefamilysite

Samada murtabak ayam atau daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan ketika di baazar Ramadhan. Keunikan murtabak terletak di ramuan isinya dan itulah yang menentukan sedap atau tidak sesebuah murtabak itu. Dipadankan dengan jeruk bawang atau kari, murtabak memang wajib ada ketika menu berbuka puasa.

Memang meriah sungguh pilihan makanan kat Bazaar Ramadhan kan? Korang paling suka beli makanan apa kalau pergi Bazaar Ramadhan.

Leave a Comment