6 HIPSTER CAFE DI SHAH ALAM BAKAL BUAT KORANG LAPAR!

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai hipster cafe kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, kafe sebegini juga dilihat banyak “tumbuh” di Shah Alam. Mungkin korang tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopiseperti ini menawarkan hidangan halal? Di sini, kami akan listkan hispter cafe yang halal untuk korang!

 

KOPIMEO

Sumber: eatdrinkl

Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan.

Sumber: FoodAdvisor

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.

Telefon: +6012-2060 326

Instagram: @kopimeo

 

FOODSBURY

Sumber: anakcikgunawi blog

Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni.

Sumber: Pinterest

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.

Telefon: +6013-386 1848

Instagram: @foodsbury

 

CAKE JALAN TIUNG

Sumber: eatdrinkl

Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan.

Sumber: eatdrinkl

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.

Telefon: +6012-9512 887

Instagram: @cakejalantiung

 

BREW & BREAD

Sumber: Brew&Bread Page

Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan.

Sumber: Brew&Bread Page

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.

Telefon: +603-5131 5201

Instagram: @brewnbread

 

HOLY SMOKE CAFE

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Sumber: Holy Smoke Cafe Page

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam

Telefon: +603-5511 8018

Instagram: @holysmokecafe

 

 

LADS & LASSIES

Sumber: tripadvisor

MELANGKAH masuk buat pertama kali ke dalam Lads & Lassies, sudah cukup untuk menggambarkan kelainan yang ada dalam kafe tersebut. Keadaan itu membuatkan pengunjung berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh kafe yang diusahakan dua beradik, iaitu Shereena Saini dan Mohamed Danial. Meskipun berkonsepkan makanan Barat, elemen-elemen tempatan seperti rasa pedas tidak dilupakan bagi disesuaikan dengan masyarakat Malaysia. Antara menu yang perlu dicuba ialah Kachang Phool, Sloppy Blue Cheese Burger, Machalo Moa dan Big Fat Juicy Burger.

Sumber: tripadvisor

Status: Halal

Alamat: 12, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Isnin – Ahad: 8.30am – 11pm , Jumaat – Sabtu: 8.30am – 1am

Telefon: 03-5524 1190

Instagram: @ladandlassies