10 MAKANAN BEST DI SHAH ALAM

10 MAKANAN BEST DI SHAH ALAM

 

Shah Alam ialah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan dan terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur. Shah Alam juga merupakan salah satu bandar yang makin pesat membangun dari pelbagai aspek iaitu seperti pelancongan, ekonominya dan perindustrian. Terdapat banyak tempat makan best di Shah Alam yang boleh dikunjungi oleh para pelancong atau penduduk sekitar Shah Alam dan KL.

kami ingin membawa 10 tempat makan best di Shah Alam yang besar kemungkinan korang sendiri tidak tahu akan kewujudan kedai ini. Selain itu, mencari makanan yang halal di Shah Alam adalah sangat mudah kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

Namun sekadar halal sahaja pasti tidak cukup, bukan? Kerana kita juga mencari yang sedap ditekak agar berbaloi dengan setiap ringgit yang dibayar.

Berikut kami senaraikan 10 tempat makan paling best untuk korang kunjungi.

 

1. Nasi Lan Kedah

Orang utara yang rindukan masakan dari kampung halaman Restoran Lan Kedah adalah tempat untuk mengubati gian uolls. Antara menu wajib yang patut korang cuba adalah sotong kembang, telur sotong, daging masak hitam selain menu utamanya adalah nasi kandar.

Harga adalah berpatutan mengikut lauk yang diambil. Pujian harus diberikan kepada pekerja restoran yang ultra mesra pelanggan. Rahsia bagaimana mereka mengekalkan rasa masakan seperti cawangan restoran Nasi Lan di Kedah?

Semua rempah ratus dan bahan-bahan dibawa dari Kedah dan Penang untung mengekalkan keaslian resipinya. Patutlah ramai orang utara yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur sering berkunjung ke sini.

 

Lokasi: Jalan Serai Wangi G 16/G, Seksyen 16.

 

2. Dill’s Restoran

Kalau korang nak tahu, dekat Shah Alam  ni ada Chicken Chop RM 5 tau! Bukan tu je, Lamb Chop dan Meatball pun ada di Dill’s Restoran, Seksyen 16. Harga yang dijual di antara RM 5 – RM 8 sahaja.

Sebelum ni mereka jual di tepi jalan, sekarang mereka ada restoran sendiri. Restoran sentiasa full house. Berbaloi sangat RM 5 korang dapat portion yang besar. Korang nak cuba?

 

Lokasi:  Jalan Serai Wangi M 16/m, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 40200, Shah Alam.

 

3. Nasi Bukit, Padang Jawa

Kalau korang mencari makanan kuantiti yang banyak tetapi murah, sangat sesuai datang ke Nasi Bukit Padang Jawa yang menjadi tempat makanan menarik di Shah Alam. Menu utamanya ialah masakan panas yang pelbagai menu.

Specialnya di sini ialah berkonsepkan nasi membukit kuantiti banyak tetapi harga mampu dibeli.
korang boleh bawa keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati sendiri makanan di sini.

 

Lokasi: 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor

 

4. Restoran Mee Ketam

Pastinya restoran ini dalam senarai sebagai tempat jalan-jalan cari makan di Shah Alam. Menu yang unik menyebabkan ianya tempat yang patut diterjah.

Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan antara mee ketam yang terbaik dan patut dicuba. Menurut pelangan, harga bagi semangkuk mee ketam ini pula sangat berpatutan.

Rasa karinya yang sedap, pedas dan berlemak dan cukup rasa mampu membuatkan korang tak pandang kiri kanan apabila menikmati mee ketam ini. selain itu, ketam yang digunakan juga segar dan banyak isi.

 

Lokasi: No. 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

 

5.  Restoran Pak Li Kopitiam

 

Terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Restoran Pak Li Kopitiam tempat yang sesuai untuk korang bersantai bersama keluarga mahupun teman.

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba disini. Tetapi menu yang dikatakan popular adalah ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’.

Manakal minuman yang disyorkan adalah White Coffee. Selain tu, turut disediakan seperti roti bakar,telur separuh masak,nasi lemak dan lain-lain.

 

Lokasi: 42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam

 

6. Kedai Nasi JJ Kak Wok

 

Nasi Kak Wok adalah nasi berlauk versi Kelantan. Namun, versi Kak Wok adalah jauh lebih baik. Ianya membuatkan ramai orang sanggup beratur untuk makan di sini.Tiada siapa akan dapat menafikan keenakkannya. Kedai Nasi JJ Kak Wok ini memang berstyle. Ianya unik.

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Sajian ini asalnya bermula daripada Mek Wok Hassan atau Kak Wok yang menyajikan masakannya di Kampung Lundang Kota Bahru pada 35 tahun dahulu.

 

Lokasi: 50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam

 

7. Restoran Ceria

Restoran ini terkenal dengan masakan versi santai. Contoh korang boleh cuba makan di sini adalah roti boom, cakoi, roti jala, roti tampal. Memang menarik! Kalau peminat nasi lemak, apa kata korang cuba juga nasi lemaknya. Nasi lemak dengan telur bergoyangnya memang bergetah!

 

Lokasi: Jalan Ru 3/9a (Seksyen 3), Shah Alam, Selangor 40000

 

8. Restoran Jemari

Mengidam masakan sepeeti tom yam yang sedap,pekat dan pedas?

Antara menu special yang terdapat di restoran ini ialah Nasi Goreng Ala-Thai. Kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang dan cili padi yang diletakkan dalam nasi goreng ini mampu membuat korang bertambah lapar.

Selain itu, jangan lupa untuk cuba menu kerabu kangkung di Restoran Jemari ini.Kerabu yang digoreng dengan tepung dan disiram dengan sos Thai. Ada yang mengatakan bahawaianya terasa seolah-olah korang sedang makan keropok!

 

Lokasi: 18 Jalan Plumbum Q7/Q (Seksyen 7), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

9. Restoran Bisik-Bisik

Orang Johor, ini mungkin menjadi restoran kegemaran korang nanti. Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam ini menawarkan pelbagai jenis sajian Johor dan juga pelbagai. Jangan terkejut, menu lain termasuk ‘western food’ turut disediakan di sini.

Jadi, korang tak perlu pening-pening kepala nak pilih makanan apa yang korang suka.

Antara menu yang boleh dicuba adalah Kacang Pol. Mendengar Kacang Pol membuatkan kenangan makan di Kacang Pol di Johor Bahru terimbau. Dengar kata Kacang Pol ini dibawa khas dari Larkin.

Mee bandung udang galah juga menjadi pilihan pengunjung di sini. Tarikan mee ini adalah pada galah yang disediakan memang besar dan betul-betul segar. Sememangnya rasa kemanisan udang galah tersebut sangat sesuai digabung dengan mee bandung udang galah ini.

 

Lokasi: Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

10. Burger Yazid

Burger Yazid terkenal dengan saiznya. Saiznya memang besar. Boleh dimakan bersama-sama 3-7 orang berdasarkan saiz yang dipilih. Berdasarkan pengalaman kami, untuk memesan di sini mengambil masa 15 minit. Manakala masa menunggu pula adalah 15 minit.

Secara puratanya adalah sekitar 30 minit. Memang lama. Kenapa lama? Sebab memang ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan disalah satu tempat makan menarik di Shah Alam ini.

Korang boleh mencuba pelbagai menu di sini. Dikatakan ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini.

 

Lokasi: Jalan Pualam 7/32 (Persiaran Kayangan), Shah Alam, Malaysia 40460

 

Leave a Comment